Iklan Leaderboard

Selasa, 27 Disember 2016

3 Memberi bantuan adalah kemahuan bukan kemampuan

Apabila bercakap tentang memberi bantuan, biasanya kita akan terfikir tentang memberi sumbangan duit kepada orang yang susah, miskin, berpendapatan rendah, anak yatim, pembangunan masjid dan sekolah, orang sakit, waris orang mati, mangsa peperangan, mangsa kekejaman pemerintah dan sebagainya.

Namun pernahkah terfikir orang yang hidup senang, yang berpendapatan tinggi, orang kaya juga turut memerlukan bantuan? Mereka perlu bantuan bukanlah pada setiap masa, namun pada  tertentu ketika dalam kesusahan.


Kerana itu kita perlu beri bantuan kepada orang yang memerlukan, dan mereka yang perlu bantuan boleh jadi sesiapa sahaja, baik orang miskin mahupun yang kaya, baik orang berpangkat rendah mahupun berpangkat tinggi. Jangan kerana kita tengok mereka hidup senang, kaya atau berpangkat tinggi, kita rasakan mereka tidak perlukan bantuan dan hanya biarkan sahaja saat mereka perlu bantuan kita.

Bentuk bantuan atau pertolongan itu tidak semestinya dengan sumbangan atau sedekah wang ringgit. Bantuan dalam bentuk masa dan tenaga itu juga merupakan satu bantuan bergantung kepada situasi orang yang memerlukan.

Seorang anak tunggal mungkin tidak perlu bantuan wang ringgit kerana ibu bapanya sudah mampu untuk menyara hidupnya, tetapi dia perlukan kawan yang dapat menemaninya bermain.

Sebuah kereta BMW tersadai tepi jalan kerana tayar pancit, kelihatan seorang lelaki tercongok-congok seorang diri sedang menukar tayar keretanya. Dia mungkin orang kaya, namun pada saat itu, dia memang memerlukan bantuan, bukan dalam bentuk wang ringgit tetapi dalam bentuk pertolongan tenaga. Maka tak salah jika kita berhentikan kenderaan kita dan membantunya. Jangan kerana kita nampak dia bawak BMW maka kita rasa dia tak perlu dibantu.

Seorang pelajar IPT mungkin tiada masalah tentang duit perbelanjaannya kerana ibu bapanya masih bagi duit belanja di samping mendapat pinjaman PTPTN, namun pada satu hari bilik hostelnya di pecah masuk dan beliau kehilangan dompet dan komputer ribanya. Pada saat itu, tidak salah jika kita membuat tabung sumbangan untuknya kerana dia mengalami kesusahan yang memerlukan bantuan orang.

Sesungguhnya kita tidak perlu tunggu jadi senang dan kaya untuk membantu orang yang memerlukan. Adalah lebih bermakna apabila kita sanggup korbankan kehendak dan kemahuan kita sendiri demi untuk membantu orang lain.

Pelukis: Aki Akira

Tidak dinafikan kalau nak bersedekah, kita perlu ikhlas. Namun perasaan ikhlas itu adalah suatu yang kita harus paksa dan usahakan, bukan kita hanya menunggu ia datang, jika tidak memang sampai bila-bila lah tidak ikhlas. Seperti mana kita melakukan ibadah seperti solat dan puasa, kita kena ikhlas. Kita kena belajar mengikhlaskan diri, paksakan diri menjadi ikhlas untuk beribadah.


Pelukis: Zyraroxx

Kita mungkin rasa sedekah itu mengurangkan rezeki kita tetapi tidak. Sedekah itu sebenarnya pintu rezeki dan percayalah yang ia menambah rezeki kita. Sebab itu jangan takut untuk bersedekah banyak. Jangan rasa sebab kita gaji sedikit, kita tidak mahu bersedekah. Jangan rasa sebab kita tak kaya, kita cuma mampu sedekah seringgit dua sahaja ke dalam tabung masjid. Tak perlu tunggu gaji kita naik baru kita boleh sedekah banyak.

Kalau gaji kita RM10,000 sebulan pun, kalau kita tak nak bersedekah, kita takkan sedekah juga. Sedekah itu tiada kaitan dengan berapa banyak harta yang kita ada. Kalau gaji kita RM1,000 sebulan pun, kalau kita ikhlas untuk keluarkan RM50 untuk bersedekah, ia pasti lebih bermakna.

Mungkin ada orang kata sedekah itu ikut kemampuan. Yang sebenarnya sedekah bukan ikut kemampuan kerana tiada orang lain pun yang paksa kita bersedekah.

Yang sebenarnya memberi bantuan, sumbangan dan sedekah itu adalah kemahuan. Berapa banyak kau mahu sedekah, berapa banyak kau sangggup keluarkan duit kau, berapa banyak harta, masa dan tenaga yang kau sanggup berkorban untuk membantu orang lain. Lagi besar bantuan yang kau beri, lagi besar pengorbanan yang kau buat, lebih besarlah nilai ganjaran yang kau dapat.

Ada satu situasi, kau bawa kereta baru pulang dari kerja, ternampak sebuah motor jatuh tepi jalan. Kau mampu je nak tolong sebab sudah tiada apa-apa urusan yang penting pun, tapi kau tak mahu tolong lalu berlalu pergi.

Kau bawa kereta pergi kerja, ternampak motor jatuh tepi jalan. Kau rasa tak mampu nak tolong sebab nak kejar masa nak ketik punch card, tapi sebab kau mahu tolong, kau rela punch card kau merah dan tolong orang tersebut.

Akhir kata, dua perkara utama yang aku nak sampaikan:
  • Berilah pertolongan dan buatlah kebaikan kepada yang orang yang memerlukan tanpa melihat kepada status, darjat, agama, bangsa, warna kulit, latar belakang dan sebagainya kerana setiap orang pasti ada ketikanya akan memerlukan pertolongan.
  • Memberi pertolongan adalah suatu kemahuan bukan kemampuan, kerana ada ketika, kau mampu untuk menolong, tapi kau tidak mahu pun untuk menolong. Ada ketika kau tidak mampu, tapi kau sanggup berkorban untuk menolong.

Baca juga artikel ini - "These 20 Photos Are Going To Make You Cry. But You'll See Why It's Totally Worth It".


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: beri bantuan sedekah kebaikan hulurkan pertolongan kemahuan kemampuan korban nilai duit wang sedekah amal jariah

3 ulasan:

  1. Pernah tolong kawan bagi pinjam duit, katanya nak hantar ayah yang sakit ke hospital... last-last dapat tahu dia pakai duit tu beli nombor ekor...

    BalasPadam
  2. bagus sekali ya tulisan ini

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...