Iklan Leaderboard

Selasa, 17 Februari 2015

25 Norma kerja dan tugas setiap pekerjaan itu berbeza

Sikap segelintir kakitangan awam curi tulang waktu bekerja ibarat kudis lama yang masih tidak pulih dalam sektor perkhidmatan awam. Melihat kelibat mereka menghisap rokok selepas sarapan, walaupun jam menunjukkan 10.30 pagi di gerai-gerai bukanlah perkara asing. Malah ada yang sanggup ke luar kawasan, semata-mata mahu menikmati makanan kegemaran mereka tanpa menghiraukan waktu bekerja.

Ada juga yang mengambil kesempatan berniaga dalam pejabat, melakukan urusan peribadi, urusan ke bank, mengambil dan menghantar anak ke sekolah dan pelbagai lagi kegiatan yang sinonim dengan budaya kerja segelintir penjawat awam.


Ini belum dikira dengan kedatangan lewat tetapi menuntut kerja lebih masa apabila pulang lambat.
Baru-baru ini juga, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi turut menegur penjawat awam di Selangor yang culas dan gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Namun, kebanyakan mereka terus berasa selesa dengan pelbagai imbuhan tetapi mutu kerja yang diberi tidak setimpal.

Disebabkan segelintir perangai jelik penjawat awam ini, masyarakat terus memandang serong terhadap sektor awam walaupun yang melakukan perkara itu bukanlah semua.

Selanjutnya di Sinar Harian.

* * * * * * * * * *

Beberapa penjawat awam ditangkap minum pagi dan membeli belah di waktu berkerja di bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada 13 Februari yang lalu.

Lawatan mengejut (spot check) yang dilakukan oleh Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi dan Unit Integriti SUK Selangor di bangunan SSAAS itu mendapati masih ramai kakitangan awam melakukan kesalahan itu di waktu berkerja.




“Unit Intergriti SUK Selangor akan memantau aktiviti ini dan tindakan tatatertib boleh diambil,” jelas kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, pemantauan mengejut itu berjaya ‘menangkap’ 4 orang pegawai audit 5S yang sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak.

Beberapa penjawat awam yang lain juga turut dilihat membeli belah di gerai-gerai kecil di bangunan terbabit.

“Diharapkan semua penjawat awam dapat mengubah budaya ini demi nama baik perkhidmatan awam,” jelas kenyataan itu.

Selanjutnya di The Hype Media.

* * * * * * * * * *

Tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor membuat spot check dan mengantoikan beberapa penjawat awam yang sedang lepak bersarapan di gerai, beli makanan, hisap rokok dan membeli belah baru2 ini telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat yang rata2 bukan kakitangan awam mengutuk dan mencemuh penjawat awam ini sebagai pemalas, suka mengular, suka curi tulang, culas, gaji tak berkat, membazir duit cukai rakyat dan lain2 perkara yang negatif.

Sebenarnya isu2 berkaitan kakitangan awam seperti ini bukan benda yang baru, ia sudah menjadi tabiat berkurun2 lamanya dan sudah pun menjadi budaya dalam perkhidmatan awam. Itu baru buat spot check di bangunan SSAAS, cuba buat spot check di kedai2 mamak dan shopping mall seperti Alamanda kat Putrajaya tu di luar waktu pejabat, pasti penuh dengan kakitangan awam. Kalau hari Khamis lagilah mudah nak kenalpasti mereka, kerana mereka pakai baju batik.

Cuma jika kita nak generalize dan stereotype dengan mengatakan semua penjawat awam itu pemalas dan curi tulang itu tidak adil juga. Malah tak wajar juga jika nak dicompare dan dibandingkan dengan pekerja swasta secara umum. Ini kerana bidang kerja dan norma tugas setiap pekerjaan itu tidak sama baik antara kerajaan dan swasta mahupun di dalam kerajaan itu sendiri.

Mengambil contoh seorang guru dan seorang polis, walaupun kedua2nya penjawat awam, namun bidang kerja dan norma tugas mereka tidak sama. Guru perlu bekerja mengikut masa sekolah dari pagi sehingga tengahari, polis pula bekerja mengikut shift kadangkala sampai ke tengah malam. Tugas guru menjaga, mengajar dan mendidik anak murid, manakala polis pula tugasnya menguatkuasakan undang2.


