Isnin, 5 Disember 2016

4 Tak perlu ajar bagaimana wanita harus berpakaian

Kita faham, kita manusia yang tidak sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan dosa. Tapi kalau apa yang kita buat itu dah memang terang-terang tidak mengikut syariat agama, bila ada orang menegur atau bagi nasihat, tak usahlah mempertahankan kesalahan kita dan menentang pula. Duduk diam muhasabah diri seorang diri sudah.


Seperti kes baru-baru ini seorang selebriti memberi nasihat kepada kaum wanita muslim untuk berpakaian dan bersikap sopan kerana dikhuatiri akan mengundang pandangan dan perbuatan tidak elok daripada kaum lelaki. Berikut adalah tegurannya di Instagram:
Saya selalu menasihati kaum wanita yang rapat dengan saya supaya jaga pakaian dan tingkahlaku. Ini sebab saya ambil kisah tentang imej dan keselamatan. Saya faham semua wanita ingin kelihatan cantik. Walaubagaimana pun ia ada perbezaan antara imej ‘cantik tapi menarik’ dan ‘senang nak makan’. Wahai wanita di luar sana, tolong jaga keselamatan anda. Anda tak perlu nak dedahkan sangat kulit anda pakai pakaian yang sexy serta leggings. Lelaki tertarik dengan perempuan cantik dan sexy adalah perkara biasa. Tapi ada antara mereka yang gila dan liar. Itu sebab sekarang ni kita sering disajikan dengan kes rogol, dan itu buatkan saya sedih. Nasihat ini mungkin susah nak diterima sebab perkara ini (rogol) tidak pernah terjadi pada anda. Pencegahan adalah sentiasa baik dari penawar. Mangsa rogol selalu akan jadi trauma dan alami masalah mental dan ia amat sedih. Anda mungkin akan dapat mencegahnya sebab anda adalah insan yang lebih baik. Pakai pakaian yang sepatutnya, jaga tingkahlaku dan anda akan mendapat penghormatan yang sepatutnya. Para lelaki akan tengok dan hormat anda.


Disebabkan nasihat itu, beliau telah dimarah dan dikecam oleh netizen dengan begitu teruk. Beliau bukan sahaja disuruh nasihatkan orang lelaki agar tidak merogol, malah jangan nak bagi nasihat bagaimana seorang wanita itu perlu berpakaian.

Lebih malang, yang mengecam itu... adalah dari kalangan muslim sendiri.

Sebenarnya aku sendiri pernah kena bila aku tulis nasihat macam ni terus kena kecam kerana disalah tafsir oleh segolongan muslim.

Bagi aku beliau memberi nasihat secara umum kepada wanita Islam tanpa memburuk atau menghentam siapa-siapa. Adakah hanya kerana dia lelaki maka dia tidak boleh memberi nasihat? Bagaimana dengan bapak, abang atau suami korang? Mereka juga lelaki, tidak bolehkah mereka menegur kaum wanita?

Dan bagaimana pula dengan Tuhan? Allah sendiri sudah menyatakan dalam Al-Quran tentang hal ini seperti dalam surah berikut:.
BM: http://www.surah.my/24#31 & http://www.surah.my/33#59
English: https://quran.com/24:31 & https://quran.com/33:59

Dalam surah Al-Ahzaab ayat 59:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tuhan sendiri yang menyuruh kaum wanita melabuh pakaian menutup seluruh tubuh agar tidak diganggu, kau nak cakap apa lagi? Nak marah Tuhan? Nak kecam Allah?

Kaum lelaki dah disuruh tundukkan pandangan dan memelihara kehormatan seperti dalam surah An-Nuur ayat 30. Kaum wanita juga disuruh tundukkan pandangan, memelihara kehormatan, jangan memperlihatkan perhiasan tubuh mereka dan lebih banyak lagi seperti dalam surah An-Nuur ayat 31. Ini bukan orang lelaki suruh atau mak bapak korang yang suruh, tapi Tuhan sekelian alam yang suruh.

Kau mengaku kau orang Islam, tetapi tidak mahu menerima apa yang Tuhan suruh, malah menentangnya.
Maka tanya semula diri anda, untuk apa anda beragama?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membuat pre-order boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: jangan jadi bodoh nazim othman kena kecam kritik marah netizen ig status post kaum wanita perempuan aurat pakaian sopan jaga kehormatan

4 ulasan:

  1. orang cepat melatah bila dinasihati...tu menunjukkan manusia tu ada EGO bukan saja lelaki, perempuan pun ada.

    BalasPadam
  2. Kelakarla dorang ni.. Orang nasihat elok2 tapi ditafsir dari sudut yang berbeza dan negatif pulak..

    Yang tak tahan, pusing nasihat tuh jadi seolah-olah selebriti ni menghentam mangsa rogol...hadoila..

    Nasihat elok pun kena hentam, taktaula nak kata ape dah..

    BalasPadam
  3. begitulah bila tiada taufik n hidayah..

    BalasPadam
  4. teruskan menasihat. jangan berhenti.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.