Iklan Leaderboard

Sabtu, 10 Disember 2016

3 Ahli politik adalah wira kita yang sebenar

Dalam dunia ini, tak kira apa jua status, darjat dan latar belakang seseorang, mereka pasti ada keinginan, kehendak, cita-cita dan impian, dari orang yang ada jutaan harta sehingga orang yang tiada apa-apa yang hanya tinggal di bawah jambatan.

Atas keinginan ini, pasti ada yang akan mengambil kesempatan terhadap keinginan orang lain agar keinginannya tercapai. Kerana itulah mereka sering membuat janji palsu yang ditaburkan kepada orang lain kononnya akan memenuhi keinginan orang ramai sebaliknya hanya demi memenuhi cita-cita dan kepentingan diri sendiri.

Akhirnya, tiada orang yang boleh mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri. Manusia lain hanya boleh bantu dan tunjukkan jalan sahaja, yang mampu mengubah diri kita adalah diri kita sendiri. Maka usahlah terlalu berharap pada manusia lain, dan janganlah terlalu memberi harapan kepada orang lain. Usah tunggu wira datang menyelamatkan kita, sebaliknya kita sendiri perlu menjadi wira untuk ubah diri sendiri.


Itu adalah antara mesej yang aku mahu sampaikan dalam komik "Kau Serius?" ini. Komik ini aku buat untuk masuk pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2016 anjuran Matkomik yang bertemakan Hero/Wira dan Komik Bisu (Silent Comic) ini. Korang boleh baca komik ini sepenuhnya di sini:


Sejujurnya tujuan aku masuk pertandingan ini bukanlah nak bertanding atau bersaing sangat, sebab aku tahu ramai lagi peserta lain yang power-power dalam tu, sebaliknya aku cuma nak bagi satu kelainan dan mahu menyampaikan mesej kepada masyarakat dengan topik dan genre yang jarang pengkarya nak sentuh sangat iaitu politik.

Pertandingan kali ini aku lukis sendiri sebab tak dapat nak cari pelukis yang mahu berkolaborasi dengan aku. Mungkin kerana topik ini agak sensitif maka pelukis kurang berminat nak buat, tapi memandangkan aku nak juga sampaikan kisah ini kepada orang ramai, maka aku gigihkan diri juga untuk melukis walaupun stroke lukisan aku agak ke laut huhu.

Oleh itu jemput anda semua baca ye. Terima kasih.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membuat pre-order boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: ahli politik  wira hero kita sebenar masyarakat janji palsu komik kau serius ckom 2016 matkomik

3 ulasan:

  1. Itulah realitinya permainan politik..btw tahniah noob atas penghasilan karya tersebut..

    BalasPadam
  2. aku dah bacaaa dan undiiii...best3x

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...