Iklan Leaderboard

Ahad, 15 Februari 2015

29 Peminat game lucah butthurt dengan laporan akhbar

Muka depan akhbar Harian Metro hari ini telah membangkitkan kemarahan komuniti otaku dan peminat anime di media2 sosial kerana menyiarkan artikel yang bertajuk "Mainan berahi jerat remaja: Bertapa dalam bilik". Laporan itu menyatakan pengendali sebuah laman web dikesan menawarkan 116 permainan video seks secara percuma dengan menyasarkan remaja termasuk kanak-kanak bawah umur. Akibatnya, ibu bapa mengadu anak mereka yang sebelum ini ulat buku dan aktif bersukan, kini hanya bertapa di dalam bilik kerana ketagih permainan itu. Persoalannya, kenapa peminat anime perlu melenting?


Bagi yang hanya berpeluang baca tajuk muka depan je, berikut adalah keratan laporan penuh di dalam akhbar Harian Metro tersebut. Klik gambar untuk besarkan.

Keratan akhbar Harian Metro.

1. Ini bukan kali pertama Harian Metro guna headline2 seperti ini untuk melariskan akhbar mereka. Sebelum ini pun dah banyak kali dah paparkan berita dan gambar2 yang seksi untuk menarik perhatian pembaca.

2. Jika diukur dari sudut perniagaan, memang strategi mereka berjaya kerana umpan (bait) diorang sudah mengenai, manun jika diukur dari sudut etika dan moraliti, gambar watak anime seksi tu tak perlu letak pun sebenarnya.

3. Ramai otaku dan peminat anime rage dan marah setelah melihat muka depan akhbar ini. Ada yang mengatakan ia memberi nama buruk dan negatif terhadap anime, ada yang mengatakan watak perempuan yang disiarkan di muka depan itu adalah watak dari anime biasa, bukannya watak dari game lucah tersebut.

4. Cuma aku pelik, kenapa ramai sangat peminat anime dan otaku perlu melenting siap ada yang suruh tarik balik artikel bagai? Laporan tu cakap pasal ada website yang menawarkan game flash bergenre hentai atau lebih dikenali dengan Eroge dimainkan secara percuma yang boleh menyebabkan anak2 muda ketagih dan duduk terperap dalam bilik bermain game lucah, so apa yang tidak logik dan melampaui batas?


5. Ramai juga yang aku perasan hanya baca tajuk dan sinopsis kat muka hadapan, terus buat kesimpulan sendiri yang artikel tu mengutuk anime sedangkan mereka tak baca pun lagi laporan penuh di dalamnya. Seriously, korang sebenarnya membela anime ke membela eroge? Baca ke tidak artikel penuh laporan tu? Tiba2 emo dan butthurt tak tentu pasal.

6. Artikel tu sebenarnya suatu bentuk pendedahan kepada para ibu bapa dan orang dewasa yang game2 lucah terutama dari Jepun tu wujud dan menyarankan agar mereka memantau kegiatan anak2 mereka yang suka terperap lama dalam bilik melayan komputer. Rata2 aku tengok yang emo lebih2 pun cuma budak2 sekolah, diorang sebenarnya takut la tu aktiviti diorang layan game hentai kantoi dengan mak bapak.

7. Adakah semua peminat anime adalah peminat game hentai ke? Takkan asalkan peminat anime, maka kita kena jadi peminat game hentai juga? Akhbar itu bangkitkan isu game hentai, bukan isu anime, so kenapa ramai anime fans perlu melenting?

8. Sudah terang2 game hentai atau lucah ini adalah suatu yang tidak baik tidak kira dari sudut agama mahupun sudut moral, so kenapa beriya2 mempertahankannya? Kalau ya pun anda peminat eroge, diam2 sahaja sudah, tak perlu berbangga anda seorang peminat eroge.

9. Ada juga yang compare dengan cerita melayu yang sama teruk, filem barat yang banyak adegan lucah. Namun cerita melayu yang entah apa2 dan filem barat penuh adegan lucah bukan alasan untuk menghalalkan kita tengok hentai dan main eroge. Sebagai seorang umat Islam, seteruk mana pun kita, jangan sesekali kita berbangga dengan suatu perkara yang haram.

10. Kenapa setiap kali ada artikel atau berita yang membantai minat kita seperti anime, K-Pop dan sebagainya, kita kata "Alah benda lain pun teruk juga, malah ada yang lagi teruk, kenapa tak bantai?". Apa punya mentaliti ini? Wujudnya artikel yang membantai dan menegur minat kita, tidak semestinya mereka membenar dan menghalalkan perkara buruk yang lain. Dah namanya artikel kena la fokus kepada suatu subjek. Bila ada artikel lain yang membantai minat orang lain, korang tak kisah dan tak sedar pun kewujudan berita tu sebab bukan minat korang yang kena.

11. Jangan hanya kerana minat, kita bersungguh2 mempertahankannya sedangkan benda tu salah. Ingat, minat itu jangan sampai taksub, kerana benda yang kita taksub tu takkan dapat bawa kita ke mana pun akhirnya.

Baca lagi - Sejauh mana kita sanggup pertahankan minat kita.





tags: laporan berita artikel harian metro mainan berahi jerat remaja bertapa dalam bilik mudah akses mainan berahi waspada jika anak remaja menapatap komputer riba dari petang hingga lewat malam permainan video komputer riba notebook laptop pc web gaming hentai eroge lucah seks gamingcloud the night before exam butthurt emo

29 ulasan:

  1. betol tu. ada bezanya anime dan hentai game tu.
    aku tengok banyak betol iklan hentai game kat mana2 laman web termasok fb n youtube.
    patutnya banned je iklan2 yg camtu kat msia nie. hahahah.

