Iklan Leaderboard

Khamis, 5 Februari 2015

26 Logik orang Melayu / The Malay Logic

"Pak cik naik basikal tadi. Pak cik sendal rotan kat celah rim basikal. Baru jalan sket, tayar jammed. Jatuh gedebuk pak cik. Macam buah nangka!" cerita si Pak cik.

"Mesti pak cik beli basikal tu di kedai Cina. Betul tak? Kalau beli di kedai Melayu, confirm tak jatuh."


Inilah trend pemikiran yang masih melingkar dalam benak masyarakat Melayu. Semua masalah atau penyakit masyarakat adalah samada angkara Barat (Kristian / Nasrani), Yahudi, Cina, atau yang paling terbaru, K-Pop. Ada NGO Melayu yang cuba kaitkan K-Pop dengan gerakan Kristianisasi. Saya pening. Anda pening tak?

Mabuk nak jadi tuan

Kerana terlalu mabuk dengan candu ketuanan Melayu, kita tidak mampu lagi untuk muhasabah diri. Budaya dan tamadun kitalah kononnya yang tertinggi. Bak kata Hang Tuah, "Takkan Melayu hilang di dunia."

Segala cacat-cela dalam masyarakat, mustahil berpunca daripada orang Melayu sendiri. Semuanya konspirasi bangsa asing yang merasa iri hati dan tamakkan tanah negeri.

Persoalannya sekarang, benarkah ini semua angkara Cina, K-Pop, Kristian dan Yahudi?

Saya percaya, dengan seluruh jiwa raga saya, bahawa tiada penyakit yang lebih parah atau kritikal daripada tiada kefahaman agama (ad-Din).

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Siapa yang Allah mahukan untuknya kebaikan, akan difahamkan (difaqihkan) dia tentang ad-Din (agama)." (Muttafaqun 'alaih)

Harga barang tak turun, salah Cina!

Faham vs. Tahu

Faham ialah kemampuan mengaplikasi teks atau dalil dalam konteks secara tepat. Tahu berada pada tahap yang lebih rendah daripada faham, mungkin sekadar menghafal atau mengetahui teks atau dalil. Daya faham sangat dinamik dan merentasi zaman. Tahu sahaja tentang sesuatu mungkin akan tercabar dengan permasalahan baru yang terbit ekoran peredaran zaman.

Faham juga akan membuahkan iltizam dalam amalan. Tahu tidak menjamin amalan, apatah lagi untuk konsisten dalam amalan tersebut. Oleh itu, proses untuk membina kefahaman lebih rumit dan memerlukan kesungguhan berbanding dengan proses mengubah keadaan tidak tahu kepada tahu.


Persoalan penting

Saya ingin mengutarakan satu soalan yang sangat penting. Sebelum kita melatah menunding jari kepada Cina, Kristian, dan Yahudi.

Adakah unit-unit keluarga Muslim, sistem pendidikan, institusi-institusi agama, masjid-masjid, majlis-majlis ilmu, para sarjana dan cendikiawan, dan buku-buku Islam telah dikerah sehabisnya untuk membina kefahaman agama yang menyeluruh dalam masyarakat Melayu?

Sebagai seorang bapa, kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya, apa yang akan saya ceritakan pada anak saya tentang Islam? Bagaimana saya akan kenalkan baginda Rasulullah SAW kepada anak saya? Supaya dia lebih memahami agama ini daripada saya. Siapa yang ada pandangan boleh kongsikan di ruangan komen di blog.


Hala tuju masyarakat Melayu

Ke mana agaknya hala tuju masyarakat Melayu sekiranya mereka terus dipandu oleh logika sebegini? Apakah nasib golongan anak muda yang mewarisi ideologi defensive yang keterlaluan ini?

Setiap kali ada "mangkuk hayun" yang cuba mencanang atau menjual logika ini, persoalkan dia. "Benarkah begitu? Benarkah semuanya salah mereka selain Melayu?"

Suntikkan kesangsian dalam idea pemikiran tersebut dengan seribu persoalan. Jangan biarkan virus pemikiran ini menjangkiti sahabat kita yang lain.

Pemikiran begini yang menyebabkan kita hilang kehormatan. Pemikiran ini akan menyebabkan kita tersembam dalam lumpur kehinaan.

Berhentilah. Cukuplah. Sudahlah.

wAllahu a'lam

* Sumber asal dari blog Medicine & Islam 101. Penulis merupakan seorang doktor, kalau sesiapa mahu bertukar pandangan dari konteks seorang ilmuwan dan professional, boleh tinggalkan komen di blog beliau sendiri.

* * * * * * * * * *
Komen aku... PADU.

