Itu cerita orang luar, tapi lebih menyedihkan bila orang negara kita sendiri tidak menghormati bendera, lagu kebangsaan dan hari kemerdekaan kita.
1. Bendera Malaysia
So what kalau bendera kita seakan2 bendera USA? So what kalau lagu kebangsaan kita diadaptasi dari lagu Mamula Moon atau Terang Bulan? Ni antara negara yang mempunyai rekabentuk bendera yang mempunyai konsep hampir sama dengan bendera USA yang mempunyai kotak/lambang serta garisan lajur berbelang:
USA
Malaysia
Liberia
Puerto Rico
Uruguay
Greece
Cuba
Apa? Negara lain punya bendera sangat original? Tengok berapa banyak bendera negara lain yang boleh dibina dengan bendera Norway:
Kemudian Hishamudian Rais a.k.a Tukar Tiub kata nak tukar bendera Malaysia dengan bendera lain yang diadaptasi dari bendera Indonesia kerana warna merah putih dikatakan mempunyai motif nusantara kalau Pakatan Rakyat menang pilihanraya dan membentuk kerajaan baru... Walau sebelum ni aku difitnah kat blog TT kat sini ada orang komen kutuk Hishamudian Rais guna nickname Prince of Noob aku yang glamour ini, tapi seriously... gila ke hapa? Dari kita tiru Indon baik la tiru je US, at least US takde la nak gelarkan kita pencuri, malingsia dan lain2 gelaran bodoh.
Ini bendera Indonesia:
Indonesia
Ni bendera Singapura yang dikatakan hampir dengan bendera Indonesia yang juga mempunyai motif nusantara.
Singapura
Bendera ni juga mempunyai motif Sang Saka merah putih.
United Malays National Organisation
So kesimpulannya negara kita perlu ubah bendera Jalur Gemilang kita seperti bendera Indonesia dan Singapura, atas dasar kita pada suatu ketika dahulu satu rumpun Nusantara?
Wow... hebatnya. Barulah nak tau kita ni serumpun. Rasa2 orang Indon mengaku ke mereka juga merupakan bangsa Melayu dan mengakui kita ni serumpun dengan mereka? Di Singapura pula orang Cina dah conquer, orang Melayu semakin hilang nilai melayunya... Nusantara lah sangat! Kalau bendera sahaja melambangkan Nusantara tapi hakikatnya tidak mengaku Melayu dan hilang jatidiri Melayu apa guna? Sekarang bendera UMNO pun dah macam tu, kalau ubah bendera negara nanti pasti akan ada suara kata bendera kita bermotif politik meniru UMNO, padahal bukan UMNO pun yang cadangkan penukaran bendera.
OK yang ni pula bukan bendera Indonesia... seriously:
Monaco
Jauh betul pengaruh jajahan nusantara ni sampai ke Monaco. Mungkin ada konspirasi Iluminati dan gerakan Freemason yang rancang semua ni sejak dahulu lagi untuk melemahkan bangsa melayu raya.
Poland
Greenland
Gibraltar
Sejarah asal usul bendera Malaysia atau Jalur Gemilang boleh tengok kat Wikipedia, versi teori konspirasi pula boleh tengok kat Youtube. Tak kisah macam mana pun asal usulnya ciplak dari mana pun, yang penting rekabentuk bendera Malaysia tu dah diluluskan oleh mana2 parti politik tapi telah diperkenan oleh Majlis Raja-raja. Bendera2 negara lain pun banyak yang diadaptasi dari bendera pelbagai negara, nasib bendera kita takde lambang Union Jack je. Bendera Malaysia kita dah pakai lama dan sudah sebati dengan kita sejak merdeka lagi, so tak perlu nak ubah2 dan merendah2kan martabat bendera kita sendiri.
Bukannya ada apa2 yang busuk yang boleh menyebabkan kita benci pada negara dan hilang jatidiri pun pakai bendera sekarang ni. Kalau kita ubah pun macam kat atas tu, still orang Indon akan kata kita tiru dia, orang Monaco cakap kita perasan nak jadi orang Monaco. Pusing2 macam mana pun bendera kita tetap akan hampir sama dengan bendera negara lain dan berbentuk segiempat. Bendera yang betul2 ori dan tak tiru negara lain cuma bendera Nepal sahaja, tapi itu pun still ada lambang bintang dan bulan sabit, tiru bendera Malaysia ka?
Nepal
Tapi yang penting, bendera Malaysia sekarang bebas dari pengaruh politik dan takde langsung nampak seakan2 bendera UMNO ke, BN ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke.
