Rabu, 15 Ogos 2012

15 Selamat hari jadi yang fake

Sepanjang aku hidup, aku tak pernah menyambut hari lahir secara formal. Kedua orang tua ku juga tidak pernah membuatkan apa2 majlis harijadi untuk aku dan anak2nya dan aku tak pernah kisah pasal benda tu. Malah kadang2 hari jadi aku sendiri pun aku lupa. Ketika sekolah dulu ada lah 2 3 orang sahabat yang ingat hari lahir aku dan wish setiap kali hari lahir aku tiba walaupun tanpa diringi kek atau sebarang hadiah. Namun di tahun pertama aku mempunyai akaun Facebook dulu, bila tiba sahaja hari lahir aku, hampir separuh daripada rakan FB aku meninggalkan coretan "Selamat Hari Lahir" dan "Happy Birthday" di wall aku, malah ada juga orang yang aku tidak kenal dan tidak pernah jumpa wish hari lahir aku.

Source from Freevector.


Namun tidak sedikit pun aku gembira, malah sedikit terkilan kerana hari tersebut bukanlah hari lahir aku yang sebenar, aku hanya memberikan tarikh lahir palsu di Facebook, dan ternyata ramai di antara rakan2 aku yang sememangnya langsung tidak tahu tarikh lahir aku yang sebenar dan mereka hanya diingatkan oleh Facebook, tapi aku tak kisah pun sebenarnya kerana aku pun tak pernah kisah pasal hari lahir orang lain.




Tahun berikutnya sekali lagi aku cuba bereksperimentasi dengan menghiddenkan tarikh lahir aku di Facebook, dan bila tiba hari lahir aku, sehingga 12 tengah malam, tiada seorang pun yang wish seperti tahun lepas. Namun keesokan harinya, terdapat seorang rakan perempuan di sekolah lamaku meninggalkan jejak "Happy Belated Birthday" di wall aku. Nak kata dialah yang sebenarnya sahabat sejati aku kerana menjadi satu2nya orang yang ingat akan tarikh lahirku? Tidak juga... Mungkin dia hanya teringat kerana aku pernah sekelas dengan dia dahulu dan juga kami berkongsi hari lahir yang sama, hakikatnya kami tidak pernah pun bertemu dan bertegur sapa selepas tamat persekolahan.



Yang lebih pelik, kita mudah ucap selamat hari lahir di Facebook pada rakan2 kita, orang lain tapi di real life bila kita bersemuka dengan dia takde pun kita nak wish apa2. Segan atau malu mungkin? Dengan magik Facebook secara tiba2 kita jadi lebih berani dan ramah. Dan yang lagi penting, masih ada lagi ke hari jadi kawan2 yang kita betul2 ingat selain daripada diingatkan oleh Facebook?


Sedar tak sedar semakin lama kita dah terlalu terikat dengan teknologi, kehidupan kita seharian dah terlalu sangat bergantung kepada teknologi. Hari lahir rakan pun perlukan Facebook untuk ingatkan, nak pergi mana2 pun perlukan GPS untuk tunjukkan, risaukan anak di sekolah pun sanggup bagi telefon bimbit pada mereka, buku diari dan kalendar meja tidak lagi penuh dengan contengan kerana semua event telah direkod di dalam kalendar telefon bimbit, nak bekerja pun perlukan komputer dan internet sampaikan ada pejabat yang tutup kedai bila internet servicenya down.


* Btw cuba korang buat, hiddenkan tarikh lahir korang kat Facebook, tengok siapa yang betul2 ingat dan wish birthday kat korang? Seriously, mesti seronok.


tags: selamat hari jadi tarikh lahir ucapan happy birthday wish facebook wall profile account hidden privacy fake palsu tipu eksperimen kehidupan terlalu bergantung teknologi fb reminder notification scumbag gps handphone mobile phone work bekerja komputer computer internet down pejabat office close balik rumah

15 ulasan:

  1. betul betul betul.. tapi shin x penah tipu letak tarikh lahir ker.. kawasan tempat tinggal ker.. dan shin x harap org wish pon.. dan kalo time besday org tu pon shin xde wish kat wall.. kalo ada pon shin akan pm utk wish.. dengan kata laen.. sambil mengorat.. untung untung dapat

    BalasPadam
  2. aku dah pernah buat. 4 orang je yang wish. 1 awek aku. 2 kawan perempuan. 1 mak aku.

