Sabtu, 5 Disember 2015

11 Perlukah kutuk ibu bapa sendiri di media sosial?

Aku perasan budak2 zaman sekarang ada yang kondem, cemuh dan komplen tentang ibu bapa mereka di dalam media sosial, malah aku pernah ternampak ada budak yang hina mak sendiri kat Facebook. Aku minta budak2 zaman sekarang tolonglah jangan asyik nak kondem, cemuh dan merungut tentang ibu bapa korang di media sosial.

Seteruk2 mana pun ibu bapa anda, mereka dah cuba buat yang terbaik untuk membesarkan anda. Kalau ada beberapa kelemahan tu, ingatlah ibu bapa anda tu manusia juga dan sebagai manusia yang tidak sempurna mereka juga tak lari dari kelemahan dan kesilapan. Ingatlah satu hari nanti korang juga akan jadi ibu bapa.

Sumber gambar

Sumber FB Biru-Biru.


Sekurang2nya bersyukurlah mak bapak korang sanggup nak besarkan korang dan bagi segala keperluan, kemahuan dan kemudahan untuk korang. Jangan jadi budak manja sangat sampai cerita keburukan ibu bapa kat luar. Kalau kau boleh guna Internet main Facebook Youtube pun dah patut bersyukur, apa kau ingat mak bapak korang bayar Internet bulan2 pakai daun? Dah la diorang yang bayarkan Internet, korang kutuk pula diorang kat FB.

Stop being a spoiled brat.

* * * * * * * * * *

Jangan lupa untuk mengundi komik "Antara Cinta & Sahabat" untuk Cabaran Komik Online Malaysia 2015  di sini -



Jangan lupa juga untuk mengundi. Undian anda sangatlah berharga buat kami. Cara untuk mengundi adalah dengan klik pada BINTANG MERAH SEBELAH KANAN sekali di bahagian bawah komik tersebut seperti gambar ini:


Mohon undi sebelum tarikh tutup pada 11 Disember 2015.

Jasa baik anda amatlah kami hargai dan aku akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.

* * * * * * * * * *

Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik. Baca buku komik ini sama seperti anda membaca lebih 300++ entry dalam blog Buasir Otak. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: thug laifu girl cartoon spoiled brat anak hina cemuh kutuk komplen rungut ibu bapa parents mak bapak spoiled brat anak manja

11 ulasan:

  1. ibu bapa jugak manusia. aib dorang kena la jaga. zaman sekarang ni macam2 dah jadi. kenot say apa dah. ngee~

    BalasPadam
  2. ProoooooooooooooooooOoOOoOOoOOOOOOOoOooOoOTTTTTTTTT~!!!!! Arghhhhhh lega kentut kat muka Tanpa Nama yang xsedar diri memalukan mak bapak sendiri, lega habaq kat mak bapak hang

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni bangang ke apa sirosli. proot d muka ko.

      Padam
    2. Apa pekdah kau dpt prot kan org rosli? Dpt hadiah ke paris ke? Dpt melancong ke zimbabwe ke? Apapun creeettt dmuka kau

      Padam
  3. yup it's so funny + sad to see these spoiled brats expressing their silly rants on social media like seriously..............

    BalasPadam
  4. kekdng ada jugak nampak situasi mcm gini..
    tak patut kowt

    BalasPadam
  5. Buruk mcam mana pon mak abah dia, tinggal dlm kotak ke, duduk atas papaer lama ke, aku tetap tak rasa dia patut keluarkan apa2 status dlm fb memburuk2kan mereka.

    Anak muda zaman sekarang memang sgt menyeduhkan :(

    BalasPadam
  6. Sbnrnya sikap memberontak mmg normal berlaku..cuma bila ada media sosial ni, semua benda senang nak diluahkan..selalunya kalau zaman dulu simpan sorg2 je, bengang mcmana dgn parent still mereka jugak tempat bergantung n mereka sayang...tp spt org tua kata, jgn membuat keputusan semasa marah (dgn update status)..sbb bila fikir balik lepas beberapa hari, apa yg kita luahkan sound childish n x matang.

    So, kurang2kn la layan media sosial...anggap media sosial dpt ilmu n pengetahuan am baru, bukan tempat luah emosi 24 jam, especially ppuan sbb ppuan suka buat decision melalui emosi.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.