Nah aku hadiahkan kat korang lagu Bangau oh Bangau.





tags: the malay logic logik orang melayu suka salahkan orang lain lagu bangau oh bangau pengajaran erti maksud

26 ulasan:

  1. susahlah nak cakap macam mana, nak cakap xda ilmu, pi skola juga. hadoiii. sendiri mau pikir lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua ni salah UMNO-BN!

      Padam
  2. Noob.. ko jgn ingat Meleis ni bodo. Walau hebat mana hujah ngan intelektualan ko, ko tetap x dpt cari jawapan ni. "Telur ngan Ayam, sapa yg asal dulu." Aku makan garam dulu dari nko. Ini ayat2 biasa meleis tak kira dari mana parti politiknya.

    Hakikatnya dlm gambar kartun tadi, ada satu lagi nama yg ko lupa taruk. Iaitu "Anwar Ibrahim".. kahkahkah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg selalu ckp salah umno ko xnak taruk? nmpk sgt ko ni macai anuwar

      Padam
    2. Kalo salah UMNO, mmg salah UMNO la sbb mengngong xreti memerintah. Dapat menteri rasis dan tak cerdik.

      Kalo salah, susah sangat ka nak mengaku?

      Dah baca sejarah Melayu tulisan Hugh Clifford ka blom? Kahkahkah..

      Padam
    3. Shrek is love,Shrek is life5 Februari 2015 3:04 PTG

      Soalan ko budak sekolah pun boleh jawab. Ayamlah keluar dulu.hanya makhluk dewasa boleh mewariskan ciri-ciri genetik kepada progeny. Telur x lengkap sifatnya dan xboleh berkembang biak

      Padam
    4. telur dengan ayam, aku dah lama tau jawaban dia...nak tau? pi blog aku ha ha ha! promote blog lagi huhuhu! setakat telur dengan ayam tu senang aje bah!

      Padam
  3. admin ap kaitan lagu knk2 bangau oh bangau 2 dgn crita ni. aq xfhm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. X silap sy...noob maksudkan lagu bangau oh bangau sbb dr persoalan kenapa bangau kurus.....so sebabnya berleret2 smpai la kpd si ular yg makan katak yg menjadi punca bangau kurus. So..sbbkan ego punya pasal..nak salahkan org lain smpi jumpa pucuk pangkal...tp salah diri sendiri x fikir.

      Padam
    2. Logik melayu meleis ada 2. Ayam atau telur dulu dan lagu bangau. Bangau ni mengisahkan dia tak pernah bersalah. Ko pegilah jumpa mana2 melayu. Tak kiralah mana parti sekalipun, kitaran hujah dan berfikir adalah berkisar 2 tema ini, ayam dan telur dan juga bangau.

      Walaupun idea cap ayam sekalipun, idea org lain tetap sampah. Inilah melayu dan tak ada siapa mampu mengubahnya. Sbb tu melayu kekal di dunia ketiga.

      Sedih tu memang sedih la.. siapa tak nak tengok bangsa sendiri maju sehingga dapat buat roket, kapal terbang, bangsa yg suka menulis-membaca-mengkaji serta berfikir-bercakap-berdebat dgn professional.

      Tapi jika beratus2 juta melayu Indon-Brunei-Malaysia-Singapore masih jumud dgn logik ayam-telur dan juga bangau, susah nak berhubung dan jadi maju. Lihat dan jegil puas2 melayu2 di sekeliling anda.. bayangkan dgn yg ada skrg ini, mampukah kita nak melonjak maju mcm bangsa negara2 dunia pertama yg lain? Aku rasa mcm tak mungkin meskipun terus mengharap dalam masa 1000 tahun, logik kartun jatuh dari beskal tu akan lenyap. Mungkin tidak..

      Padam
  4. Aku tak bijak mcm doktor yang mengarang tu..pengetahuan nak berhujah pun tak cukup. Tapi aku ada cerita sikit berdasarkan pengalaman ciput yang aku ada ni.

    Kes 1
    Masa rehat time ofis, datang sorang rakan sepejabat, dia baru dikenakan tindakan tatatertib dan disoal siasat sebab mengambil duit pelanggan lebih dari yang sepatutnya dan masuk poket sendiri.

