Rabu, 14 Januari 2015

18 Kewajaran pendidikan seks di sekolah rendah

Viral lagi sebuah gambar yang dipercayai diambil daripada buku teks sekolah rendah yang mengandungi dialog perbualan seorang ibu dan ayah yang agak lucah yang bagi aku agak kurang sesuai diserapkan ke dalam otak murid2 yang masih bersekolah rendah. Mungkin inilah yang dikatakan pendidikan seks di sekolah yang menjadi perbincangan dan perbahasan sejak beberapa tahun dulu, yang mana kini ia telah pun diserapkan ke dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 5.


Seperti yang sedia maklum, sukatan atau silibus Darjah 5 tahun 2015 ini adalah merupakan silibus baru mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menggantikan silibus Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sebelumnya. Ini bermakna murid Darjah 6 tahun ini sahaja yang masih menggunakan sukatan KBSR dan mengambil peperiksaan UPSR.

Oleh itu memandangkan Tahun 5 telah menggunakan sukatan baru KSSR, maka pendidikan seks telah dimasukkan ke dalam subjek Pendidikan Kesihatan, dan gambar di atas yang viral di Internet adalah diambil daripada buku teks matapelajaran tersebut.




Gambar dikirim oleh seorang rakan guru.

Berikut antara artikel2 membincangkan mengenai isu pendidikan seks sejak beberapa tahun yang lepas:

Dan kini, ia telah pun menjadi kenyataan dah sudah dimasukkan dalam silibus sekolah rendah Tahun 5. Kalau ikut aku, aku kurang setuju bagaimana hubungan seks itu berlaku diajar seawal Darjah 5, kalau sekadar nak ajar mengenai anatomi badan, kitaran haid, perubahan tubuh badan, keluar air mani, mandi wajib tu takpe lagi, tapi bab2 hubungan seks tu sekurang2nya diperkenalkan bermula di peringkat sekolah menengah di Tingkatan 1, dan ia perlu di ajar sekali dengan nilai moral dan agama.

Kita tak boleh ikut negara barat dan negara bukan Islam lain yang pendidikan seks diajar di peringkat awal lagi, kerana mereka memang boleh mengamalkan hubungan seks luar nikah dan ia telah pun menjadi sesuatu yang diterima akal dan budaya mereka. Remaja mereka yang berusia antara 13 sehingga 15 pun dah mula berjimak sesama mereka dan ia sesuatu yang normal bagi mereka. Sebab itu mereka diajar mengenai pendidikan seks lebih awal agar pada usia remaja mereka boleh melakukan hubungan badan tu dengan selamat (safe sex) supaya terhindar daripada dijangkiti penyakit kelamin dan tidak hamil seperti memakai kondom dan inzal luar rahim.

Berbeza dengan negara kita terutama kepada orang yang beragama Islam, hubungan setubuh tu bukan sahaja tidak boleh dilakukan pada usia remaja, malah ia dilarang sampai bila2 selagi belum bernikah, dan ia hanya boleh dilakukan dengan pasangan suami isteri yang sah sahaja, so tiada keperluan untuk para remaja kita diajar mengenai "Safe Sex" ini sebaliknya mereka perlu dididik dengan "No Sex". Mungkin mereka hanya perlu diberitahu perkara yang asas2 sahaja, dan yang lebih terperinci nanti mereka akan diajar di dalam kursus kahwin.

Tapi mungkin ada juga yang mempunyai pendapat yang lain dan bersetuju dengan Kementerian Pendidikan yang pendidikan seks perlu diterapkan seawal usia 11 tahun, so boleh kongsikan pandangan anda di ruangan komen.




tags: pendidkan seks kesihatan buku teks darjah tahun 5 kssr silibus sukatan baru safe sex wajar jawatankuasa ditubuhkan sekat ketakutan kurangkan gejala tolak sekolah unsur agama perlu awal usah segan malu bicara lelaki ada testis hasil sperma masuk faraj melalu zakar perempuan wanita ovari ovum saluran tiub falopio

18 ulasan:

  1. saya tidak 100% bersetuju pendidikan seks di ajr pd peringkat awl cuma yg paling penting pendidikan seks ni diterapkan sekali dgn ajaran agama islam...mostly student sekarang memerlukan mereka berfikir dgn lebih rasional lagi kenapa perkara tu boleh atau tak boleh...dan perlu bandingkan budaya tu dr sudut islam dan bukan islam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesimpulan daripada buku ni, nak buat seks sebelum kawen kena guna kondom!

      Padam
  2. lps habis belajar student balik rumah bukak komputer terus google sperma, ovari, ovum, faraj, zakar... baguslah kementerian pendidikan...

    BalasPadam
  3. sy setuju dgn noob..sbg pendidik, Sy rasa lebih baik diperkenalkan dulu anatomi tubuh berkaitan sistem pembiakan, perubahan pd sistem pembiakan and so on pd murid2 darjah 5 berbanding mengenai pendidikan seks..mgkn setelah tingkatan 1 di mana kebanyakan diorg dah mula mengalami perubahan tubuh dan mengenali organ pembiakan sendiri dan fungsinya, baru lah pendidikan seks ni diajar supaya anak2 dan adik2 kita ni dapat mejaga kehormatan dgn baik...

    BalasPadam
  4. Bila diajar, musti nak try punyer. Bende sronot dan free dapat main sesama kawan. Sedekah badan sana sini, bukan boleh luak pun. Ini baru boleh jadi negara maju. Bila meningkat remaja, malaysia boleh ada beribu2 pornstar professional yg boleh jana berjuta2 video porno di usia sblm 30-an.

