Iklan Leaderboard

Khamis, 15 Januari 2015

21 Adakah Melayu hanya hebat dan gah pada nama?

Kenapa orang Melayu zaman sekarang nama mereka panjang2 berbanding orang2 dulu? Sejak bila trend menamakan anak dengan nama yang panjang2 ini bermula? Apakah simbolik di sebalik nama2 yang panjang ini? Adakah dengan memberi nama yang panjang akan dapat menjamin kesejahteraan dan masa depan mereka? Tidak dinafikan memberi nama anak yang mempunyai maksud yang baik dan mulia adalah dituntut, tapi perlu ke bagi nama yang panjang?





Lain2 berita mengenai nama yang panjang di Malaysia:
Yang nama terlalu panjang macam yang ditunjukkan dalam gambar dan berita kat atas tu mungkin kes terpencil, tapi pada kebiasaannya kenapa orang Melayu zaman sekarang kebanyakannya suka memberi nama anak yang panjang2? Kalau orang dulu cukup 1 perkataan dengan 2 atau 3 suku kata, tapi sekarang sampai 3 perkataan dengan 7 8 suku kata, tu tak campur dengan bin atau binti nama bapak lagi.
Bapak nak anak bijak = Hakim
Mak nak anak yang kacak = Aniq
Atuk nak cucu yang gagah dan berani = Najid
Nenek nak cucu yang sopan dan sabar = Hilmi
Makcik nak anak saudara nama macam artis = Aaron
Sebab nak puaskan hati semua orang, maka dinamanya anak Aaron Aniq Hakim Hilmi Najid bin Atan. Bapaknya nama 1 perkataan je Atan, anak sampai 5 perkataan, tapi last2 orang panggil Ron je. Tak ke nanti akan menyusahkan anak dan diri sendiri bila dia masuk sekolah, tulis nama kat buku, nak isi kertas ujian, isi borang apa2 dan sebagainya.

Adakah ini kerana orang melayu begitu mementingkan nama, seperti mana orang melayu sukakan gelaran yang dapat membeza2kan pangkat dan darjat? Adakah semakin panjang nama orang melayu lebih2 lagi kalau ditambah pula dengan pelbagai gelaran maka lebih bagus? Kenapa orang melayu begitu suka kepada perkara2 yang sekadar mengikut trend macam ini?

Sumber

Nama orang Cina, Korea, Jepun, US, Yahudi dan lain2 negara biasanya pendek sahaja seperti Lin Dan, Kim Jong Un, Shinji Kagawa, Steven Paul Jobs, Mark Elliot Zuckerberg dan lain2. Tak pernah lagi aku dengar nama cina yang panjang2 seperti Yap Ah Loy Lee Wong Chong Kim, nama orang Jepun Hiroshi Kenzo Hayato Naruto Sasuke Sakura Nobita Shizuka, atau nama mat saleh Michael William Alexander Daniel Liam John.

Walaupun nama mereka pendek2 dan ringkas, tapi pencapaian negara dan kaum mereka lebih kedepan berbanding kaum Melayu. Adakah ini bermakna orang Melayu hanya hebat dan gah pada nama sahaja?

Tepuk dada tak payah tanya siapa2.




tags: bangsa kaum melayu hanya gah hebat pada nama islam bagi bayi maksud yang baik dan elok anak lelaki perempuan panjang nur fathaniah tariyah karimah farwizah zahabiyah syahirah binti airol anizam shahdattul lea suziana dirgahayu sri putri binti taib nur mohamad arifin zikirullahalimusalimuallimin bin mohd ariffin ada apa pada nama

21 ulasan:

  1. sampai sekang aku masih fikir apa benda dalam pala but** mak bapak budak2 tu yg buh nama panjang2? nak showoff ke? benda ni menyusahkan semua pihak, ni la malays duit semua nak senang nak dpt tapi nama2 benda2 tak penting tu la dia nak rumit2 =kan memang serius problem gila orang2 melayu ni....mcm biasa z semua melayu mcm tu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. z tu tukar pada tak soory typo T.T butuh sungguh ini mak bapak2 menyusahkan aku komen panjang2 keke

      Padam
    2. ak masih ingat masa sekolah kampung memang ada budak perempuan kelas aku tu nama panjang bak hang tak kisah sgt tapi bila time isi borang terdengar dia merungut tak cukup kotak nak isi nama sebb nama panjang sgt... syukur pada tuhan dan terimas pada bapak ku kasi nama pendek -Seriously terimas bapak :D

      Padam
  2. Byk sungguh isu dkt mesia ni. Minggu ni saja dh berapa entry noob tulis hahaha .. Seronok gua baca ..

