Iklan Leaderboard

Rabu, 18 Februari 2015

12 Cara menjatuhkan perniagaan orang lain tanpa sihir

Kisah 1

Seorang jugambar yang baru sahaja nak berjinak2 dalam dunia bisnes fotografer post gambar dan foto pengantin hasil kerjanya di Facebook untuk tujuan promosi. Tidak berapa lama kemudian, beberapa kawannya yang juga fotografer komen macam2 pada hasil kerjanya berkaitan kompo, pencahayaan, teknik fotografi, itu tak kena, ini tak kena.

Agak kurang ajar disitu.


Kisah 2

Seorang lelaki baru sahaja membuka gerai makanan setelah beberapa tahun bekerja makan gaji, dijemputlah kawan2nya yang lain untuk datang ke kedai. Seorang daripada kawannya yang datang dan memberikan komen macam2, lauk tak banyak pilihan, makanan tak nampak sedap, interior tak cantik, banner buruk dan lain2 kritikan yang memalukan di depan orang ramai.

Haaa, kan ke dah beri imej tak molek kat si penjual, sedangkan orang itu baru sahaja nak mula berniaga.


Kisah 3

Seorang pelukis amatur baru sahaja mahu menerbitkan komik bersama rakan2nya lalu mempromosikan komiknya di akaun Facebooknya. Faham2 sahajalah nama pun amatur bukannya professional pun, so pasti akan ada banyak kekurangan dan kelemahan di situ. Ramai orang memberi komen2 yang positif untuk memberi semangat dan sokongan terhadapnya walaupun ada yang tidak membeli pun komik tersebut.

Tiba2, muncul komen dari seseorang yang tidak dikenali dengan ayat2 yang sangat menyakitkan hati.
"Kartunnya haram langsung tak cantik."
"Lukisan ada yang macam hampeh."
"Takde keje aku nak beli."
"Aku bukan nak kutuk, tapi kalau aku tak tegur sampai bebila pun takkan improve."
"Jangan sombong dan rasa diri tu dah perfect sangat sampai tak boleh ditegur"
"Macam ni la orang melayu berniaga tak boleh ditegur langsung"
Nak menegur untuk kebaikan dengan nak menjatuhkan orang itu berbeza.


* * * * * * * * * 

Bukan kita bersifat tidak terbuka, tapi tindakan orang seperti ini hanya mengacau dan menjatuhkan perniagaan orang lain. Tidak perlu gunakan sihir, santau, hantar toyol dan sebagainya, hanya perlu kondem peniaga tertentu secara terbuka depan orang ramai.

Ya, mungkin hasil kita tidak semolek hasil orang lain lebih2 lagi yang sudah lama berkecimpung dalam industri tersebut. Kita juga tak paksa orang beli barang kita, dan kita juga boleh menerima sebarang teguran dan kritikan.

Tapi sekurang2nya kalau berniat nak nasihat atau menegur, bolehlah bercakap terus secara peribadi dan personal kepada owner melalui private message atau ketika berduaan sahaja secara berdepan2, bukan dengan membuat komen yang buruk dan tidak menyenangkan di depan orang ramai sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap perniagaan kita, melainkan memang kita sendiri yang minta orang bagi komen dan pendapat secara terbuka mengenai produk kita.

Orang macam ini, mohon terjun loji najis.

Kredit to Izwan Azman.




tags: cara kaedah panduan menjatuhkan perniagaan orang melayu lain tanpa menggunakan ilmu sihir santau toyol tegur nasihat malukan jatuhkan kritik depan orang ramai di facebook kedai gerai

12 ulasan:

  1. oo aku first rupanya! anon bwh semua loser makan lah kentut aku prooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooootttttttttttttttttttttttttttttttt arghhhhhhhhhhhhh lega~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. anon bawah tambah kentut aku lagi.. prooootttttt

      http://blogpetua.blogspot.com

      Padam
  2. Kena sesuai masa dan keadaanlah, bukan dengan memalukan depan orang lain.. lagipun masih baru, banyak lagi yang dia perlu tahu, masih hijau lagi pengalamannya.. jadi jangan mengharapkan 10 bintang dari perkhidmatan yang disediakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu toktok mcm biasa bodoh tak beradab nak nasihat pun xde adab main pki leps je ayt puihhh!

      Padam
  3. Kita ni suka menghukum..smash kaw2 smpi xleh bangun lagi sedangkan baru nak belajar hidup n kerja....mcm anak gak, kita suka marah pukul maki, tp sbnrnya kita x didik dia yg lebih baik...sbb menghukum lebih kepada emosi negative, mendidik lebih kpd empathy dan cuba memahami

    BalasPadam
  4. Jangan risau. Layan setiap karenah pelanggan dengan baik. Ucap terima kasih pada teguran (mungkin kutukan) yang diberi. Jika boleh minta cadangan dari orang tersebut. Sentiasa senyum. Biar orang lain lihat kita seorang peniaga yang jujur dan berintegriti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok aku nk tengok muka ko tersenyum bila ada org buat taik mcm ni.. org mcm ni xlyk dipanggil pelanggan sbb diorg bkn nk beli pn cuma nk jatuhkan biz org lain je...

      Padam
  5. Silap kau juga noob.. ko buka bisnes utk pelanggan melayu. Kalo ko antarabangsakan lagi bagus. Siap buat amaran, meleis dilarang membeli. Berniaga dalam dunia melayu dunia ketiga, mmg mcm haramjadah la ko.

    Ko kene kental sbb meleis2 ni semuanya Nabiyullah. Suku sakat derang sumer rasul2 dikasihi Allah. Ko tu bakal sampah untuk dibuat bakaran api neraka jer.

    Sbb tu la ko tengok camanalah meleis nak maju. Dah ramai mencuba.. akhirnya kerepek jugak yg dijualnya. Abeh samseng pun, bukak kedai jual kain. Lain2 tu meniaga cukup2 makan.. tapi pakai BMW uuuu.. inilah logik melayu dunia ketiga.. kahkahkah..

    BalasPadam
  6. Nko pun dah start majukan BO. Aku galakkan nko pigi kursus Dr Azizan. Sbb dah ada produk ni, elok nko start je.

    Bukan senang nak berhati waja berdepan customer noob. Takat 5-6 ribu tu, aku raser kecik jer. Atau nko amik super punyer, 65k. Biar marketing dia yg uruskan.

    BalasPadam
  7. aku rasa korang ni xpaham mana satu kritikan, mana satu kaedah mjatuhkan pniagaan org lain.. rupanya syok sendiri jer mengomen.. nanti aku nak sembang ngan izwan azman apa yg dia paham pasal yg dia tulis tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya menunggu , kot ada tips dan ilmu baru ker :)

      Padam
  8. Bukan dalam hal perniagaan je untuk menegur secara berhemah. Dalam hal kekeluargaan pun kene ada adap dan cara yg betol. Mungkin sesetengah pihal tu sendiri tak sedar apa yang dia ckp dan buat. Selalula bermuhasabahkan diri dan minta maaf kepada mereka yg telah kita sakiti.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...