Tapi bukan cerita pasal pengalaman beraya gua yang gua nak cerita ni. Gua nak cerita sikit pasal Topeng. Ya TOPENG, atau MASK. Masa raya pun ramai yang pakai topeng bila kita balik kampung, jumpa sedara mara, kawan2. Tanpa kita sedar, kita semua memakai topeng, samada topeng yang semakin baik atau yang semakin jahat. Tiada orang di dunia ini yang tidak memakai topeng, masing2 pasti memiliki topeng. Berikut adalah antara topeng2 yang biasa dipakai oleh kita:
1. Depan mak bapak / mertua
Biasanya bila dengan mak bapak atau mertua, masa ni lah kita memakai topeng yang paling baik sekali. Jarang kita tunjukkan perwatakan sebenar kita depan mereka demi menunjukkan yang kita ni anak yang baik. Kalau biasa kita cakap secara kasar, depan mereka lembut je, makan pun beradab je, duduk takdenya nak tengkangkang2 depan TV.
2. Dengan awek / bini
Bila depan awek kita akan pakai topeng dan cuba menjadi watak seorang yang romantik, caring, mengambil berat, penyayang dan macam2. Tapi bila kawin, topeng tu biasanya akan pudar sedikit demi sedikit dan digantikan dengan topeng lain samada topeng yang semakin bagus seperti topeng tanggungjawab ataupun topeng tak nak laki/bini tahu aktiviti luar. Malah banyak juga berlaku di mana sebuah pasangan kekasih / suami isteri yang tidak tahu perangai dan watak sebenar pasangan masing2 kerana terlalu tebal topeng yang dipakai.
3. Di pejabat
Bagi yang sudah bekerja, di pejabatlah topeng paling banyak dipakai. Kadang2 kalau jenis yang malas tu pun akan terpaksa pakai topeng dan cuba jadi rajin sikit sebab tak nak dipandang serong oleh orang lain di pejabat terutama depan bos, lagilah makin tebal topeng bodek. Topeng yang paling glamor di ofis adalah topeng "3B" iaitu "Buat Buat Busy". Tapi biasanya bila dah duduk sorang2 takde ofismate di sekeliling, mula la tanggal topeng tu dan jadi diri sendiri balik dok mengular, tido, main facebook dan lain2.
4. Depan cikgu / anak murid
Kalau yang masih bersekolah tu pulak, biasanya dalam kelas depan cikgu terpaksa pakai topeng budak baik walaupun dia tu la kepala gangster rompak cyber cafe, bakar awek dan selalu buat video klip 3gp budak sekolah kat belakang cikgu2. Tapi kalau dah jenis yang bangang tu bangang jugak, depan cikgu pun mereka bukak topeng. Bagi yang jadi cikgu tu pulak lagilah, terpaksa memakai topeng beperwatakan baik di sekolah agar dapat menjadi contoh kepada anak2 muridnya, kadang2 kat luar pun masih lagi kena pakai topeng tu sebab takut2 kalau anak muridnya terserempak kat luar, ye lah tak best pulak kalau terkantoi dengan anak murid kat kelab dangdut ke, tengah dating kat taman bunga ke.
5. Di Internet
Ni merupakan topeng paling glamor dan popular di mana rata2 semua orang pun pakai topeng bila di Internet. Boleh kata bila kat Internet je, perangai tu boleh berubah 180 darjah, mana2 yang baik kat luar tu terus jadi bangang bila kat Internet tanpa orang tahu pun sapa identiti sebenar mereka. Antara topeng yang paling ramai orang pakai adalah topeng Anon atau Tanpa Nama di mana hanya dengan topeng ini sahaja, anda boleh tulis samada komen paling bijak di dunia atau komen paling bangang di alam semesta.
6. Dengan kaum lain
Bila kita berdepan dengan kaum lain, kita selalu pakai topeng perpaduan 1Malaysia yang menunjukkan kitalah yang paling tak racist. Tapi hakikatnya di belakang mereka topeng tu kita buang jauh2 dan kita terus menjadi orang yang paling racist dalam dunia, tak kira la orang Melayu ke India ke Cina ke. Malah dengan topeng anonymous di Internet, perangai racist dan perkauman kita tu menonjol bukan main di blog2, forum2 dan Youtube.
