Selasa, 29 Disember 2015

9 Beza jurnalis akhbar arus perdana dulu dan kini

Dahulu, tanpa Internet pun mereka masih dapat melaporkan berita yang berkualiti.
Dahulu, tanpa Internet mereka masih boleh dapatkan maklumat dengan rajin turun ke padang.
Dahulu, tanpa teknologi mereka masih boleh menghasilkan berita sendiri.

Kini, dengan Internet mereka boleh mendapatkan maklumat di depan PC tanpa pergi ke mana2 pun.
Kini, laporan berita palsu dan cerita viral tak penting kat Internet pun dimasukkan dalam akhbar.
Kini, dengan teknologi lebih mudah untuk membuat berita copypaste dan translate sahaja.

Pelukis: Nine Redial.


Hal ini tidaklah melibatkan semua jurnalis akhbar mainstream, masih ada lagi yang memang rajin turun padang, buat kajian dan menulis laporan berita sendiri, namun ia dah terlalu menjadi kebiasaan. Bukanlah tak boleh ambil berita yang bersumberkan Internet akan tetapi sekurang2nya tapislah dulu. Buatlah kajian sikit untuk menentukan kesahihan suatu berita.

Ini tidak, berita palsu kat Internet pun dijadikan laporan berita, lepas tu 2 3 akhbar mainstream lain pun turut copypaste berita yang sama. Fanmade video kat Youtube pun dianggap suatu hal yang benar dan serius untuk dilaporkan. Nak ambil kenyataan menteri, ahli politik, artis dan seseorang tokoh di media sosial mereka berbanding bertanyakan kepada mereka sendiri. Hal2 viral serta komen2 netizen yang tak penting di FB pun mahu dilaporkan. Artis mengandung mengidam nasi ayam pun mahu dijadikan bahan berita.

Merepek.

Baca juga artikel "7 sebab jurnalis media Malaysia semakin low-class".


* Komik di atas adalah sedutan daripada buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] yang baru. Ada banyak lagi komik menarik di dalam buku Buasir Otak: The Komik ini. Untuk membeli boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: beza perbezaan jurnalis wartawan akhbar berita arus perdana mainstream dulu dan sekarang kini

9 ulasan:

  1. hahaha2 betul tu terlebih ambik kesempatan lenkali berapada2 la dasar melayu cinabeng,
    proooooooottttt kat muka tanpa nama arghhh lega bak hang~

    BalasPadam
    Balasan
    1. CIβΔI ѕιяσѕℓι α∂мιи вℓσg яυραиуα ρяσσσσσттт ∂мυкα αψαm αρєяιкα

      Padam
    2. Prooootttt di muka cEro...

      Padam
    3. woi lahanat, apahal ko suka2 petik nama org lain haa? Dah hilang akal? Takde tamadun punya org,, prooooooottttt dmuka plain83

      Padam
  2. Jurnalis boleh lah buat lapan kerja lepasni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tlg jgn memaslankan diri anda, proott dmuka sendiri

      Padam
  3. Yg sy tau ramai boleh jadi partime jurnalis...even lagi kaya dr jurnalis akhbar sbb boleh siar dlm blog dgn ramai tumpang iklan sekali..masyuk..

    Tp etika jurnalis kosong....nampk sensasi terus share ala2 harian metro...cuma harian metro suka buat statment tanda soal di hujung, so xleh kata mereka siar 100% fakta.

    Ramai antara kita dahagakan berita sensasi, bukan kejituan berita itu sendiri...smpi tahap 'xnak terima kepahitan realiti, menerima bulat2 sensasi fantasi/fitnah'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Proott dmuka zyra roxx arghh leganya

      Padam
  4. Sebab prinsip orang zaman sekarang kan 'akan pilih kerja mudah'.
    Sebab copypaste tu mudah daripada turun padang.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.