    Zaman moden, nama pun nk kena moden. Org kata kalu nama pjg2 berat budak tu nk bawak. Tapi nk wat cmna dh makbapak nk ikut sgt trend .. Trend nama2 artis, trend drama waktu magrib tv3 . nama hero nya Tengku adam zharif irham paduka qaseh sakura naruto sharingan rindu awak 10% kuasa petala langit 1juta hp bin abu ..

    Sekian lama kita disogok benda ni ... & aku nk jugak tau sapa yg mula2 pencetus nama pjg ni ... Nama2 ni indah membawa maksud yg baik .. Tu hak mak bapak masing2 nk letak nama anak diorang ..

    Aku harap nama tu biar padan dgn org nya ... Jgn smpi kuar berita gro ditangkap dlm serbuan .. Salah seorang nya bernama ainul mardiah rabiatul adawiyah. Mmg jem habis hahaha ...

    Serius aku xpandai dgn nama2 skrg. Kalu ada anak pun Aku xkn bg nama mcm dkt atas. Berbelit lidah nk menyebut ..

    BalasPadam
  3. http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/01/sesiapa-sahaja-layak-meminta-laporan.html

    satu persoalan...adakah Akta Keterangan telah dimansuhkan dan sesiapa sahaja boleh meminta laporan perubatan sesiapa sahaja? Sila! Sila!

    BalasPadam
  4. Bagi nama anak panjang2 sangat menyusahkan diri, anak tu dan orang lain.
    biasa yang buat ni kurang cerdik.

    Jangan sentap. Ini realiti.

    Orang2 hebat tak buang masa dgn benda remeh nama panjang menggila gitu.

    BalasPadam
  5. org melayu mmg suka buat perkara sia2. budak cina amik masa 30 saat utk tulis nama atas kertas jawapan lps tu dh boleh berfikir utk jawab soalan, melayu amik masa 5 minit utk tulis nama sahaja.. sbb tu melayu lmbt maju, sbb terlalu pntgkan benda yg sia2

    BalasPadam
  6. Melayu hebat dlm -> nama, sembang politik, rempit EX5, buang anak, senang kena tipu MLM..dan yg paling hebat ialah penyakit malas.

    Moving forward.....semuanya bermula dgn anda sendiri..so didik la anak anda dgn baik..biar anak x pandai mcm anak org lain, asalkan jadi orang, x menyusahkan mak bapak n masyarakat setempat. Agama letak no 1 dlm didikan...jrg tgk anak x betul sbb terlebih bagi didikan agama.

    BalasPadam
  7. nama panjang otak bapak pendek..x ke susahkan anak bila nak isi dokumen bank -agrement..sengal..kat malaysia pulak ni pulak memang banyak kena isi pelbagai borang

    BalasPadam
  8. Tengah Malam : part terpengaruh dengan drama tv3 waktu maghrib tu mmang aku setuju beno.letak nama anak tak nak kalah. melayu sekarang hidup berpaksikan fantasi novelist picisan yang bullshit.sampai nama anak pun jadi mangsa.kesian budak tu nanti terpaksa menanggung kesulitan hidup akibat kebebalan mak bapak sekarang yang tergila2kan trend bodoh ni.mohon sentap.
    -Danial Iskandar Rafiq Iman Zafran Subadron Aziz Naufal Kysha Batrishah bin Saleh.

    BalasPadam
  9. mak limah ada 5 org anak - jubir,borhan,musa,hisyan,tamrin.
    bila mak limah nk panggil kesemua anaknya, dia akn sebut ju,bor,mu,hi,tam....

