Sabtu, 26 Disember 2015

5 Putus cinta bukan lesen untuk jadi bodoh

Ramai orang rasa dunia seolah2 sudah berakhir apabila putus cinta, malah terus rasa begitu sepi dan sunyi seolah2 sudah tiada siapa2 lagi yang sayang dan pedulikan mereka, namun hakikatnya hilang kekasih bukan bermakna kita hilang ibu bapa, hilang keluarga, hilang kawan dan lebih teruk, hilang agama. Ini ada yang putus cinta sampai nak terjun bangunan, toreh tangan dengan pisau, ugut nak bunuh diri, meroyan macam hilang akal kat media sosial tulis saia ta kuad dan sebagainya. Putus cinta bukan lesen untuk kita jadi semakin bodoh.

Bagi aku senang, kalau dah memang orang dah tak nak kat kita, move on. Tanpa awek/pakwe kita masih boleh buat perkara yang kita minat, pergi travel, cari kawan, belajar, kerja dan sebagainya.  Pastu kalau nak cari jodoh, cari sahaja yang lain dan lupakan kisah yang lama. Umat manusia kat bumi ni ada berbillion2 lagi yang boleh kita cari. Nak menyeksa diri pun tak berbaloi, kekasih lama kau pun buat tak tahu sahaja malah silap2 dah hidup bahagia dengan kekasih baru.

Pelukis: Nazirul. Layari blog beliau di BelogNazirul.


* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: putus cinta kesunyian sepi sakit hati stress tension bunuh diri jadi bodoh hilang akal

5 ulasan:

  1. betul tu dunia ni bukan ko ngan awek ko or bini ko je or suami ko je..

    sapa kentut dan cirit kote dia hitam

    BalasPadam
  2. Bercinta biar 99999..
    Bernikah biar 4..
    Beranak biar 25..
    Berniaga biar kencang tp xmenipu dan xmengambil untung melampau (ikut cr nabi)..
    Berak biar puas..

    BalasPadam
  3. Sebab manusia memang tak suka guna otak, tapi suka guna emosi.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.