Begitu juga seorang Pegawai Audit tugasnya tidak sama dengan seorang Eksekutif Pemasaran yang bekerja di syarikat swasta. Norma tugas seorang Pegawai Audit memerlukan mereka sering keluar pejabat untuk melakukan audit di tempat lain, begitu juga seorang Eksekutif Pemasaran yang sering keluar pejabat untuk membuat marketing atau kerja2 pemasaran. Namun jika kedua2nya terpaksa mengisi perut di kedai makan pada jam 3:00 petang disebabkan mempunyai mesyuarat pada jam 1:00 tengahari, kenapa kakitangan awam sahaja yang dipandang serong? Adakah kerana semata2 beliau seorang pekerja kerajaan?

Sebenarnya bagi jawatan yang sama tidak kira di sektor kerajaan atau swasta, bidang tugas dan norma kerja mereka lebih kurang sama sahaja. Seperti contoh, seorang programmer yang bekerja dengan kerajaan, kerjanya lebih kurang sama sahaja dengan seorang programmer yang bekerja di syarikat swasta. Kedua2 kena buat aturcara komputer, ada projek yang perlu dibuat, ada dateline yang perlu dikejar dan sebagainya.

Cuma bezanya, bekerja di syarikat swasta kebiasaannya gaji lebih tinggi berbanding kerja kerajaan, dan yang masa bekerjanya lebih fleksibel yang pekerja boleh masuk pukul berapa2 janji berada di pejabat cukup selama 8 jam, ada yang boleh buat kerja di rumah sahaja dengan hanya perlu akses secara remote ke sistem dan network pejabat menggunakan VPN, yang penting kerja siap sebelum dateline yang ditetapkan. So kau nak lepak makan kedai mamak pukul 10 pagi ke orang tak peduli, janji kerja ko siap.


Manakala di sektor kerajaan pula masih di takuk lama mengamalkan sistem bekerja ortodoks dan tradisional, mereka tersangat mementingkan masa bekerja mengikut waktu pejabat. Sebab itu seorang programmer itu ada projek ke, tiada projek ke, tugasan sudah disiapkan lebih awal ke, apa jua yang berlaku pun, jasad kita perlu berada di pejabat. Amat penting untuk kau berada di atas kerusi di workstation kau walaupun minda kau sudah melayang2 dan mata sudah terpejam lena.

Sama konsepnya jika seorang pekerja kaunter tidak kira di sektor awam atau swasta. Disebabkan norma tugas mereka sama iaitu melayani pelanggan yang datang, mereka perlu bekerja mengikut tempoh waktu yang telah ditetapkan kerana mereka perlu berada di kaunter untuk berurusan dengan orang ramai. Malah banyak kaunter yang dibuka pada waktu tengahari, maka tidak pelik jika ada yang perlu keluar makan di luar waktu pejabat kerana bergilir dengan kakitangan yang lain. Mereka juga manusia, bukan robot.

So sebelum komplen mengenai kerja seseorang, kita perlu tahu dahulu norma pekerjaan mereka. Bukan asal namanya pekerja swasta itu semua bagus dan pekerja kerajaan itu tidak bagus. Memang tidak dinafikan, ramai juga kakitangan awam yang tidak bagus, namun ada juga kakitangan kerajaan yang bagus dan ada juga kakitangan swasta itu yang tidak bagus. Aku pun bukannya nak backing sangat kakitangan kerajaan, sebelum2 ni pun dah selalu sangat tibai diorang kat blog ni, cuma aku rasa agak tidak adil jika kita bantai dan stereotype semua pekerja awam dan swasta itu sama rata tanpa mengambil kira norma kerja setiap pekerjaan mereka yang berbeza2.




tags: sampai bila nak curi tulang pegawai kakitangan kerajaan penjawat awam syarikat swasta pekerja kena terjah ambush spot check suk selangor kantoi sarapan makan pagi minum lepak hisap rokok beli belah beza bagus tanggapan negatif masyarakat

25 ulasan:

  1. No komen.Tapi 1st batak tetap wajib..

    BalasPadam
  2. Cikgu Aisyah tu dewi remaja kan?

