Iklan Leaderboard

Khamis, 29 Disember 2016

8 Pengasingan mengikut jantina lelaki dan wanita

Dalam dunia ini manusia cuma ada 2 jantina iaitu lelaki dan perempuan. Kedua-dua kaum ini amat berbeza antara satu sama lain, dari sudut fizikal mahupun emosi. Perbezaan ini menjadikan manusia ini sebagai sebuah pasangan yang saling tertarik antara satu sama lain. Namun biasanya orang lelaki lebih mudah tertarik terhadap orang perempuan, dan kecenderungan untuk orang lelaki bertindak terhadap tarikannya itu lebih tinggi berbanding wanita. Disebabkan perbezaan ini maka wujudkah pengasingan mengikut jantina.


Ya, pengasingan mengikut jantina bukanlah suatu yang baru, malah ia bukan sekadar ajaran dalam agama Islam sahaja pun. Mana-mana manusia yang bertamadun dan mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi juga membuat pengasingan mengikut jantina.

Kerana itu wujudnya tandas yang diasingkan mengikut jantina, bilik persalinan yang diasingkan mengikut jantina, koc atau gerabak keretapi/tren khas untuk wanita, tempat letak kereta khas untuk wanita, asrama sekolah/hostel yang diasingkan mengikut jantina dan sebagainya.

Kerana apa?

Antara faktor utamanya adalah untuk menjaga dan memelihara kehormatan kaum wanita serta meningkatkan tahap keselamatan kaum wanita daripada ancaman kaum lelaki.

Takkan semua lelaki jahat sampai nak kena asingkan? Takkan tak percaya kat kaum lelaki? Takkan ada prejudis pada orang lelaki?

Tak semua lelaki jahat, tapi kita juga tak boleh jamin semua lelaki itu baik. Malah sudah menjadi suatu yang diketahui umum di mana sifat lelaki itu sendiri memang miang dan gatal. Kita memang berharap semua lelaki boleh kawal perasaan miang dan gatal itu, tetapi kita tak boleh kawal semua orang. Yang kita boleh kawal adalah diri sendiri.

Maka sebab itulah diwujudkan pengasingan mengikut jantina sebagai langkah pencegahan dan meningkatkan keselamatan terhadap kaum wanita. Malah pengasingan mengikut jantina ini biasanya lebih berpihak kepada kemudahan dan demi keselamatan kaum perempuan.

Sebab itu apa-apa pun, kaum wanita didahulukan dan diutamakan. Aku percaya tak ramai pun lelaki yang rasa diskriminasi atau dipinggir kerana ia merupakan fitrah manusia di mana kaum wanita adalah kaum yang lemah dan kaum lelaki perlu memelihara dan melindungi kaum wanita. Itu adalah lumrah dunia, tiada apa yang tidak adil dengan itu.

Baru-baru ini ramai orang meroyan di media sosial apabila mengetahui ada syarikat bas yang mengasingkan tempat duduk lelaki dan wanita bagi yang bukan suami isteri atau yang ada pertalian keluarga demi keselamatan penumpang terutama kaum wanita.

Dengan syarat ini, bukan sahaja pakwe makwe yang tidak dapat duduk sebelah-sebelah dalam bas, malah perempuan yang menaiki bas sendirian tidak akan diberi tempat duduk di sebelah lelaki yang tidak dikenali. Bukankah ia suatu yang bagus?


Jangan kata Malaysia, di luar negara pun dah banyak mengambil langkah mengasingkan gender terutama dalam pengankutan awam seperti berikut:

So bila ramai yang meroyan terutama mereka yang berideologi liberal, penyokong kesamarataan gender, LGBT serta segelintir non-muslim yang anti-Islam dengan syarat yang dikenakan oleh syarikat bas tu, aku rasa macam shitty gila, kerana mereka menghentam bukan kerana apa sebaliknya hanya kerana menganggap tindakan tersebut terlalu Islamik, sedangkan di negara barat bukan Islam yang mereka agung-agungkan pun ada melaksanakan langkah pengasingan ini.


Lepas tu yang dok baca berita tu pun jenis baca headline tanpa baca artikel penuh betul-betul, lepas tu komen macam orang bodoh. Ada yang komen cakap apa kaitan asingkan jantina dengan keselamatan bas? Asingkan jantina dapat kurangkan kemalangan bas ke? Let me tell you, stupid. Asingkan jantina dapat mengurangkan ancaman dan gangguan seksual terhadap wanita, bukan kurangkan kemalangan. Ia suatu yang berbeza sama sekali, jangan tunjukkan kebodohan dengan kaitkan dua benda yang saling tidak berkaitan pun.

Senang cerita, tak suka dengan syarat tu janganlah naik bas tu, takde siapa paksa pun suruh naik. Cari je bas lain yang kau boleh duduk sebelah stranger lelaki atau perempuan.

Simple.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: bas trans malaya asing penumpang lelaki perempuan wanita jantina keselamatan sijil nikah siti kassim

8 ulasan:

  1. pas ni buatlah fligt asing utk perempuan agar mrka selamat..

    BalasPadam
  2. Aku bukanlah penyokong anti polarisasi gender sebegini, tapi pada aku kalau nak sama ratakan hak, sama ratakan dua2 belah pihak.
    Macam koc untuk perempuan dlm komuter. Kenapa buat untuk perempuan sahaja?
    Buatlah juga koc untuk lelaki juga. Barulah adil :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan apa cuba fikir balik kenapa diorang buat macam tu :)

      Padam
  3. dari satu sudut, orang perempuan mahu diberi keistimewaan kerana dianggap kaum yang lemah... tapi dari satu sudut, mereka mahu mengambil peranan orang lelaki walau mengakui kaumnya lemah...

    BalasPadam
  4. Zaman sekarsng ni, orang perempuanlah lebih jahst, malah sgtbjahat. Orang lelaki lebih baik malah selalu dianiaya dgn mcm2 cara oleh perempuan. Sehingga suatu tahap mereka tidak mmp menahan diri lg dan bertindak dgn tenaga mereka.

    Lelakilah yg patut dilindungi. Mereka byk jd mngsa tp mereka tidak mengadu.

    BalasPadam
  5. Bagus sekali saranan ini. Semoga Indonesia juga bisa menirunya.

    BalasPadam
  6. proof 2x5 je non religion people had same stupidity haha2 overly sensitive lol. leh kawan sama2 geng yang kata salib mengancam orang islam malaysia haha2

    BalasPadam
  7. Aku suka ayat kau "Senang cerita, tak suka dengan syarat tu janganlah naik bas tu, takde siapa paksa pun suruh naik. Cari je bas lain yang kau boleh duduk sebelah stranger lelaki atau perempuan."... Betul tu, jgn susahkan hidup sendiri, rasa nk buat gangguan seksual atau aktiviti seangkatan dgn tu cari la bas lain, small matter.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...