    BalasPadam
  3. Kalau hide facebook a few close friends jelah yang akan wish termasuk parents dengan adik beradik. Kalau hide, nanti birthday notify tak sampai 50 ke atas la abang noob. Hahaha.

    BalasPadam
  4. anyway..happy belated besday encek noob..or happy besday in advance bro:) hehe

    BalasPadam
  5. Selamat Hari jadi kejadahnya? selamat Hari Lahir lah ngek.. kalau sambut harijadi kejadahnya kau tahu ke bila kau "jadinya"? muahahahha :D

    back on topic,aku pun tak pernah sambut hari lahir..sambut pun member2 sekolah buat suprise..harap Mak Ayah aku...brrrrrrrrr..

    Ayah aku pun dah hidup dekat separuh Abad pun tak pernah sambut hari lahir dan disambut hari lahirnya,sampai dia mintak kat aku and family tolong buat satu majlis happy birthday untuk dia..Nak rasa katanya sambutan tu macamana..itulah sambutan hari lahir pertama yg pernah disambut secara rasmi di rumah aku.. ekekkekeke :D

    BalasPadam
  6. wish besday thru fb is way too mainstream!

    btw,
    besday aku baru lepas
    besday dalam bulan posa special skit
    automatik celebrate time iftar kt rumah sendiri
    kalau tak bulan posa jgn harap la kekeke

    ok la dari sebelom2 ni
    tak ingat bila last sambut besday
    masa ngaji dulu kot
    tu pon kena pedajal satu dorm hahaha

    zaman awek2 dulu ada jugak celebrate sana sini
    tapi dah insaf dah la ni :P

    BalasPadam
  7. 3 tahun pertama guna FB, wall memang penuh dgn ucapan HB. Bila dihide tahun ke-4 ni, takde seorang pun wish.

    BalasPadam
  8. betul2.. sebab tu lisa jarang wish besday kt fb.. kalau rajin baru la wish ;p

    BalasPadam
  9. setiap kali birthday mesti penuh wall & inbox dengan wish birthday.
    tak kisah kenal ke tak, janji wish.

    BalasPadam
  10. nob.. raya puasa kan kite ikut bulan islam.. jd lebih baik tarikh lahir kita sendiri hargai dlm bulan islam kn.. tukarkn tarikh lahir ke kalender hijrah.. setiap tahun akan berubah.. rase perasaan yg lain sgt bile myambut dengan bulan islam.. kite akan lebih bersyukur dengan cara ni.

    BalasPadam
  11. Selamat bertambah umur genap lagi setahun dan tahniah kerana anda belum lagi mati kerana dipukul akibat perangai palat anda dan semoga anda menggunakan umur ini untuk melakukan kepalatan seterusnya sampailah tahun depan..

    Apa best sambut?

    Birthday bukan budaya kita. Debat bukan budaya kita..

    LULZ

    BalasPadam
  12. Memangn Benar manusia skang bergantung hidup dgn teknologi.. Yang nyatanya jika anda hidekan Besday date mmg tiada siapa yg akan wish kecuali keluarga terdekat shj.. tapi apa pun sblm kita hentam atau menyalahkan org lain ada baiknya kita tanya pada diri kita dulu berapa ramai tarikh lahir member dan ahli kluarga kita yg kita ingat??? Berapa???

    Anyway aku sokong zack pasal komen ttg hari jadi.. Korang semua tau ke bila korang jadi????? Korang hanya ada tarikh bila korang dilahirkan atau diberanakkan oleh mak korang...

    So aku yang menyokong komen/pendapat zack harap lpas ni korang jgn ucapkan Selamat Hari Jadi lagi sbb kalau korang translate Happy Birthday pn it should be Selamat Hari Lahir and bkn Selamat Hari Jadi....

    Macamlah korang tau sgt bila korang dijadikan oleh Allah SWT

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Macamlah korang tau sgt bila korang dijadikan oleh Allah SWT"

      9 bulan sebelumnya.....klu saya 7 bulan lah~ ketika bapa saya berada amat berdekatan dengan ibu saya.........ketika satu sensasi keluar dengan begitu pantas & meletihkan.....wakakak~

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.