7. Dengan sahabat baik / BFF
Biasanya bila dengan sahabat baik atau BFF, masa tu lah kita bukak topeng kita dan tak pakai apa2 filter. Dengan kawan baiklah kita akan menunjukkan perangai dan perwatakan yang sebenar. Yang mana kaki kutuk tu, dengan kawan baiklah kita bisa kutuk mengutuk tanpa risau mengguris perasaan mereka, dengan kawan baiklah kita bisa buat lawak bodoh yang kadang2 mereka gelak sebab memang lawak kadang2 mereka gelak sebab gelakkan lawak bodoh kita yang tak menjadi, dengan kawan baiklah kita bisa ketawa berdekah2 tak hingat dunia yang tak mungkin kita tunjuk depan mak bapak/mertua/awek/bos/cikgu/anak murid dan lain2. Dengan sahabat baiklah juga kita bisa menangis berkongsi masalah kita. Hanya kawan baik kitalah yang selalunya tahu perangai dan perwatakan sebenar kita malah tahu rahsia kita.
Banyak lagi situasi lain yang menyebabkan kita memakai topeng yang berbeza2, ni aku cuma senaraikan beberapa aja, lain2 korang boleh fikir sendiri. Gua percaya takde orang yang membawa perwatakan yang sama tidak kira di mana mereka berada. Sebab tu secara sedar tak sedar kita semua sebenarnya hipokrit dan bermuka2. Semua orang ada dark side masing2 dan dark side tu biasanya adalah diri kita yang sebenar.
Topeng apakah yang anda selalu pakai?
tags: topeng muka bermuka muka berpura pura hipokrit dark side split personality personaliti berpecah mask depan dengan mak bapak ibu bapa mertua ipar adik beradik keluarga awek pakwe makwe girlfriend boyfriend suami isteri laki bini rumahtangga pejabat ofis officemate cikgu guru anak murid kelas internet anon anonymous tanpa nama berbilang kaum melayu cina india bumiputra perpaduan 1malaysia sahabat kawan teman baik best friend forever bff vs normal friend
Kudapat melintas bumi,
BalasPadamKudapat merajai hari
Kudapat melukis langit,
Kudapat buatmu berseri
Tapi kudapat melangkah pergi
Bila kau tipu aku disini,
Kudapat melangkah pergi
Kau dapat cerahkan aku,
Kau dapat buatku berseri
Kau dapat buatku mati,
Kau dapat hitamkan pelangi
Tapi kudapat melangkah pergi
Bila kau tipu aku disini,
Kudapat melangkah pergi
Tapi buka dulu topengmu,
Buka dulu topengmu
Biar kulihat warnamu,
Kan kulihat warnamu
LoL haikkk baru je aku terpikir nak letak lirik lagu topeng nih kat komen..you beat meh to it *3*
Padamheheh..ala,letak je wat kali kedua,tak salah pun.hahaha
Padamha3 x kewl la jd copycat, walopun ianya x disengajakan =P
Padami just lost my shy2 cat mask..
PadamSaya selalu memakai topeng Ultraman dan sangat merindui john kramer.
BalasPadamSebenarnya kita terpaksa memakai topeng mengikut situasi..setiap situasi yang berlainan memaksa kita menukar topeng mengikut keperluan semasa.
Topeng adalah sebahagian dari sebuah sudut hidup..tiada manusia yang mampu hidup tanpa topeng..kelihatan naif dan hipokrit kan hidup kita?tapi itulah hakikatnya...Apakah topeng saya? hmmm let me thing..
sokong zack,sama pendapat kita
Padambukan thing la zack,think.
Padamye betul lah "think"..still mabuk ketupat..Al-maklumlah ketupat tu agenda freemason hehehehe xD
PadamPandai cover..hebat
Padambagi sesetengah situasi,kita perlukan 'topeng' yang sesuai..biarpun tak baik mana pun kat luar,tp bila jumpa makbapak kita kena la jadi sehabis baik.kadang2 semua org perlukan topeng masing2.. bukan bermakna org tu hipokrit atau suka berpura-pura,tapi mungkin untuk menyelamatkan keadaan dan mengekalkan situasi yang baik.
BalasPadamtapi kalau bertopeng untuk niat tak baik,kita bakor je
-tidakmahumenjadisepertiAbdullahbinUbay- okbai.. ;)
BalasPadam-sayapuntakmaujadisepertiabdullahbinUbaymacamawakjugak-okbai;)
Padamsy slalu pakai topeng joker.=p
BalasPadamWhy So Serious?
PadamWhy do you ask?
Padamyou...why do u ask him/her?haha
Padamnow,you all may kiss.
PadamWhy Should i answer?
Padamyup..why so serious?haha.life is a game dear.haha
BalasPadamwhat so funny?'why so serious' or 'life is a game dear'?