    BalasPadam
  3. sebab tu saya komen sesetengah.. sebab tahu bukan semua. Tapi bab compare dengan swasta bukan la kata pekerja swasta ni perfect 10 tak pernah curi tulang cuma kalau compare dgn bilangan dengan pekerja kerajaan ni lebih2 lg yg officer (bkn cikgu,polis,nurse @ anggota keselamatan yg bekerja dgn org awam) dgn pekerja swasta tu.. kita tak boleh nafikan yg lbh byk curi tulang dr kakitangan awam.. sebab kebanyakkan (bukan semua yer) pekerja swasta ni terikat dengan undang2 yg ketat.. silap sikit warning letter.. resign letter bagai la.. berbanding bekerja dengan kerajaan sgt kurang risiko di buang kerja. Adik sy kakitangan kerajaan.. dia sendiri pun cakap ada opismate yg kdg2 masuk opis punch card.. lepas tu hilang. blk kdg2 suruh org lain punch card.. Tapi apa yang saya komen ni tak merujuk kepada semua.. sebab tu sy guna perkataan sesetengah. Lumrah la.. bila org nampak byk berlaku orang akan judge keseluruhan.. so, yg byk tu kena kurangkan utk orang tak pandang negatif pada penjawat awam.. Kalau benda ni bukan serius atau tak ramai yg buat rasanya isu ni pun tak wujud kot.. sebab ia semakin menjadi parah la yg ada tindakkan ambush camni.. kena terima hakikat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar tu puan suria saya setuju, masyarakat sebenarnya sudah terikat dengan skeptikal bahawa kakitangan kerajaan ini pemalas, cuma agak kesianlah disebabkan segelintir orang yang kuat mengular, kuat hilang, suruh orang lain punch, habis semua kakitangan kerajaan yang hampir seramai 1.5 juta orang terkena tempias sedangkan ramai lagi kakitangan awam yang kerjanya agak sukar nak curi tulang sebenarnya seperti guru, doktor, jururawat, polis, bomba dan sebagainya. Mungkin solusinya pihak kerajaan sendiri yang perlu menggubal dasar yang lebih sesuai berdasarkan jawatan dan jenis pekerjaannya.

      Padam
    2. Doktor bkn sukar kuar tapi mmg xleh kuar langsung. & dilarang keluar ketika bertugas .. Makanan diorang pihak dapur hospital yg sediakan.. Sbb skop tugas xsama. Kritikal jobb..

      Padam
    3. pekerja gomen pemalas cam babi

      Padam
    4. salam
      yg kene tangkap tu pegawai audit 5s?

      seiri seiton seiso seiketsu shitsuke

      kalau kat Jepun, pegawai audit 5s yg kene tangkap tu da lama resign sebab tak tahan menanggung malu ngn organisation, kena pulau/ignore apa semua.

      Padam
    5. anjing swasta burthurt keh3..

      Padam
  4. Slm... Kita kritis lebih penjawat awam sebab kita yg bayar gaji dia. We got the right... Tu belum dia jawab kat dalam kubur cam mana dia makan harta rakyat. Norma kerja tak boleh jadikan alasan utk membazir hak awam. Ko takleh bandingkan dgn swasta sebab swasta cuma utk keuntungan tuan punya. Kalau menular pun effect dia kat syarikat. Tapi kalau penjawat awam effect dia negara dan rakyat. Byk beza tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 la..kesian jd staff gov...buat salah sikit nama gov naik, pas2 dilabel habiskan duit rakyat...pas2 nak performance tip top mengalahkan pekerja swasta sbb gaji duit rakyat, tp hakikat gaji n bonus kecil dr swasta. Sy akui swasta lagi flexible kerja terutama bila byk buat kerja luar......tp ada gak sy akui byk pekerja gov lepas punch card terus mengeteh kat luar smpi jam 10, pas2 sambung kerja sbb mereka kerja x mcm swasta based on KPI utk convert ke bonus.

