Selasa, 22 Disember 2015

6 Celik IT bukan sekadar pandai guna media sosial

Budak2 muda sekarang ramai yang menganggap mempunyai akaun media sosial serta mahir menggunakan Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Tumblr, Tagged, MySpace dan game Clash of Clan atau DOTA sudah memadai untuk dianggap sebagai celik IT sedangkan jika kemahiran kita setakat itu sahaja sebenarnya ia masih buta IT. Maka bagaimanakah seseorang itu boleh dianggap sebagai celik IT?

Untuk seseorang itu layak dianggap sebagai celik IT tidaklah memerlukan mereka untuk belajar programming atau tahu tentang perkakasan komputer sedalam2nya, namun cukup untuk mereka mahir menggunakan komputer untuk membantu mereka melakukan tugas2 harian seperti contoh mahir menggunakan perisian editor teks seperti Microsoft Word, tahu cara nak mencetak kat printer, tahu bagaimana fail dan folder dalam komputer berfungsi, pandai guna enjin carian seperti Google untuk mencari maklumat, boleh membuat installation perisian serta tahu apa perbezaan imej berformat JPG, PNG, GIF dan BMP serta bagaimana untuk convert fail tersebut.

Dan jika anda masukkan berpuluh2 akaun media sosial anda dalam resume anda masa nak mintak kerja pun, percayalah yang anda tidak akan dianggap sebagai celik IT sebaliknya ia hanya memudahkan tukang temuduga itu menjadi stalker.

Pelukis: Plain83. Layari blog beliau di Through My Glasses, Kacamata.


Dan ya, cerita pasal orang masukkan segala akaun Facebook, Twitter, Instagram dalam resume memang ada pun berlaku, malah gambar ala selfie guna untuk resume pun ada, boleh baca di entry blog Zyraroxx - "Etika Menghantar Resume". Dan majikan takkan peduli kalau kau tu hot stuff FB atau ratu Instagram, mereka mahu orang yang boleh buat kerja bukan orang yang acah2 popular kat laman soSIAL.

Lagi artikel lain yang berkaitan:

* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik Volume 1. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: definisi celik it teknologi maklumat information technology zaman sekarang youtube instagram facebook twitter tumblr

6 ulasan:

  1. Kemana perginya plain83 selama ni? Dh ta mau komen lagi kt blog BO ni?













    ProooooooooooTTTTTTTT creeeeeeeeeeeeeeeeeeTTTTTTTT arghh lega baq hang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Rozana

      bangla mengerat sisa bisjut & royi yang tumpah di keranjang
      di seberang jalan, tumpukan bisjut & royi menggunung
      tangan-tangan bangla itu mencari sesuatu
      sepotong royi kiriman dari para warga bangla

      Oh Rozana

      Jejaka bangla itu tak ingin memilih yang lain
      bangla telah menunggu, cepat melumatkan bisjut & royi
      bangla sudah tahu selalu saja ada bisjut & royi
      yang selalu dijual oleh jejaka bangla

      Nak bisjut?

      Padam
  2. Saya selalu skodeng resume yang ada acc soc med.
    Dari situ, saya tau social life candidates tu macam mana. ahaks. ~

    BalasPadam
  3. Hahaha..mujur aku tak celik mana IT ni..sekadar pandai gugel aje..thanks noob atas nasihat hari tu..aku sambung balik niat nak keja setahun lagi..lepas tu baru slowdownkan keja..tapi aku dah mulakan perbincangan ngn member utk join projek dia..sekadar backup..tak la mengharap satu sumber kerja je..
    Btw,esok aku keja last day..lepas tu cuti sampai akhir tahun..boleh ke aku cuti?persoalan yang bermain di minda..

    BalasPadam
  4. Aku rasa budak sekarang maksud IT pun tak tahu ape mende...hahaha

    BalasPadam
  5. Wahahaha ada backlink lah, thanks Noob hiks :D

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.