    BalasPadam
  10. org ckp nama itu doa so kena la bg nama anak yg baik2 sbb bila kita panggil nama dia seperti kita mendoakan dia, masalahnya mak bapak bagi anak nama panjang2 pn diorg sendiri bknnya akan panggil anak diorg dgn nama panjang tu, last2 mesti pggl dgn nama pendek jgk, so no point letak nama anak pjg2

    BalasPadam
  11. Sebab tu aku dah pesan siap2 dkat famili aku dan bakal bini aku yg kalau nak letak nama, biar si ayah dan ibu je buat keputusan, yg lain nenek, datuk, makcik pakcik moyang sepupu abang kakak adik semua duduk diam-diam.

    BalasPadam
  12. Entah la.. Nama pun dah makin ntah pape.. Selalu orang yg hebat aku perhatikan nama diorang pun simple jer.. Contohnya.. Bill Gates, Nik Aziz, Najib, Lee Chong Wei, Nicole Ann..

    BalasPadam
  13. aku tepuk dada dh...tersedakj...uhukk...uhuk...uhukkk....
    nama aku PUTERI MELUR KEMBANG SETAMAN HARUM BAUNYA BINTI MAN

    BalasPadam
  14. Nama paling panjang 2 perkataan je. Kalau 3 pun dah tak kuasa nak ingat.

    BalasPadam
  15. owh.. setakat sekarang.. nama anak2 saya cari mmg cukup pendek.. "Ili" sbg contoh.. kami cuba cari satu nama yang mana yang mana kami (suami isteri serta rakan2 tak kira siapa juga) akan panggil nama anak2 dengan penuh.. begitu juga dgn 3 lagi anak2 saya yg lain.. 2 suku kata dgn maximum 5 huruf. Yg terpendek ialah 3.

    Sebenarnya kita jarang terdedah dengan nama2 orang eropah yang cukup panjang.. walaupun biasanya mereka panggil nama popular, mereka tetap percaya ke"sial"an middle name. ADA SESETENGAHNYA MELETAKKAN "MIDDLE NAME" sehingga 20-30 nama demi mengelakkan sialnya nama dgn khurafat yang diimani.

    Sebagai contoh rakan kerja saya sekarang, middle namenya ada 21 nama. terkadang surat sampai kat ofis, kebiasaan orang2 eropah menulis kesemua nama terdepan dan terbelakang bersama separuh/sebahagian dari nama "middle-name" si polan tersebut.

    Jadi budaya nama begini terdedah kpd sesetengah mereka yang bekerja, belajar mahupun bermuamalat dgn bangsa lain. Bagi yg mengikut2, tak ada masalah juga.

    Malah trend setting yg dibawa artis juga jadi ikutan.. lihat saja nama anak2 artis kita. Kalo boleh nak buat domain name yg unik mcm mat saleh jugak. Selera pun dah berubah. Nama2 lama kian dihindari.. payah nak jumpa nama Ramlah Hasnah Kasim Joyah dll.. Kalo ko jumpa anak2 yg nama 2 lama begini, dikhuatiri akan dihinggapi Inferiority Complex pulak nanti..

    trend dah berubah.. biarlah melayu nak jadi wannabe.. itu hak masing2..

    BalasPadam
  16. Tadi masa pergi bank, ada pacik tunggu nak pinjam pen aku masa tengah isi borang.. Tetapi aku tak tawarkan pun kat ngan pacik tu.. last2 pacik tu pergi.. bila dah isi borang xpulak aku cari pacik tu semula utk bg pinjam pen...

    xtrpikirkah aku yg pakcik susah ke tensen ke baru lepas dilanda banjir ke.. damn selfish person i am..

    aku dah jadi semakin jahat.. semakin teruk.. apa nak jadi dengan diri aku ni.. :(

    BalasPadam
  17. Panjang sungguh nama budak sekarang sampai kwan klas aku ckap,bla exam nnti,setengah jam nk ambik utk tulis nama saja..

    Dan,cikgu2 sekolah rendah mcm km la nnti yang berpeluh nak taip nama budak...huish,dunia2..

    BalasPadam
  18. terlalu ramai mak bapak meleis letak nama panjang2 dgn ejaan yg menyusahkan org nak sebut sehinggakan nama yg pendek dan klasik lebih mudah diingat orang. lagipun, bukankah kita nak org ingat nama supaya kita x asik memperkenalkan diri berulang kali dgn org yg sama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. baiklah annakholat ataptokdewishivanaven..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...