2. Lagu Negaraku
Ok tu kisah nak tukar bendera, lagu kebangsaan Negaraku pun nak ubah jugak. Pakatan Rakyat belum pun dapat memerintah negara tapi dah macam2 nak ubah.
Ni lagu Mamula Moon.
Ni lagu Terang Bulan.
Ni lagu kebangsaan Malaysia - Negaraku.
OK melodinya sama, so apa masalahnya? Benda dah berlaku zaman nenek moyang bertahun2 dahulu sebelum merdeka lagi dan lagu tu pun telah diperkenan oleh Majlis Raja2 bukan orang UMNO pun, malah penggubah asal melodi lagu ni dari Perancis, Pierre Jean de Beranger pun dah mati dan keturunan cucu cicit dia pun takde claim copyright infringement apa ke hak cipta ka patent ke, so nak bising kecoh2 lagi kenapa?
3. Hari Kemerdekaan
Aku tak kisah kalau orang nak kutuk BN ke UMNO ke PAS ke PKR ke DAP ke aku peduli apa, tapi aku cukup sakit hati bila orang cuba nak merendah2kan MALAYSIA. Sama seperti aku kutuk logo dan lagu murahan untuk Hari Kemerdekaan ke-55 #Janjiditepati oleh Rais Yatim, aku cukup berbangga bila ramai rakyat Malaysia tampil menunjukkan rekaan logo hari kemerdekaan alternatif yang lebih cantik dan kreatif, malah ada juga yang menggubah dan menyanyikan lagu kemerdekaan sendiri yang lebih patriotik.
Tapi bila ada pula rakyat Malaysia sendiri yang cuba merendah2kan dan menghina Hari Kemerdekaan dengan mencipta logo yang bermotifkan zakar atau penis yang sedang beronani serta mempunyai elemen2 bendera Malaysia di dalamnya memang sangat menyayat hati, malah sampai menyifatkan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957 dan Hari Pembentukan Malaysia 16 September 1963 sebagai Hari Malapetaka adalah sangat tidak wajar. Walau kita merdeka secara rundingan dengan pihak British, ataupun sekiranya kita merdeka dengan kekerasan di bawah payung yang lain, kita tetap sudah merdeka, kalau tidak merdeka dengan acuan British seperti yang ada pada hari ini, mungkin dengan acuan Komunis, walau macam mana sekalipun sejarah telah tertulis. Kalau ada apa2 yang perlu diubah adalah perkara pada masa sekarang dan yang akan datang, bukan perkara masa silam.
Namun yang paling menyedihkan adalah sampai begitu sekali hilangnya jatidiri seorang warganegara Malaysia apabila sanggup menghina, merendah dan menjatuhkan martabat negara. Kalau bendera negara, lagu kebangsaan dan hari kemerdekaan negara sendiri pun sudah tidak dihormati, anda nilailah sendiri adakah orang seperti ini masih layak digelar warganegara Malaysia?
tags: bendera malaysia jalur gemilang lagu kebangsaan negaraku ciplak tiru copy bakar conteng orang indonesia indon asal usul sejarah cipta reka lulus perkenan majlis raja-raja nusantara sang saka negara mamula moon terang bulan rais yatim logo hari kemerdekaan ke 55 janji ditepati bentuk zakar penis onani melancap pancut air mani kartun zunar copy yb mohammad nizar twitter jalur malang manoharan malayalam facebook hishamuddin rais tukar tiub blog hari malapetaka ganti bendera dap negarakuku namewee umno scumbag norway flag mother of flags
apa la.. dah punya lama guna bendera dan lagu negaraku, tetiba nak tukar... dah tak ada kerja sangat ke??
BalasPadamApela smpai xde keje sgt smua nk tukar2 ni?sedih aku bacanya.semoga kemerdekaan negara kita berkekalan.amin
BalasPadamSyabas Bro kerana buat Entry yang paling padat,aku tak nak komen banyak..semua kau dah cili kasi taruk.
BalasPadamUmat Melayu sekarang adalah umat yang paling teruk krisis identitinya akibat sindrom INFERIOR yang begitu melampau,ditambah dengan sentimen TAKSUB yang membuta tuli..jati diri sebagai rakyat Malaysia yang rasional hancur disebabkan perasaan inferiority dan taksub kepada politik.
Aku dah lama perhatikan benda ni,sedih Bro tengok Minda rakyat Malaysia macamana dorang berfikir,dibanding dengan mentaliti Rakyat indonesia dalam Bab Patriotisma..kita kalah Bro.
Yang paling mengecewakan,banyak bijak pandai kita sengaja membodohkan rakyat dengan benda2 bodoh macam dalam Blog tukar tiub tu..aku tak paham apa agenda dia timbulkan benda2 bodoh macam tu.