    Kamarul (bukan nama sebenar): aku tension betul la..ko tolong la aku sikit..aku tgh pening ni.
    Aku : hmm..aku pun tak tau sangat kes sebenar ko ni..celah mana nak tolong pun aku tak tau.Cube
    citer kit.
    Kamarul: Mmg la aku ada amik duit customer..tu pun aku amik sebab company mana ada bayar komisen elok2, gaji aku tak cukup. (lalu dia pun bercerita keburukan syarikat dan org atasan yang melanda negara sekarang..tambah pulak cerita pasal parti, pasal najib tak tolong).
    Aku: (jauh betul menyimpang mamat ni..dah cekau duit haram..sampai ke najib tak bagi dia br1m pun boleh jd punca penyebab)..hmm..berapa jumlah ko 'kne tuduh amik?'
    kamarul: 30k je..aku pun pelik dah bnyk tu ke aku amik.
    Aku: 30k???woww..masak lu der..masak.Mujur ko tak kne lokap.kne buang kerja pun dah kira bagus. (aku buat muke selambe..dah salah dia,sendiri mau tanggung laaaa)

    Kes 2
    Ada member aku ni,dia mamat motor..
    zam: aku nak beli cover set RR baru la, tapi aku gi kedai cina ****, dia taruk harga punya mahal. pala otak dia. (lalu dia pun cerita pasal cina punya bisnes kelentong org, taruk harga mahal dan cina makan bnyak babi).

    beberapa hari kemudian,aku jumpe dia lagi..dia dah tukar cover set.
    aku:baru wehh...silau mata nengoknye. Ko tukar kat mana?
    zam: aku bli kat kedai melayu kat *****. dia tolak lebih sikit dari harga kedai cina aritu.
    Aku: eh?pesal ko tak angkat kat kedai cina aritu je?kan lagi murah.
    zam: aku sanggup bayar mahal kat kedai melayu sebab diorang tak tipu aku. yang kedai melayu ni ok je walaupun harga mahal.
    Aku : (tgh dok cuba hadam maklumat yang dia bagi..cuba mencari walaupun setitik logik dari tindakan dia..namun menemui jalan buntu..lalu aku pun..) hmmm..ok..wehh,bola mamak jap jom.

    kes 3:
    tgh dalam perjalanan gi merayau dengan kawan.aku tumpang kete dia.tetibe ada kete depan buat perangai..bawak huru hara..sampai sikit lagi kitorang nak excident
    Din: Pu*****k tul la..bawak kereta macam bangsat..(tekan speed,lalu sebelah..nak tgk muka driver). hek eleh..awek cun rupenye (melayu)..sabar je la..hehe
    Aku: (aik?tak jadi marah?aku ni dah siap mengucap dah tadi..dah la terlupa pakai seat belt..haha)

    tetibe..de kete kat depan..selang beberapa buah kete kat laluan tepi buat perangai..masuk simpang mengejut..sikit lagi nak berlaga dengan kete orang.

    din: weh..siot giler bawak kete..cis..awek paria rupenye..keling ni memang bawak kete macam sial,mcam orang mabuk..dah la tak cun..itu hitam..ini hitam (lepas tu dia cerita pasal india punya bangsa..pmpn india tak cun..mcam2 lagi la)
    aku: aik?yang td tak kecoh pun..yang ni sampai ke batu caves punye kuil pun kena jugak?




    BalasPadam
    Balasan
    1. cina jual murah, dia ckp menipu
      melayu jual mahal, xde dia ckp menipu

      logik melayu tahi

      Padam
    2. Berniaga melayu ala TNB dan Syed Mokhtar.. harga minyak naik, kos operasi pun naik.. jadi harga elektrik pun naik..ok..

      Bila harga minyak turun, kos operasi berterusan naik, malah mencanak2 pulak naik.. jadi dapat kekalkan harga elektrik pun dah kira amat2 bertuah dah..

      sebenarnya dalam perniagaan bukan ada ehsan mahupun agama.. ehsan dan agama cuma digunakan sebagai pelaris jualan.. selepas barangan dibeli dan bertukar tangan, ehsan dan agama ni rupa2nya bernilai zero..

      hukum berniaga ialah "untung maksimum". tak kira dalam mana2 parti politik atau mana2 manusia biasa sekalipun.. ostat2 akan berceramah untuk mengutip derma semaksimum mungkin dgn bermodalkan ayat2 mantra agama "api neraka"-"kesedapan-duduk-di-syurga"-"bidadari"-"bersyukur" dgn menggunakan air liurnya.. kalo boleh nak suruh para jemaah gadai abes harta benda dan cabut butir telur di celah kangkang sekali sehingga tak ada apa2 lagi demi mencapai tujuan "bersedekah" untuk beribadah.. begitu juga para peniaga kita, modal kete dari jepun hanyalah 15k, masuk meleysia saja, dah jadi 160k.. jika ditanya, perniagaannya tetap rugi berlipat2 ganda..

      jangan marah ya.. ini logik tak kira mana2 bangsa....

