Khamis, 10 Disember 2015

7 Sibuk mengejar viral hingga lupa yang lebih utama

Dalam dunia teknologi yang masing2 berlumba2 mengejar viral di media sosial, kadangkala kita terlupa apakah yang harus diutamakan dahulu. Apabila nampak orang dalam kesusahan, bencana, kemalangan, kejadian, insiden dan sebagainya, tanpa disedari kita terus mengeluarkan telefon pintar untuk mengambil gambar dan merakam sehingga terlupa yang seharusnya bantuan dan pertolongan itu perlu datang dahulu. Malah ada yang sanggup berbuat benda bodoh semata2 untuk menjadi popular sementara di Internet.

Pelukis: Art Syah

Hari ini ramai orang mahu popular.
Hari ini ramai orang mahu jadi selebriti.
Hari ini ramai orang mahu banyak follower.
Hari ini ramai orang mahu banyak Like.
Dunia sudah semakin berubah.

* * * * * * * * * *

Jangan lupa untuk mengundi komik "Antara Cinta & Sahabat" untuk Cabaran Komik Online Malaysia 2015  di sini -



Jangan lupa juga untuk mengundi. Undian anda sangatlah berharga buat kami. Cara untuk mengundi adalah dengan klik pada BINTANG MERAH SEBELAH KANAN sekali di bahagian bawah komik tersebut seperti gambar ini:


Mohon undi sebelum tarikh tutup pada 10 Disember 2015. Hari ni hari LAST!

Jasa baik anda amatlah kami hargai dan aku akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.

* * * * * * * * * *

* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [REVOLUTION] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: mengejar viral tolong bantu orang susah sakit tangkap gambar rakam video

7 ulasan:

  1. Saya GENTELMEN , anda bagaimana? ProooooooooooooTTTTTTTT creeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeTTTTTT arghh lega baq hang

    BalasPadam
  2. Nak buat macamana, memasing nk glamour dlm dunia maya. Walaupun dlm dunia realti, selisih bahu pun org tak kenal

    BalasPadam
  3. Sekarang ni dah tak perlu jadi artis.. jadi viral pun boleh popular sebab tu manusia semakin lupa & hilang perikemanusiaan

    BalasPadam
  4. hari ni last? best of luck untuk komik k? done undi dan baca...
    terbaiklah kalau wujud watak macam tu dalam realiti...

    BalasPadam
  5. taksuka dengan realiti marhaen zaman sekarang, sikit2 nak viral. dahtu lak pengguna mukabuku suka share tanpa siasat dulu asal usul.

    BalasPadam
  6. yang brother tu pun, xde mulutka nak minta tolong

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.