Entahlah..
Ko sokong bendera Nepal tak?
Padammajoriti apa yg aku nk komen telah pon abe zek komenkan
Padamso aku hanya nak tambah:
lucah la logo fapping tu
totally intolerable
bab politik pulak
ramai yg dah terpesong & berpegang kpd Malaysia = UMNO
nasik dah jadi bubur, fanatik sampai ke tahi
akhir kata, berjuanglah untuk agama bangsa dan negara
agama kamu pon tak tera mana, jgn mengada nak sanjung bangsa negara
Islam bukan sekadar haram makan bi, posa, menikah, haji, mandi wajib, semayang, bertudung & berserban
Islam mengajar kita menjaga adab sesama manusia
PoP-soul?kenapa ko tanya soal nepal? ko nak awek nepal ke? dijamin cantik mcm pretty zinta :DD
PadamBetul tu Bro Taufik..ko pun dah cili kasi taruk..Pedas tu! Galak sangat nak berpolitik! kalau galak nak berbisnes takpe jugak..ini tak keluar Unibersiti je target nak keje gomen je..lepas pencen galak nak berpolitik..puiiiii! :DD
Aku tengok awek Nepal comel? Islam atau Buddha?
Padamkecewa dengan sikap rakyat malaysia yg sanggup merosakkan imej negara sendiri
BalasPadamisu rumit..
BalasPadamBenda tak rumit pun,kita je yang suka merumitkannya.
Padamhaha..aku x merumitkannye pun..
Padamtak reti nak berhujah tapi aku setuju dengan encek PON dan encek zack~
BalasPadamAkibat politik yg tidak sihat
BalasPadamkotornya pemikiran..kalau dah benci sangat, tukar warganegara, g lah mana-mana negara yang ko rasa beri keamanan dan boleh buat sukahati...
BalasPadamadakah dengan tukar bendera, tukar lagu, tukar logo buat mereka hidup tenang
suruh tukar negara tahu taknak
Senang cerita, macam nilah. Mana-mana ahli politik yang tak hormatkan waima satu benda kecil pun tentang Malaysia, dia tak layak untuk dilantik menjadi pemimpin atau memegang mana-mana jawatan dalam pentadbiran Malaysia. Bukan nak mintak, tapi andai katalah suatu hari nanti negara kita diceroboh, aku sangat yakin muka-muka sampah ini adalah muka yang pertama sekali lari sembunyikan diri. Orang macam ni nak ke pertahankan Malaysia? Bendera negara sendiri pun dia kutuk, apatah lagi hak rakyat. Layak ke orang macam ni nak pegang jawatan sebagai menteri, wakil rakyat, nak pegang Putrajaya? Bodoh. Silap-silap, Putrajaya tu jahanam sebab lagi banyak korupsi berlaku dari yang sedia ada sekarang ni.
BalasPadamsetuju
PadamEntri ni macam penampar dan penerajang padu kat usus para politikfags sekalian..Kalau semua benda korang nak politik kan, memang celaka abadi tak boleh dibetulkan lagi..
BalasPadamMarah betul nazha kali ni..chaiyuk!chaiyuk!kita penendang lagi politicfags yg bloody fool ni.. hehehe
Padamkan negara kt tak pernah dijajah...so apa nak bising2 citer pasal merdeka ni..eheheh
BalasPadamterang bulan itu apa? owh.. terang cahaya nya.. cahaya nya.. 'cahaya'
BalasPadamKat sabah terang bulan = apam balik
PadamTerang bulan perasa coklat ada?
Padamingat datang bulan..hehehe
Padamfuckatan haram memang bangsat! sekor2 tak reti nak menghormati kedaulatan negara kita.sapa yg still pangkah mereka mmg manusia yg sangat bodoh
BalasPadamKenapa sampai Nak tukar bendera dan lagu? dah tak ada kerja lain ea?
BalasPadamsebab diorang bangkang for the sake of bangkang. segala2 bangkang. hidup utk bangkang. esok mereka2 ni masuk kubur pun bangkang dekat izrael, sebab apa cepat sangat.
PadamOrang kita dah makin kurang sensitiviti, semua orang nak tunjuk I'm the best, mati lah negara macam nie.
BalasPadamBlog ni pun ada gak mencetus provokasi untuk menyemai rasa kebencian yang juga ada implikasi kepada nama baik negara. Cuba tengok balik entry yang lepas2.
BalasPadamboleh bagi tau entry yang mana?
