Iklan Leaderboard

Khamis, 1 Januari 2015

13 Tahun 2014 penuh duka, tahun 2015 mengharap sinar

2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...

Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...


Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...

Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...

Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...

Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...

Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...

Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...

Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...

Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...

Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami...
Namun...
Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...

Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...
Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...

2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...

Tuhan...
Terima kasih atas kasih sayangMU...

MH370... Kami masih menantimu...
MH17... Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...
Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...

Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014...

Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku...

Di atas adalah sajak #Copypasta dari Internet, tidak tahu siapa yang menulis, semua orang takde tulis kredit asal. Yang pasti, sajak ini penuh dengan tragedi sahaja dari kehilangan pesawat MH370, tragedi MH17, kemarau air, jerebu, soalan UPSR bocor, banjir dan tragedi QZ8501, malah kalau nak tambah lagi pun banyak sebenarnya perkara yang tidak menggembirakan pada tahun 2014.

Tiada langsung kejayaan dan kegembiraan besar yang dicapai negara pada tahun 2014 yang boleh dicoretkan. Mungkin kalau kita menang Piala Thomas dan Piala AFF Suzuki, ada lah jugak kejayaan dan kegembiraan besar yang boleh ditambah dalam sajak ini. Apa2pun, diharapkan semoga lebih banyak kegembiraan berbanding kesedihan pada tahun 2014, dan semoga kita tidak lupa dan terus ambil pengajaran terhadap apa yang sudah menjadi sejarah.

Selamat Tinggal 2014 dan Selamat Datang 2015...




tags: selamat datang tahun baru 2015 selamat tinggal 2014

13 ulasan:

  1. ku menanti sinar yang tak boleh diharapkan sebb kita perlu usaha bari sinar kan dtg x usaha tarak dtg la itu sinaran matahari!!!!!! pertama 2015 made Fuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru sinar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bukan fatul bari!!!!!

      Padam
    2. udah2la tu seriously bg komen mcm org terencat akal.. aku pelik betul kenapa blog ni dpt menarik ramai org gila.. mgkn sbb penulis dia pn sama gila... nama pn buasir otak

      Padam
    3. sah2 2 orag ats ni pun gila sebb reply komen org gila haha2

      Padam
    4. org waras = komen sekali aje dalam satu artikel. org gila = komen berkali-kali dalam satu artikel (sila pandang bawah). need i say more?

      Padam
  2. 2014 tahun melawat malaysia yg xde benda nak disambut berduka dan duka berduka setiap bulan kalah bola kalah piala thomas last bumi malaysia tergadai dan nokhtak permulaan malaysia tergadai dan semua masih dlm mimpi puihhhhhhhhhhhhhh! serius

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2015 dtg menjelma dan kau masih komen di sini sambil meludah merata-rata, syabas. Teruskn mengharap sinar ilusi kau yg x akn muncul.

      Padam
  3. Bertabahlah kita semua..
    Moga dipermudahkan urusan harian kita hendakNYA..

    BalasPadam
  4. Letakkam azam kita utk berubah menjadi lebih baik dr sebelum ini..mencari kesalahan org mmg senang, tp mencari kesalaham diri sendiri dan berubah menjadi lebih baik sgt sukar sekali.

    Apa yg berlaku sebelum ini kami redha dan terima ketentuan Ilahi, sesungguhnya semua ni ada hikmahnya dan kita pun hidup di akhir zaman dgn byk pentunjuk2 kiamat kecil. Allah Maha Besar dan kami umat manusia rasa kecil sekali bila diuji musibah sebegini.

    Lastly...kita doa byk2 supaya Allah bagi yg terbaik untuk kita semua..sbb kita skrg jarang berdoa selalu terutama selepas solat (dengan rasa kyusyuk dan ikhlas) dan sibuk 'berdoa' di FB atau medium2 seumpamanya dgn harapan dpt LIKE dan comment yg byk.

    BalasPadam
  5. Mungkin ujian dan dugaan diberikan..supaya jgn lalai akan akhirat mabuk dek dunia...supaya yg hidup beringat kematian sentiasa menanti....yg senang beringat. Kesenangan boleh ditarik sekelip mata...dunia ini bukan negeri abadi....akhirat yg sebenarnya

    BalasPadam
  6. Noob..pasni leh wat entry pasal pesawat persendirian kerajaan 9M-NAA yg kini sibuk singgah d LA, NY, London, Dubai. FYI, pesawat yg sama yg bawak Najib (maybe bersama isteri atau keluarga) ke Hawaii utk aktiviti riadah bersama Presiden US, tp PM dah balik ke Malaysia naik pesawat tentera. Sakit hati dgn seseorang ni..x habis2 mengeringkan duit rakyat utk personal things.....

    BalasPadam
  7. sedih pla baca sajak ni :'-|

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...