Isnin, 28 Disember 2015

14 Tonjol sisi hitam masyarakat atau contoh baik?

Ada banyak cara dan teknik dalam membuat komik yang berkonsepkan teguran sosial seperti komik2 dalam buku Buasir Otak: The Komik dan lain2 komik di Internet, media sosial dan majalah komik. Ada komik yang disampaikan dalam bentuk humor, sarkastik, sindiran, terus terang, sentap, keras, kasar, lembut dan sebagainya.

Untuk itu saya ingin membuat sedikit kaji selidik mengenai cara yang dirasakan paling berkesan dalam menyampaikan mesej serta memberi kesedaran terhadap pembaca. Di bawah ini ada dua buah komik yang sama pengisiannya namun berbeza cara penyampaiannya.

Komik di atas (A) berbentuk teguran dan keluhan terhadap isu sosial yang menonjolkan sisi hitam dan kelemahan masyarakat serta penindasan terhadap mangsa yang biasa berlaku dalam masyarakat kita. Kebanyakan komik teguran sosial menggunakan kaedah ini.


Komik di atas ini pula (B) berbentuk nasihat dan contoh di mana ia memaparkan kebaikan serta apa yang kita boleh buat apabila berhadapan dengan situasi2 seperti itu walaupun realitinya sikap mulia tersebut amat jarang sekali berlaku dalam masyarakat.

Maka pada pandangan anda, komik teguran sosial yang manakah yang anda lebih suka dan rasa lebih berkesan dalam mendidik masyarakat?

A atau B?


Mohon bagi pilihan anda serta pandangan di ruangan komen di bawah.

Kredit komik: Plain83.




14 ulasan:

  1. 2-2 sebenar penting sebb walaupun dah tunjuk komik nasihat yg B still lama2 nanti orang dah x kisah dan lali yg ambik manfaat sikit je... leps tu orang x kisah pun walaupun dah disajikan mcm2 nasihat cara B....sebb perangai "ak peduli apa janji x jadi kat aku" itu hampir pada majoriti

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya memilih B sebab watak sirosli yang kentut didalam lif ada didalamnya.. prott lega ghoyak mung..

      - awe seli-

      Padam
  2. Lebih memilih cara A

    Cool Guy

    BalasPadam
  3. B at least bagi harapan kat masyarakat, xde la kita rasa negatif n give up ngan perangai orang kita

    BalasPadam
  4. ofkos yang B.

    Biasa memang begitu.

    BalasPadam
  5. Kalau nak pilih konsep yg mana dlm drama atau filem, boleh berbeza pendapat:

    A - Ramai x suka konsep A ni secara teori, yela kan sape suka buat jahat n mengaku jahat...tp konsep ini lebih efektif utk menceritakan kpd semua org yg sikap ni tidak elok n mereka mula berfikir di tempat mangsa

    B - Ramai yg akan sokong B, tp terlampau klise n membosankan dlm nak mengajar masyarakat. X berapa efektif nak tunjuk dlm iklan sbb bnda baik nmpk agak mainstream

    Bg sy...cuba combine kan A & B...mula2 tunjuk yg A sebagai flashback/throwback...pas2 tunjuk yg B sebagai benda yg sepatutnya dilakukan..pengarah video kena kreatif bermain dgn isu ini..paling penting keberkesanan isu yg nak disampaikan. Ingat x iklan Adlin dlm LRT yg buat muka bodoh dlm LRT..walaupun ramai org kritik kebanggangan dia dlm iklan tu..tp nmpk sgt ramai yg menyedari iklan ini smpi cop Adlin jenis suka penting diri sendiri atau secara tidak sengaja berbaur perkauman.

    Lum cite iklan pencuri yg rompak ppuan kat 3 tempat berbeza...lg semua org ingat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dgn pendapat anda sirosli.. nah prott.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.