    BalasPadam
  2. x perlu butthurt wahai semua peminat anime. ni semua pasal nk dpt duit jer. x perlu ambik serius.

    BalasPadam
  3. Peminat Anime yg matang15 Februari 2015 12:46 PTG

    Abg Noob kena ingat, anime fans ni maksum...

    Sedih tgk komen diorg kat fb. Kdg geram gak. Kebanyakan budak2 sekolah lak tu!

    BalasPadam
  4. Harian Metro mungkin mentionkan kepada Visual Novel versi eroge . Dan sepatutnya peminat eroge yang butthurt . Ni peminat anime pulak yang butthurt ? Membela eroge nampak ?

    BalasPadam
  5. Dalam laporan tu ada menyatakan game berjudul "The Night Before Exam", dan ya, memang sebuah eroge, game lucah. Harap ibu bapa pantau kegiatan anak2.

    BalasPadam
  6. Biasalah rakyat Malaysiakan mls membaca...

    BalasPadam
  7. agak agak diorang butthurt pasal anime atau eroge .... ka ka ka hakikat x nk terima

    BalasPadam
  8. tapi yang cuma minat kartun jepun dan tak main eroge pun terkesan gak, lagi2 kalau parents jenis suka stereotaip, semua anime dikira eroge. Pasal Mio pula, kalau parents nampak anaknya tengok K-on mungkin disalah sangka tengok kartun lucah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tue masalah dya tue... Kalo mo letak gambar jugak. Letak la yg watak dalam tue eroge..

      Padam
  9. spongebob sekuepen juga sejenis anime.

    BalasPadam
    Balasan
    1. spongebob bkn anime lah bodoh. spongebob tu kartun. lain kali belajar dulu sebelum komen

      Padam
    2. lantak la aku nak komen ape pon yang ko taksub sangat apehal.. ko la yang bodoh nak mampus.

      Padam
    3. The Definition of Anime: http://youtu.be/p51neLsWE-4

      Padam
    4. betul tu... anime bola kampung juga telah banyak merosakkan akidah remaja masa kini

      Padam
    5. upin ipin juga telah merosakkan akidah umat islam...mohon perkasa buat perhimpunan bantah upin ipin depan mahkamah...

      Padam
    6. kesian aku tgk korang ni... trying too hard to be funny

      Padam
    7. tinggal arwah dah tu ._.
      x tahu beza anime ngan kartun,baik diam ._.

      Padam
  10. Wakakakakaka aku setuju dengan kau noob!

    BalasPadam
  11. Baik dia focuskan video lucahkan malaysia ni

    BalasPadam
  12. Yg lawak nie, knpa letak website dalam paper tue? Nama game pun ada.. makin banyk yg p layar tue nnti haha..

    BalasPadam
  13. Atleast anime ada pengajaran dari cinta, cinta, and another drama cinta, and another cinta, cinta and gangster. Jangan kutuk seni negara orang lain kalau tanahair sendiri pun macam haram

    BalasPadam
  14. Aku rasa, elok haramkan anime pada penonton bawah 18 thn sbb diorg lagi membuatkan anime nampak lebih teruk.

    BalasPadam
  15. Budak tu pon 1hal dah bukak pandai2lah delete semula history.. xpon bukak kt mozilla private window.. ulat buku aleeutoo

    BalasPadam
  16. first erogame ak pernh main "ganguro girl" dan game kedua pernah ak main "kuroinu kedawakaki blah2 something" tp best la jugak game first kureng tp yg kedua awesome gila ada raksasa, elf,human ****** all the time haha2

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama bro... antara game terawal aku main yg ganguro tu. terus nostalgia zaman sekolah dulu

      Padam
  17. terima kasih metro ahad... dari elok2 x de nafsu terus bersemangat nak google keyword dlm artikel tu. tapi sayang game tu bukan ful version sedih sungguh

    BalasPadam
  18. Hahahaha,lawak seyh artikel nih

    BalasPadam
  19. So, korang nak cakap peminat anime minat hentai sebab dok terperap dalam bilik? Macammana pulak dengan bebudak lain yg alim tu pun layan anime jugak tak pun sampai layan hentai. Tolong hormati hobi kami sbg otaku kerana kami menyokong anime bukannya hentai. Figura adalah mainan kidult untuk disimpan koleksi dan bukannya s*xtoy hampeh yang berlambak kat luar sana. Penjualan figura kpd otaku sememangnya selama ini bukan satu masalah knpa harus diungkit skrang? bagaimana dengan diluar sana? pelacuran berleluasa di sana sini tapi tak ada sapa pun yg peduli. ni kan pulak figura anime. Hentikan sampah repek ini. Sebelum ni takde pulak kes maksiat blaku sebab figura. yang aku tau maksiat s*xtoy dengan kes sumbang mahram cibai kat luar sana adalah. anda menghina dan terlalu memandang rendah thdp otaku.'otaku' is not politic,'otaku' is not maksiat, 'otaku' tak pernah menyusahkan sesiapa pun selama ni, 'otaku' bukan SAMPAH macam pelacur NAJIS. So, korang xde hak nak hina sesuka hati hobi kami

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...