      Padam
    2. sy faham apa yg admin mahu sampaikan. saya seorg kakitangan kerajaan yg bekerja sbg juruteknik elektrik di sebuah agensi kerajaan. tugas harian sy lebih kpd membuat penyelenggaraan berjadual & menyelesaikan aduan.. ada kalanya kerja sy mmg sgt sibuk tak menang tgn sampai terpaksa bekerja selepas waktu pejabat & weekend, namun ada kalanya kerja saya tidak begitu sibuk apabila semua pm telah diselesaikan & tiada sebarang aduan baru.. so masa yg terluang tu sy guna utk main internet sbb mmg sudah tiada kerja nk buat. apa yg korang expect utk saya buat kalau waktu itu mmg sudah betul2 tiada tugas? saya bkn jenis yg suka keluar, saya lebih suka duduk depan pc di pejabat saya semasa tiada tugas kerana mudah jika ada on-call atau ada aduan baru.

      kdg2 mmg saya akan pergi makan di kafe pd pukul 2 petang kerana ketika org lain tgh lunch, sy sdg sibuk menyiapkan kerja. adakah sy dikira makan harta rakyat & membazir hak awam? saya harap masyarakat xpandang semua kerja kakitangan awam ini sama, sperti yg admin ckp, masing2 ada job scope & norma tugas masing2.. kita yg xpernah duduk bekerja di situ mmg xtahu hanya tahu komplen mcm2 mengikut pandangan mata, tp cuba kerja di tempat saya dulu baru anda akan faham.

      Padam
    3. pekerja gomen mkn duit haram perabih duit rakyat

      Padam
    4. . habis produk2 yg swasta sapa yg beli... . duit tu yang guna utk bayar gaji korang. so skrg sapa yg bayar gaji sapa skrg ... nak ckp pasal tax? aku pun bayar tax .. hujung tahun seribu lebih gaji aku kena potong bayar dkt lhdn. ko ada bayar? sembang lebih ..

      Padam
    5. Gaji org gomen bkn ker dr sumber petronas..

      Padam
    6. anjing gomen dh buthurtt keh keh keh

      Padam
    7. Syukur la masih ada kerja... yg penting kewangan sudah tejamin... ada ramai yg xder kerja... x d trima utk beketja.. itu lg mslh... yg mencuri masa dlm kerja.. bos xkan x pandang kot... ker bos juga curi masa... tegur menegur la...

      Padam
    8. Anon atas aku suma anjing pencacai. Keja plak boss cina. Sampai mampus jd kuli batak cina.. Puihh..

      Padam
  5. normal la brooo ..orang atas gomen curi isi ...dah habis isi org bawah gomen curi tulang. tu la untung nya keja gomen kui3 ... keja rilex gaji jalan kekekekeke... jeles? xpuas ahti? kesah plak aku wawawawawa ... duit kak jat lembu 250juta najib buat xkisah apatah lagi org bawah2 dia hewhewhew..

    BalasPadam
  6. ah!memandai la menjawab nnt kat akhirat. nak kisah apa keje gomen ke swasta. Semua ditnya kat atas sana nnt. sendiri buat, sendiri tanggung.

    BalasPadam
  7. Antara sebab jadi gini adalah penilaian prestasi pekerja kerajaan. Senioriti seperti menjadi pemberat dalam sektor awam ni. Ada yang mengambil kesempatan bekerja sambil lewa kerana tahu peluang untuk diberhentikan rendah.

    Walaupun begitu saya rasakan kualiti pekerja kerajaan di Malaysia antara masih antara yang baik di dunia.

    BalasPadam
  8. Setakat curi tulang kau nak bising. Yang curi bukan setakat daging peha, daging dada kau tak kisah!.

    BalasPadam
  9. Nak buang stereotipikal ttg pekerja gomen malas ni mmg payah...
    Tapi tak mustahil.
    Asalkan kerja tip top, tak ada siapa bising :)

    BalasPadam
  10. baca ni https://www.facebook.com/frensofbn/posts/10152859848134998

    kpd yg pandang hina pekerja2 kerajaan, korg mmg bangsat!!!

    BalasPadam
  11. senang cita sape yang kuat curi tulang tu bangsat....

    BalasPadam
  12. kesimpulannya, bekerjalah dengan ikhlas walau apa cara...
    bila jujur dan anggap kerja tu sebagai ibadat, kita dapat pahala

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...