    Tak bangga ka tuan tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan leps ni tak perlu tonton 3gp melayu! semua p*** melayu versi HD punya! niceeeeeeeeee dan kita melayu boleh berbanga2 dengan pencapaian melayu yang sukses! klu jabatan2 agama marah, pornstar2 ni leh la claim kata ni semua takdir Allah...mesti JAKIM senyap terus tercirit2 tak tau nak jawab pape haha2

      Padam
  5. Saya juga seorang pendidik. Saya berpandangan ajar sahajalah ia. Ianya tiada apa-apa. Tiada apa yang membangkitkan nafsu dalam buku tersebut. Sekadar pengetahuan biasa sahaja. Murid-murid juga pada peringkat ini tiada nafsu seksual malah ini perkara yang membosankan buat mereka.

    Ini berbeza dengan perkara lucah seperti gambar-gambar perempuan dan lelaki lucah, atau video. Kanak-kanak mungkin tidak terangsang, tetapi orang dewasa menjadi bernafsu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp cikgu, sy tgk budak2 sek rendah skrg pn dh pandai nk kapel2... mcm mana tu? xke diorg dh ada nafsu tu?

      Padam
    2. Cikgu ingat lg x psl ada video budak melancap di pagi raya dkt cybercafe? Berapa ya umo budak tu?... Tu nak kira mcm mna plak?? Xbernafsu ke tu ??

      Budak dulu xsama dgn skrg .. Zmn aku tingkatan 3 subjek sains baru di ajar. Tu pun ajar bab kitaran haid persenyawaan.



      Padam
  6. biarlah cikgu2 ni ajar apa pun, kerajaan bn pastu dh tau apa yg terbaik utk masa depan anak2 kita... sblm dia laksanakan benda ni mesti diorg dh buat kajian buat mesyuarat bertahun2 utk kaji baik buruk pendidikan seks ni.. kerajaan bn pasti tau apa yg terbaik utk rakyatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul tu.kerajaan bn memang komited melakukan R&D dalam apa jua bidang. Dari GST hinggalah ke penggunaan gula dalam teh tarik, semua nak dikaji. kerajaan BN mmang terbaik.

      Padam
  7. Pendidikan seks ni macam tarik rambut dlm tepung.
    Kalau gelojoh, berselerak.
    Kalau lambat, bila naknak selesai.

    Pada aku, ini satu usaha baik, tapi masih boleh diperbaiki.

    BalasPadam
  8. hmm tapi pada aku perlu di sertakan dengan penekanan haram seks bagi seorang islam dan penekanan jauhi zina "zina" pun dah diberitau jangan dekat apatah lagi buat dah memang salah....tapi darjah 5 mcm awal sgt sepatutnya darjah 6 lebih baik kot..... hurmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. huh? jangan dekat? baru aku tahu "akrab" tu maksud dia dekat...huhuhu! bodo rupanya!

      Padam
  9. bagi aku xde masalah bahasa yg digunakan adalah bahasa sains. xde pun cakap benda2 lucah mcm z*kar, p*tat, c*pap dll. dan lg satu jgn disamakan zaman kita belajar dulu dgn skrg. aku sebagai bapa kpd anak darjah 4 skrg nie bersikap terbuka soal ini supaya pendidikan seks harus diajar dengan cara yang betul dan tersusun. pendidikan seks adalah luas bukan hanya tertumpu pada perhubungan badan aje. wallahualam.

    BalasPadam
  10. Memang ada pros and cons bila kita ajar pendidikan seks pada umur yang terlampau awal nie. Budak-budak dah dapat info pasal nie, memang dia jadi curious dan tak mustahil dia akan try. Itu cons dia.

    Tapi kalau tak diajar, ada kemungkinan kalau dia dirogol, dia tak tahu dia dah dirogol. Dia ingat dia tengah main sebuah permainan biasa je, macam main olok-olok. Perogol boleh je tipu budak-budak.

    Mungkin approach atau cara kita ajar pendidikan seks nie kena sesuai dengan peringkat umur budak-budak nie. Macam kita bagitau "jangan biarkan orang pegang alat sulit kamu sesuka hati" dan "lelaki dengan perempuan memang lain, dalam Islam, kita tak boleh sentuh jantina yang berlainan, Allah marah", itu untuk peringkat kanak-kanak, selitkan Islam dan Allah.

    Kalau dah besar, tingkatkan cara mengajar yang sesuai dengan otak dan kematangannya.

    BalasPadam
  11. Aku rase maybe kene tukar ayat tu jadi:

    "Boy mempunyai bebola yang boleh menghasilkan berudu. Berudu itu akan memasuki apam melalui bebird"

    Baru tak berbaur lucah kot

    BalasPadam
  12. Tambahan Cik Iman. sekarang banyak kes di mana bapa rogol anaknya sendiri, pedolfia dsbgnya. bila kanak-kanak menghadapi situasi seperti itu, apabila berada di mahkamah, kanak-kanak sebagai saksi akan dapat menyebut alat kemaluan seperti zakar, faraj dan payudara dengan betul dan bukan menyebutnya sebagai bebola, berudu, bebird dsbgnya seperti yang kebiasaanya diajar oleh ibu bapa di rumah. Hal ini boleh menyebabkan kanak-kanak tidak akan dapat menuntut keadilan sbb hakim pun tidak tau apa tu budak cakap.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.