Padamjangan biarkan negara kita tergadai seperti melayu singapork(singapura)...hidup terseksa jiwa dan raga... tak berpeluang nak bersuara langsung...kita sepatutnya berbanggga dengan ketuanan melayu yang diturunkan oleh datuk nenek moyang kita...negara kita baru 56 tahun merdeka..janganlah kita jadi bangsa yang merosakkan nasib dan maruah anak cucu kita kelak atas sebab menyokong pendapat rakyat yang inginkan malaysia hancur...tolak PR...sokonglah kerajaan sedia ada....
BalasPadamsapa kata melayu terseksakat singapore..apa bukti..? aku kerja kat sana..dah 5 tahun dah..
PadamKo keje sana tp tk duduk sana BODOH
Padambodoh..die kerja sana mesti la die taw org sane cmne..BANGANG
PadamPertama sekali aku rasa sedih apabila ada orang yg dlm kad pengenalannya tercatat warganegara sanggup memperkotak-katikkan kedaulatan Negara yg mana satu masa dahulu mrk2 ini lah yg menghina Institusi Diraja dan Menolak Ketuanan Melayu...Kenapa perlu mencetuskan Provokasi? Adakah dengan provoke nk tkar bendera, nk tukar lagu kebangsaan yg dh selama 11 tahun setiap pagi aku nyanyikan di perhimpunan dan telah 35 thn aku mendengar lirik dan lagu tersebut...aku pun tak paham adakah ini satu lagi taktik mrk utk menang PRU? Kenapa nk cetuskan huru hara di Negara yg ckp aman? Aku rasa para pemimpin berfikiran sempit ni cuba nk menjahanamkan kedaulatan dan keamanan negara yg dh lama aku kecapi ini!!!! Selain itu aku juga rasa sedih apabila sepatutnya mrk2 ini mempertahankan bendera dan lagu kebangsaan kita dr diperkotak-katikkan sebaliknya mrk ini pula yg mengaku sbg warganegara menghina apa yg selama ini telah menjadi kebanggaan kita????? Geram rasanya sbb jika kita di Medan Perang, Panji yg dibawa sewaktu berjuang itu akan dipertahankan agar tidak menyembah bumi sebaliknya kat sini org kita sendiri yg menjatuhkannya bkn stakat menjatuhkan shj tp menghancurkannya....
BalasPadamKedua aku rasa pelik kenapa org lain dan bangsa lain sanggup bermatian mempertahankan sejarah negara mrk tapi kita atau segelintir dr kita terlalu bongok hingga ingin memadamkan sejarah yang telah terpahat?? Apa masalah dgn 31 Ogos?? Adakah krn tarikh tersebut dipilih oleh UMNO?? atau ada sbb lain?? Pada yg tau tu maklumkan aku lah...tapi apa yg aku tau bahawa sewaktu menuntut kemerdekaan parti PAS juga turut sama dlm proses itu begitu juga dgn kaum cina dan india...Setahu aku juga syarat utama untuk memerdekakan negara kita adalah melalui penggabungan tiga kaum di negara ini yg syarat tersebut diberikan oleh British pd kita... Entahlah aku pn tak paham ar dgn org zaman sekarang ni yg terlalu fanatik dan taksub dgn sesuatu parti politik hinggakan jika pemimpin mrk me'ngencing' atau mengarahkan mrk berbuat sesuatu pastinya mrk akan laksanakan hingga sanggup menolak ketepi Bangsa dan Agama mrk sebaliknya mengagung dan mendaulatkan Parti Politik....
TIDAK MUSTAHIL JIKA AKU KATAKAN JIKA PAKATAN MENANG DLM PRU DAN MEMBENTUK KERJAAN... BUKAN SHJ LAGU KEBANGSAAN, BENDERA ATAU TARIKH KEMERDEKAAN AKAN DITUKAR SEBALIKNYA NEGARA KITA TANAH TUMPAH DARAH KITA INI PASTINYA AKAN DILELONG DAN DIJUAL PADA MANA-MANA NEGARA LAIN YANG BERMINAT.....
Renung-renungkanlah dan selamat beramal di Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Kena up balik Entry ni.
BalasPadamjadah la..ni la penyebab negara musnah..nabi da ckp kita hidup semua bergantung pada agama..yg gelabah berebut kuasa watpe?nampak macam lagi risau hilang kuasa dari hilang agama..dulu pun masa islam kuasai 2/3 dunia tapi islam jatuh gak..sebab apa?sebab abasiyah dgn umaiyyah xnak bgabung atas alasan kuasa dan tanah jajahan..last2 kuasa barat menang..kalau politik malaysia dgn keadaan skrg ni x berubah..kena jajah la lagi kita semua..yg penting jaga agama..ada kuasa lagi banyak dosa kau..wassalam..