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamboth.haha
Padam(tak retila skiping miping neh...cakapla melayu,tergeliat lidah i...orang eksen je pun dia pakat eksen jugak,adoi.haha malu i)
-topeng-
pakai topeng x semestinya hipokrit, boleh jugak dianggap 'tipu sunat'..hehe
BalasPadamtopeng tak semestinya dibuat dari konkrit,boleh jugak dibuat dari plastik
Padamkadang topeng tu perlu utk jaga hati orang.contoh.kita pergi mana2 kaunter pertanyaan.kalau org yg jaga tu tak reti bertopeng dan kebetulan dia baru lepas gaduh dgn bf,mau kita yg bertanya dimarah teruk2.tak gitu?jadi topeng kadang2 bagus jugak.utk jaga hati orang.dan bersikap profesional.pendapat je ye.
BalasPadamApa2 je lah puteri.. I dah bosan dgn komen u ni..bosan!!!
Padami tak bosan dengan komen u.ha,komen lagi..lagi..dan lagi
PadamHaha. Kalau dengan kawan baik memang mulut pun jadi macam longkang. Semua benda keluar tanpa ada penapis.
BalasPadamkalau dengan pakwe mulut jadi macam penapis air coway.Semua air kotor dari longkang keluar menjadi air bersih
Padamhahahaa, topeng2 =) ~ follow sini =)
BalasPadamnoob manusia bertapak sulaiman
BalasPadambenda yang cuba ditimbulkan si noob ni kata kunci dia ialah "kawan karib" dan "diri sebenar kita" yg sebenar2nya..
BalasPadamtanpa make-up,botox dan topeng..mampukah manusia menghadapi dunia tanpa "sokongan" tersebut?
dan..hargailah rakan karib anda kerana kawan karib sangat "limited"..kawan mmg ramai..tapi tak semua "karib".
hai,nama saya ahmad karib..boleh panggil saya 'karib'.semua kawan saya mengatakan bahawa saya merupakan satu-satunya rakan yang bernama karib.
PadamAntara huraian yang sangat bernas dan bagus dari seorang insan tanpa nama. Siapakah gerangan disebalik komen tersebut, harap boleh memperkenalkan diri, ada nickname pun cukuplah
PadamPenat la bertopeng. Cm penat pakai make up. Penat nak pakai, penat nak tanggal. Itu belum kos bermekap. grrr~.. lebih baik jadi terus terang jer. Tak perlu nak ingat pape.
PadamTeringat pada siri game Persona
BalasPadamteringat kat anak mkcik jiran sebelah..
Padamaku tak bertopeng,tapi bila aku memakainya..akulah batman!
BalasPadamBhai Noob...
BalasPadamGua memang slalu pakai Balaclava.... hahaha... that's my identity... hahaha.... so WTH ..... hahaha
balaclava? ni mesti kaki cs ni jadik terrorist dok letak bom. cs baru global offensive dah kuar... dah beli ke?
PadamKadang2 kita terpaksa pakai topeng untuk jage hati orang lain :)
BalasPadamOrang kongsi gelap slalu pakai topeng bile depan isteri atau awek
BalasPadamade lagi laa...kalau artis kantoi tangkap basah atau kena kutuk pakai seksi...mst jawab, Sesungguhnya Allah bersama2 dgn org yang sabar..saya percaya semua ini ada hikmahnya....huhuhu...
BalasPadamSmua org pakai topeng, makin berusia seseorang tu makin hebatlah level topeng dia, baik lelaki maupon pempuan. Kalau la 'topeng' ni boleh dilihat dgn mata kasar, atau ada sejenis alat/kanta yg boleh membantu melihat 'topeng' ni, konpem boleh buat perbandingan akan perkembangan/pertumbuhan topeng ni dari seseorang tu berusia 1 taon, ke 10 taon, ke 15 taon, ke 25 taon...smpai la saat nak hembuskan nafas terakhir, dgn mengmbil-kira faktor2 luaran spt jenis pekerjaan, org sekeliling, pencemaran n sebagainya. For sure la akn jadi satu bidang kajian yg amat menarik.
BalasPadamp/s: pergh bleh wat manga yg berpotensi utk jadi anime neh..LoL!
pergh!!mcm yagami raito..tp dia boleh nmpak nama orang je.
Padamhahaha tu Ryuk punya angkara..
Padamhahaha... pasal kawan tu cm betol jer. Kalau rapat, kawan sakit. Siap tanya 'ko x mati lg ke?bek ko wasiatkan guitar ko kat aku'. haha.. every idiot monkey looks like my friend. haha..
BalasPadamMemang betoi apa pak cik Noob ni cakap. Dengan kawan, sekolah terbakar pun masih gelak berdekah-dekah.
BalasPadam