      Padam
    3. anon 1.58, marah btol ngko kt tnb ye? ko xyah pakai letrik tnb la. ko pakai genset sendiri pastu ari2 ko isi minyak tanah kat genset tu. ko tgk mana lagi mahal. skang pakai api main tekan suis je pon nak kecoh2. sbb tu mak bapak ngko anta skolah suh ko blajo pandai2 xde la bila dah beso nak bayo bil letrik pon xde duit.

      Padam
    4. aku ada member..dah umur 30 lebih dok menganggur lagi. Dia pernah kerja,tapi selalu tak kekal lama. Sampaikan kita dah berkeluarga, dia dok macam tu jugak. Bila lepak dgn dia..tak abis2 dia cerita dunia tak adil..dia payah dapat kerja..duit tak ada..bergantung kat mak untuk duit belanja. Bila kita tanya "eh?ko kan kerja bawak teksi aritu?ape dah jadi?". Dia jawab "keje camtu bukan boleh cepat kaya pun.Dah la keje pagi balik lewat malam".

      Masa tu perasaan aku bercampur baur. Ada rasa kesian..ada rasa menyampah..ada rasa marah..ada rasa nak pukul orang..ada rasa nak mencarut..dan ada rasa nak bagi nasihat sebagai seorang kawan. Campur2 semua tu..hasilnya aku cakap "weh..kat mana nak cari benih pokok mangga?aku teringin nak tanam kat tepi rumah la (tetibe je..entah bila masa pulak aku bercucuk tanam)"

      Padam
    5. En 306, lojik nko sama mcm en 110 punyer explaination.... realitinya lu mmg melayu yg bingai.. banyak sangat tengok tv..

      Padam
    6. Aku pula ada member..umur 30 lebih, dah ade laki de ank sume, bajet hebat sgt lah de kje tetap lg..suke gossip sana sini, ckp besar hina org lain mmg hobi die. Kaki bodek bos, keje2 die sume die ske humban kasi org lain tolong buatkn. Rakan2 kje sume da thp meluat giler ke die. Skali die kantoi dgn bos dkt fb die post gmba melaram gi mkn knduri n shopping mse die amik cuti sakit bebrape hari. Kantoi pulak kali ke-2 dgn bos bile die ngaku die yg buat satu kje tu sorg2 padahal rakan sekerja die yg lain yg bertungkus lumus siapkn kje tu mse die konon sakit sgt tu. Skrg da kne blacklist dgn bos sebb bnyk sgt mslh. Itu lah meleis sejati, sembang lebat gebang hebat tp hasil kje cam haram. Sian ank2 die mkn hasil dari menipu, harap2 perangai bdk2 tu x jd serupa lutong, penat cikgu nk jage nnt kt skolah.

      Padam
  5. sentap terus baca ENTRI dan komen komen yang sangat membina. melayu masih di dalam takuk yang lama. pemikiran masih lagi dalam penjara.

    BalasPadam
  6. Papepun..bila cite pasal rasist ni..satu konklusi boleh dishare...DOUBLE STANDARD DETECTED!

    BalasPadam
  7. Parah pemikiran sesetengah orang Melayu ni. Asal kita kritik cara pemikiran orang Melayu sendiri, terus dilabelnya kita ni pengkhianat. Padahal, nak betulkan diri sendiri tu lebih mudah dari mencari kesalahan pada orang lain. Peliknya, bila Tun M cakap benda yang sama, takda siapa pula berani nak sanggah statement tu.

    Mungkin, Noob perlu dapatkan title Tun dulu kot baru layak nak komen pemikiran orang Melayu kita ni.

    BalasPadam
  8. Sila turun padang dan rasailah sendiri dalam dunia bisnes dan ekonomi..

    Sekadar menaip itu ini depan komputer tanpa merasai sendiri realiti, anda masih dalam kayangan dan retorika.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi nomo contact ko..bleh sembang bisnes hebat ko petang2.. amacam?

      Padam
  9. PAS salahkan UMNO,
    UMNO salahkan PAS,
    PAS salahkan PKR,
    PKR salahkan UMNO,
    UMNO salahkan MCA,
    MCA salahkan DAP,
    DAP salahkan PAS,
    PAS salahkan MIC,
    MIC salahkan PKR,
    PKR salahkan DAP..

    Arrr.... WTF....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua yang berlaku ialah Salah UMNO-BN!

      Padam
    2. Yang betul dan benar ialah S.A.Y.A.!!!!!! lu sumer boleh blah... kahkahkah..

      Padam
  10. Cmna cina xkenakan charge mahal. Ko beli barang kedai dia hutang mau 120 hari baru settle. Tu pun ada lagi invoice yang tercicir la,ilang la. Sok dia nak ambil semula keuntungan yg tercicir dia mark up la lebih skit. Kalau payment cantik, xde la dia nak bunuh customer dia plak

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...