Iklan Leaderboard

Isnin, 16 Februari 2015

9 Orang Jepun turut sedih dan hormat kematian TGNA?

Telah bersebaran di media2 sosial sebuah status Facebook yang dikhabarkan milik oleh warga Jepun yang berkongsi gambar beliau dan rakan2 pejabatnya di Jepun yang turut bersedih dan memberikan tunduk hormat sebaik sahaja mendengar perkhabaran Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia pada minggu lepas. Gambar ini menunjukkan kepada kita betapa Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bukan sahaja disayangi oleh rakyat Malaysia, namun juga orang2 Jepun. Namun, sejauh mana kebenaran status dan gambar tersebut?



Pemimpin yang disayangi segenap lapisan masyarakat iaitu Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah pun selamat disemadikan pada hari Jumaat yang lepas. Jasa dan kehebatan ilmu Allahyarham Tuan Guru sepanjang hayatnya menjadikan beliau disayangi oleh ramai orang, namun malangnya ada juga pengikutnya yang telalu taksub sehingga ke tahap memuja Allahyarham sehingga berbuat perkara2 khurafat seperti membawa balik tanah kubur, mereka dan menyebar berita serta kejadian2 palsu.

Tidak dinafikan kemuliaan Allahyarham, namun tidak perlulah kita terlalu taksub sehingga sanggup membuat cerita2 palsu seperti kisah orang Jepun di atas, yang mana gambar tersebut sebenarnya diambil dari laman web sebuah syarikat di Jepun iaitu Saburau Ltd seperti gambar dan link di bawah. Aku pun tak tahu apa motif sebenarnya orang yang reka cerita2 palsu ini.


Sebab itu jugalah aku tidak berkongsi apa2 jua cerita dan kejadian pelik yang berlaku yang berkaitan dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz kerana kita sendiri tidak tahu sejauh mana kesahihan kisah2 tersebut.

Malah anak Allahyarham sendiri iaitu Nik Abduh telah memberi pesanan dan teguran kepada semua orang mengenai perbuatan2 yang tidak baik ini terutama yang boleh membawa kepada perbuatan khurafat dan syirik.
ANAK Allahyarhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh mendedahkan bahawa sudah ada orang-orang tertentu yang datang ke pusara bapanya dan membawa balik tanah bagi tujuan yang dipercayai boleh membawa kepada perbuatan khurafat dan syirik.

Kata Nik Abduh, beliau mendengar perbuatan pihak tertentu yang mengambil tanah berkenaan kononnya untuk mendapatkan berkat.

Perbuatan itu kata beliau bercanggah dengan ajaran Islam dan berharap agar ia dihentikan segera.

“Tanah orang soleh tidak ada manfaat, ilmunya yang manfaat,” katanya di kediamannya di Pulau Melaka.

Beliau tidak melarang mana-mana pihak yang mahu melawat pusara bapanya tetapi ia hendaklah dibuat bersandarkan hukum dan sebab yang dibenarkan dalam Islam.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan bahawa pihaknya tidak membuat sebarang majlis tahlil untuk arwah bapanya.

“Kita tak buat majlis tahlil. Ayah kata untuk orang mati yang penting adalah doakan dia sahaja,” tambah Nik Abduh lagi.

Sumber MyNewsHub.

Orang yang kita sayangi sudah pergi, tidak perlulah kita pula terlalu taksub dan memuja beliau. Baginda Nabi Rasulullah SAW sendiri melarang umatnya agar memuja dan taksub kepada diri baginda. Cukuplah dengan kita iringi pemergian beliau dengan doa dan amalkan ilmu2 bermanfaat yang pernah beliau curahkan sepanjang beliau hidup dulu. Peninggalan ilmu2 beliau banyak boleh didapati melalui ceramah2 beliau di Youtube kalau mahu.

Hentikanlah melakukan perbuatan khurafat serta mereka cerita dan kejadian2 palsu. Hormatilah perasaan ahli keluarga, rakan dan penyokong TGNA yang lain. Jadilah seorang Blogger, Facebooker, Twitterer, Instagramer, Youtuber, Friendster, Myspacer yang berilmu dan bertanggungjawab, janganlah jadi seorang dungu yang hanya tahu forward sahaja sebarang maklumat tanpa dikaji dan diselidik kesahihannya terlebih dahulu. 




tags: orang jepun sedih hormat kematian pemergian tgna allahyarham arwah tuan guru nik abdul aziz nik mat watashi no ai haru facebook fb status tunduk meeting bilik mesyuarat orang islam amalan khurafat syirik bidaah ambil tanah kubur nik abduh majlis tahlil reka buat sebar kongsi cerita kisah kejadian pelik palsu taksub puja

9 ulasan:

  1. ni la masalah dengan orang melayu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. taip first la dammit! 2nd!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! melayu mcm biasa ditipu melayu lagi dan ditipu lagi...

      Padam
  2. apa nak jadi la dengan org melayu ni..elok2 jalan cerita dah ok..ada saja nak menyimpang lepas tu. Mentaliti tahap kaum purba zaman dinasour. Tahyul ya amat. Arwah dah pergi, doakan saja la. pasai pa la jadi songsang macam tu sekali. Aku ni nak kata alim pun jauh skali. Tapi tak la sampai nak songsang pelik cmtu. Ramai sangat ka kat luar tu yang bebal keras tahap kepala batu?

    BalasPadam
  3. Aku nak gelak percaya org yg letak gambar tunduk hormat TGNA......nmpk sgt kesahihannya boleh dipertikaikan...yg percaya bulat2,hmmmmmm

    Org malaysia suka buat gambar viral n jadi popular..x kira apa topik sekalipun x kira politik, hiburan atau agama sekalipun.

    BalasPadam
  4. yeap saya setuju sangat :) jangan sebarkan benda yg tak pasti kesahihannya

    BalasPadam
  5. Orang sekarang terlampau kreatif sampai tak menjaga sensitiviti orang lain. Kreatif tak bertempat.

    BalasPadam
  6. biasa la apa nk heran dgn macai pas pis pus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jebon. Upss, jebon parasit,upss.

      Padam
  7. dah agak mesti ada tak kena gambar tu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...