Jumaat, 18 Disember 2015

3 Rasa kagum tak kekal lama, hutang besar itu lama

Ramai di antara kita yang membuat sesuatu acara seperti kenduri kahwin ataupun beli sesuatu barang keperluan seperti kereta sehingga luar daripada kemampuan sendiri sehingga sanggup menanggung hutang bertahun2 semata2 untuk berasa gah, untuk menunjuk2, untuk memenuhi permintaan atau keinginan orang lain serta demi memuaskan hati orang lain.

Namun hakikatnya percayalah, perasaan bangga itu kita rasa sekejap sahaja, perasaan kagum orang lain itu juga tak kekal lama dan sekejap sahaja akan pudar, akan tetapi akhirnya kita sendiri yang kena menanggung keperitan membayar hutang yang besar dalam tempoh yang agak lama.

Pelukis: Shada Wentz. Layari blog beliau di ShadaWentz.com.


Bukan tak boleh bermewah2, tapi ukurlah baju di badan sendiri. Kalau memang mampu dan tak perlu berhutang besar dan lama, buatlah apa pun. Tapi bagi yang nak tampung keperluan sendiri pun masih berkira2, sebelum fikirkan pandangan mata orang lain, fikirkan tentang kemampuan diri sendiri dahulu.


* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik Volume 1. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik

Bagi sesiapa yang pergi Comic Fiesta 2015 pada hujung minggu ni pada 19 dan 20 Disember 2015 di Mines International Exhibition & Convention Centre, ni nak kabo berita baik sikit.

Korang boleh beli buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] & [REVOLUTION] (http://buasirotak.blogspot.com/2015/11/buasir-otak-komik-reloaded-revolution.html) kat booth DE'GWET X COMICORECLUB bernombor A14 & G29.

Kalau nak beli kena cepat2 takut habis sebab stok terhad. Di samping itu korang boleh beli juga macam2 komik dan zine indie tempatan yang lain yang hebat2 belaka.

Sama2lah kita berikan sokongan kepada pengkarya tempatan kita. Jika bukan kita, siapa lagi yang hendak sokong pengkarya kita? Apa ingat orang Jepun, Korea dan US nak sokong pengkarya kita walaupun kita sokong pengkarya2 mereka? Kalau boleh sokong manga dan anime dari Jepun, drama dan artis K-Pop dari Korea, filem dan lagu dari barat, takkan tak boleh sokong pengkarya kita sendiri?





tags: bangga kereta kagum berlagak riak menunjuk keinginan nafsu permintaan puas hati orang lain keperluan kemahuan kemampuan

3 ulasan:

  1. Org melayu suka berhutang...itu byk sy nmpk..smpi tahap biar hutang tp gaya tetap ada. Kalau kaum lain standard yg berlaku ialah sebelum mereka bersara semua hutang rumah dan keta dah bayar even belum tolak duit kwsp lagi...senang cite mereka buat their own perancangan kewangan smpi ke hari tua...even anak kecik pun dah siap buat saving n menabung bg mereka awal2..

    Maybe sbb byk org melayu keje gov, ada pencen, x pening kepala...end of story.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cibai ayam aperica meyamar jadi sirosli proott dmuka cEro

      Padam
  2. prroooottttttt!!!! dkt muka seriously yg cibai

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.