Iklan Leaderboard

Ahad, 18 Disember 2016

6 Sendiri buat sampah, orang lain dipersalahkan

Orang Malaysia dan sampah sarap berpisah tiada.

Gambar ini dikongsikan oleh seorang pengunjung Comic Fiesta 2016 di FB miliknya. Sampah yang dibuang dan dilonggok di tempat yang tak sepatutnya. Nampaknya kita hanya sekadar mengkagumi animasi dan komik Jepun sahaja, tapi tidak mahu pula mencontohi sikap mulia orang Jepun.

Sumber gambar.

Ramai yang mengecam sikap kotor ini, namun ada juga yang menyalahkan pihak penganjur kerana tidak menyediakan tong sampah yang besar, tidak sediakan plastik sampah di setiap tempat, pekerja pembersihan tidak cekap dan sebagainya. Sejak bila orang lain pula perlu dipersalahkan kerana sampah yang kita sendiri buat?

Kau sakit perut. Kau berak tepi jalan sebab tak jumpa tandas. Kau marah pihak berkuasa sebab tak sediakan jamban kat situ. Kau marah mereka kerana tiada orang datang kutip tahi kau. Macam sial kan?

Benda simple macam ni pun tak boleh nak buat. Dah buat sampah, takde tong sampah, simpan la dulu sampah kau dalam beg atau poket. Bila dah jumpa tong sampah, buang la. Simple je kan? Takkan benda simple macam ni pun nak kena orang Jepun ajar?

Namun benda ni bukan perkara yang baru. Kalau ada apa-apa acara yang melibatkan ramai orang, pasti akan ada sampah sarap berlonggokan merata tempat. Konsert, perlawanan bola, festival, demonstrasi jalanan, malah pasar malam sekalipun. Itu belum cerita sampah sarap yang sering dilonggokkan kat tepi jalan kat tempat yang sepatutnya.


Ya, orang Malaysia dan sampah sarap berpisah tiada. Berikut adalah antara perangai sampah sesetengah orang Malaysia sampah:

1. Buang sampah merata-rata kerana merasakan nanti adalah orang lain kutip dan bersihkan.

2. Salahkan orang lain atas sampah sendiri.

3. Buang sampah ke luar kenderaan dengan alasan kat luar kotor takpe asalkan dalam kereta bersih.

4. Menjadi pemula melonggok sampah tepi jalan.

5. Menjadi pengikut melonggok sampah tepi jalan sebab nampak ada orang lain dah mula longgok sampah kat situ.

6. Ini insiden yang benar-benar berlaku depan mata aku. Ada seorang lelaki tua, pakai baju melayu dengan kopiah bagai. Anaknya sedang minum air kotak. Lepas dah habis, anaknya bagi kat ayah dia kotak minuman tu. Berdekatan dengannya ada tong sampah, dan seorang lelaki warga Bangladesh sedang menyapu sampah di situ.

Malangnya ayahnya suruh anaknya buang kotak minuman itu di lantai tempat pekerja Bangladesh tu menyapu, sedangkan ayahnya boleh suruh anaknya membuang kotak minuman itu di tong sampah yang kira-kira 5 langkah je dari tempat mereka berada.

Maka tak hairanlah kita melahirkan generasi muda yang sampah, kerana generasi tua yang macam ini yang mewariskan sikap sampah ini kepada mereka.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: orang malaysia sampah berpisah tiada buang merata longgok plastik sikap kotor mentaliti perangai


6 ulasan:

  1. masyarakat sampah :: sampah masyarakat

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProOotT d muka mat indon togel berbogel

      -sirosli-

      Padam
  2. Orang² mcm ni mmg patut disumbat dalam lokap selama sebulan ke, supaya dia insaf.

    BalasPadam
  3. Sama juga hari tu naik tren. Anak minum air kotak. Bagi mak. Mak letak atas seat kosong. Datang auntie nak duduk alih kotak ke lantai tren. Dalam tren mana boleh makan atau minum. Itupun tak faham2.

    BalasPadam
  4. Memang sikap rakyat Malaysia terhadap sampah ni adalah sampah ... haha.. Jujur cakaplah, sekolah dah didik elok dah untuk jaga kebersihan, tapi bila sampai rumah .. tgk mak pak pun tak praktik .. susahlah ..

    BalasPadam
  5. Moga yang suka buang sampah merata rata tu akan mendapat karma yang setimpal..gittewww

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...