BalasPadammanusia x pernah belajar dari sejarah dan kisah silam yg nyata menunjukkan: 1) mereka yg tamak akan selalu rugi, 2) bersatu teguh bercerai roboh, 3) kerana mulut badan binasa, 4) ikut hati mati, ikut nafsu lesu...ada nak tambah?
Padamhistory repeat itself bro. Tak mustahil kt malaysia ni..kalau sume org melayu tak bersatu, cina dan india akan take over negara kita.
PadamSo kesimpulannya negara kita perlu ubah bendera Jalur Gemilang kita seperti bendera Indonesia dan Singapura, atas dasar kita pada suatu ketika dahulu satu rumpun Nusantara?
BalasPadamAku setuju bab neh. Bab negara ku pula kita perlu ubah bukan disebabkan ia ada persamaan dengan itu neh atau apa sebaliknya lagu lebih rancak, lirik lebih cachy supaya kita lebih bersemangat ketika menyanyikan lagu tu. Lagu dan lirik ikut sesuai dengan perubahan kita terhadap muzik, aku tak nampak disitu ada kerugian berbanding tukar bendera kerana ia memerlukan sejumlah kos dan protokol2 tertentu.
ya ya.. biar pakatan riot takbir malaysia dulu. pastu nak tukar bendera, lagu, nama malaysia (bunyi kemelayuan - rasis), agama rasmi (extremist), hak2 bumiputera, rukun negara, sultan2 dan raja2 melayu (semua ni rasis)... amat2lah dipersilakan...
Padamsilakan.. rakyat dah tak sabar "memangkah"pr di PRU13 :)
-anak malaysia
wah amenoworld komen kat sini... terharunya huhuhu... cuba baca yg kat sini http://buasirotak.blogspot.com/2012/09/semua-pun-mahu-maling-sang-saka.html pulak dan bagi pendapat ko...
BalasPadambtw lagu negaraku dulu mahathir dah ubah rentak dia jadi lebih rancak. ke ko nak ubah jadi rentak ala kpop dan lirik lebih catchy ala2 oppa gangnam style?
xsia2 bro habiskn masa karang entry ni..
BalasPadamdan sy xbuang masa baca entri ini krn penuh dgn kritikan membina dan rasional.
harap mereka2 yg bangang kat luar sana dapat luangkn masa mereka baca entri ini dari buang masa jaja cadangan yg bangang..tkar itu dan tukar ini..
org dap smakin bersorak gumbira sbb usaha nk jadikan malaysia mcm singapore hanya beberapa langkah lgi..
tp langkah terakhir mereka itu takkan mudah..sbb masih ada melayu bermaruah.!!
malaysia harus belajar dari INDO bagai mana cara Mengormati NEGARAnya ... di Malaysia Bendera Mereka RObek atau pudar di makan waktu pon takde yg risau ..
BalasPadamLihat di Indonesia gk ada bendera Yg Pudar warnanya atau robek ..
Di indo sang saka gk boleh kena tanah .. kalau di malaysia gk ada yg risau benderana kena tahi kambing sekali pon, gua bukan karang cerite sendiri ! saya dapat dari blog warga malaysia
Daaaannn nak tahu ke kenapa malaysian people tidak bise mengHormati negaranya ?
sebab Warga malaysia tidak tahu gimna KERASnya Merebut kemerdekaan .. jd jiwa nasionalismenya Gampang Runtuh ... Dan macam tu pon bangga di jajah british , kau Bilang jika tidak di beri merdeka oleh british malaysia jd acun komunis !! Sapa Cakap tu Bodoh betul ? Jika kalian nak berusaha Untuk negara Kalian PASTI bisa !!!
ContohLah INDO berjaya lawan penjajah , berjaya pula lawan komunis yang datang ke INDO , dengan Cara dan USaha sendiri .. DEngan DARAHH pejuang kemerdekaan INDO ..
malaysia blum bisa berdiri sendiri , masih perlu bantuan british sbb mereka tk mau usaha ... ertinya malaysia belum bisa di Kata merdeka !!!
Org INDON di atas ini kurang bijak... sila baca sejarah kemerdekaan Malaysia baru nak komen. INDON merdeka guna tenaga semata-mata..Malaysia merdeka guna strategi...
PadamINDON hanya merdeka pada namanya..rakyat semakin miskin ramai yang menyusup masuk ke Malaysia carik makan. Sudahlah mmg bangsa INDON tin kosong..bunyi kuat isi kosong takde makna..puiii...