Jumaat, 17 Ogos 2012

16 Buat ingatan di Hari Raya

Sempena Hari Raya Aidilfitri tanggal 1 Syawal 1433 Hijriyah, kami team Fools Syndicate yang juga merupakan penulis2 Buasir Otak yang kadang2 rajin kadang2 hisap gam ingin mengucapkan kepada anda semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR DAN BATIN... tapi bukan batin ehem2 ya.


So sepanjang hari raya ni, mungkin akan tiada entry baru dalam beberapa hari atau minggu kerana kami semua nak balik kampung, nak beraya. So sesapa yang kena kerja, jaga helpdesk ke, customer service ke, keje kilang ke, kena standby 24x7 ke, keja KFC bukak 365 hari setahun ke, kalau bosan2 tu boleh la baca entry2 lama kat Buasir Otak ni yang mana2 korang tak baca lagi.

Kepada yang nak pulang ke kampung dan berjalan jauh tu, bawa kenderaan tak kira la kereta ke bas ke lori ke MPV ke SUV ke motor ke dengan sangat berhati2. Elakkan kena speedtrap dalam Ops Selamat 2012 ni. Cari kat internet berlambak2 kat mana lokasi2 speedtrap kat jalanraya2 dan lebuhraya2. Dan paling penting elakkan daripada kemalangan jalan raya, jangan tambah lagi statistik accident untuk tahun ni, dah la negara kita no. 20 dalam ranking paling banyak kemalangan jalan raya di dunia.

So ingat, 2 benda yang perlu dielakkan ketika hari raya:

Kemalangan jalanraya

Putus jari main mercun

Kita tak nak sapa2 menangis kesedihan di hari raya. Kita semua tak nak berhari raya di hospital. Kita semua tak nak hari raya menjadi satu tragedi buat kita, keluarga kita dan rakan2 kita. Dan jangan lupa bila nak balik kampung tu, rumah tu ditinggalkan dengan keadaan berkunci, rantai pintu dan pagar rumah, letak la mangga solex 4 5 biji. Kalau ada duit lebih beli CCTV atau spycam, bagitau kat jiran2 non-muslim yang tak balik kampung tolong tengok2kan rumah kita, bagitau juga security guard kalau ada dan polis setempat. Sekarang ni bukan boleh percaya sangat, kang tak pasal2 kena pecah rompak masuk oleh geng2 perompak nerd specky.

Akhir kata, berhati2 di jalan raya, rehat kalau mengantuk, don't drink and drive, semoga selamat pulang dan selamat kembali...


tags: ucapan selamat hari raya aidilfitri puasa 1 syawal 1433 hijriyah hijrah kalendar islam maaf zahir batin kad duit raya berhati di jalanraya lebuhraya speedtrap speed trap info lokasi saman ekor polis trafik diskaun tol plus rank kemalangan accident

16 ulasan:

  1. Save Day Raya Eid-dul-Fitri kepada semua manusia yang Beragama islam. Amin..

    Bawa kereta Laju2 ok..anda bakal membantu dunia mengurangkan populasi dunia(salah satu agenda Freemason) jika anda eksiden dan langsung "black out".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat haray raya noob n zek dan rerakan lain
      jgn makan ketupat 3 segi, freemason jugak tu ya

      Padam
    2. LoL @ ketupat 3 segi freemason!! XD

      Padam
  2. Selamat hari raya noob :) mohon sediakan duit raya ye, ;)

    BalasPadam
  3. selamat hari raya korg semua

    BalasPadam
  4. Salam lebaran,
    X kn mkn ketupat 3 segi pon freemason.....
    Alahai......

    *hnya pndngan sepi..

    BalasPadam
  5. Selalu usha blog nie.selamat hari raya tau incik blogger...

    BalasPadam
  6. bendahari persatuan TANPA NAMA17 Ogos 2012 6:03 PTG

    selamat hari raya dan maaf zahir batin dari saya, wakil ajk persatuan anon utk meminta ampun dan maaf dari hujung rmbt ke hujung kaki, dari segala salah yg kecil ke besar, yg sengaja dan tidak sengaja, yg dahulu, kini & akan datang kepada tuan rumah dan 4 brotherhoodnya! Salam aildilfitri.....


    p/s: warkah di atas termasuk jgk s.o zack yg merupakan seteru kami..zack, slmt bertugas demi menjaga keamanan & keselamatan..

    BalasPadam
  7. selamat hari raya buat kawan2 semua...peace..:)

    noob,duit raya jgn lupa bg,haha

    BalasPadam
  8. Slamat hari raya buat admin dan seme pembaca. yang memandu tu pandu cermat dan hati-hati. tengah hari tadi 2 kemalangan area bukit besi ke LNPT. harap seme hati2 yer. semoga semua slamat

    BalasPadam
  9. selamat hari raya.. selamat lah selamat

    BalasPadam
  10. Salam lebaran abang noob dan admin sekalian alam. Mohon duit raya yeee. Haha.

    BalasPadam
  11. salam aidilfitri pada admin& semua...

    BalasPadam
  12. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua bro,sis,makcik,pakcik, atuk dan nenek dalam blog ni..

    BalasPadam
  13. selamat hari raya geng fool sindiket:)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...