Saya tertanya-tanya, apakah rasionalnya menggunakan tulisan khat nama pasangan tersebut untuk sambutan Maulidur Rasul?
Kesimpulan yang dapat saya buat adalah, masyarakat kita masih ramai lagi yang lemah memahami serta membaca jawi, dan betapa pentingnya Seni Khat "Education" pada masyarakat. Apa yang diharapkan semoga perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang, terutamanya melibatkan agensi-agensi besar dan ternama di Malaysia.
Semoga bermanfaat dan menjadi asbab kepada kebaikan. Jazakallah.
Dipetik dari FB Firdaus Mahadi.
1. Ada yang kata gambar itu fitnah sebab di laman web rasmi agensi tersebut tulisan khat jawi di banner itu lain daripada yang di dalam gambar di atas.
2. Setelah melihat komen dan aduan orang2 di status tersebut, ternyata banner di laman web rasmi itu telah diedit, dan gambar2 perarakan yang mengandungi tulisan khat jawi bertulis Mohd Mohyeddin & Mariani Omar itu telah dipadam di Facebook rasmi agensi tersebut, namun masih berjaya disave oleh orang lain sebelum ia dipadam. Malah kalau lihat di laman web rasmi agensi satu lagi, gambar di atas bukan fitnah.
3. Setiap orang melakukan kesilapan. Namun hanya disebabkan kesilapan menggunakan tulisan khat jawi yang tidak tepat tidak membuatkan agensi tersebut harus terus dipandang rendah dan menidakkan sumbangan mereka, malah jasa dan bakti mereka kepada negara adalah tidak ternilai.
4. Namun, isu ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada imej agensi tersebut kerana sudah viral di alam maya. Tidak tahu di mana silapnya, sama ada pegawai yang ditugaskan merekabentuk banner atau kedai yang diupah untuk mencetak banner tersebut.
5. Tak dinafikan masyarakat kita masih ramai lagi yang lemah memahami serta membaca jawi, namun aku tak nak memperkatakan tentang kepupusan tulisan jawi di Malaysia kerana itu akan menjerumus kepada perbincangan lain yang lebih panjang. Kali ini aku hanya ingin menyentuh mengenai tulisan khat jawi yang disalahgunakan dalam banner tersebut.
6. Tulisan jawi di banner tersebut adalah jawi dengan tulisan khat. Malah orang yang boleh baca jawi dengan lancar belum tentu boleh tulisan khat jawi, kerana tulisan khat jawi adalah suatu bentuk kesenian, bukan tulisan yang standard dan piawai. So nak salahkan orang tak pandai baca khat pun tak boleh juga sebab ia memerlukan pembelajaran khusus mengenai seni khat.
6. Bagi aku senang sahaja, kalau tak tahu dan tiada ilmu akan suatu perkara tu, jangan pulak kita pandai2 guna. Kalau nak guna juga, pastikan kita tahu dan ada ilmu pasal perkara tersebut, bukan hanya pada isu khat ini sahaja tapi pada apa2 sahaja.
7. Kalau tak mampu menegur, usahlah mempertahankan. Kalau tak tahu tanya dulu, usahlah memandai-mandai yai.
tags: tulisan jawi khat perarakan maulidur rasul 2015 tudm tldm atm tentera laut banner salah cetak bukan nama nabi muhammad
1st
BalasPadam2nd
PadamIni mesti kes terlajak perahu ni...
BalasPadamPastu pakat2 tutup salah...hahaha
Asal nampak khat, ada perkataan Muhammad dah setel...
Adoi la...
assalam..
BalasPadamsepatutnya TLDM kene betulkan kesilapan tu dengan mohon maaf pada pihak terbabit (Firdaus Mahadi) secara terbuka atau tertutup..
supaya isu ni tak lg jd fitnah / umpatan org.. juga utk mningkatkan lg kredibiliti TLDM sebagai angkatan yg berani tegas, bukan sembunyikan kesilapan..
kalo nk edit pon bgtau jer hakikat 'kami dah tersilap, kami edit semula tukar ke gambar / khat yg betul'.. settle masalah..
TLDM tak perlu malu, diorg tentera perlu berani..
kerajaan... sejak bila kerajaan tahu meminta maaf?? jgn haraplah
Padamnk terberak aku bc entry ni... apa punya meleis otak cm lembu main rembat je tulisan khat kt internet pstu terus buat banner tanpa tahu maksud dia.. tu belum lg meleis2 yg main pakai tampal stiker tulisan cina/jepun/korea tanpa selidik maksudnya, silap2 dia tulis saya yahudi..
BalasPadamde gak matsalleh bodo gi buat tattoo tulisan cina/jepun di lengan/dada/blakang bdn, skali maksud die i am fish, i am pig, i horse..tattoo tuu, lg xbleh blah bodonye..ha ha
Padam(Dato Hattan)
BalasPadamKo jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai
(Waris)
Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari’an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur
Chorus
(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai
(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti
Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
“sebagai suatu warisan”
Ulang Chorus
(Dato Hattan)
Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
(Waris)
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
(Dato Hattan)
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
(Waris)
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang
Ni kes tangkap muat la ni. Tak sempat teliti betul-betul. Dateline nak print dah dekat. Tengok ade kalimah Muhammad je terus sapu.
BalasPadamtipikal meleis... asal boleh jalan sudah.. mana ada masa nk mengkaji2 semua ni
BalasPadam