Iklan Leaderboard

Khamis, 22 Disember 2016

2 Cerita klasik untuk masa depan

Negara kita pada hari ini telah pun mencapai kemerdekaan dan memperoleh keamanan. Namun harga yang perlu dibayar untuk apa yang kita kecapi pada hari ini tidaklah murah. Segalanya tidak akan wujud tanpa pengorbanan para perwira dan pejuang zaman dahulu, para perwira tidak didendang yang sanggup mempertaruhkan darah dan nyawa mereka demi untuk masa depan yang yang lebih baik dan cerah untuk generasi yang akan datang.

Namun adakah kita benar-benar menghargai segala perjuangan mereka? Adakah kita telah membalas segala pengorbanan mereka? Adakah kita telah membentuk masa depan seperti mana yang mereka harapkan, atau telah jauh menyimpang dan mensia-siakan keamanan yang mereka bersusah-payah perjuangkan dengan darah mereka?


Begitulah sinopsis bagi komik yang bertajuk "Cerita Untuk Masa Depan" ini, hasil kolaborasi aku sebagai penulis dan juga Deaday dari blog Vespa Buruk sebagai pelukis untuk penyertaan pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2016 anjuran Matkomik yang bertemakan Hero/Wira dan Komik Bisu (Silent Comic) ini. Korang boleh baca komik ini sepenuhnya di sini:


Komik ini memang penyertaan last minute betul. Aku buat skrip dan thumbnail dalam 2 3 hari, Deaday siapkan dalam 3 hari dan terus hantar setengah jam sebelum tarikh tutup. Terima kasih Day sebab sudi lukiskan komik last minute ni huhu.

Oleh itu jemput anda semua baca komik kami ini ya. Terima kasih.

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: perwira pejuang tentera askar wira hero kita sebenar masyarakat komik cerita kisah klasik untuk masa depan ckom 2016 matkomik

2 ulasan:

  1. http://www.amenoworld.net/2016/12/sekolah-tak-wujud-dijadikan-pusat.html

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...