Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.
Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
“Walaupun merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.
“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam, di sini hari ini.
Selanjutnya di Utusan Malaysia.
1. Dalam Islam memang ada hukuman merotan anak2 namun ada cara dan adab2nya, malah kalau mengikut Islam syarat yang sampai nak membolehkan pukul anak itu agak ketat yang menunjukkan tidaklah senang2 je kita boleh memukul anak.
2. Akan tetapi di Malaysia, kebanyakan ibu bapa merotan anak tidak mengikut adab Islam pun, tapi lebih kepada mengikut emosi dan perasaan.
3. Maka ramailah orang dewasa yang terus melenting, melompat dan kecewa dengan berita ini. Tak kurang juga ramai orang dewasa generasi kini yang berkata disebabkan aku pernah kena rotan, kena tampar, kena pelempang, kena belasah, kena terajang, kena bedal dengan tali pinggang, kena bantai dengan batang penyapu, kena ikat kat pokok oleh mak bapak aku masa aku kecik dulu la dah besar aku jadi orang.
4. Namun tak semua orang yang dididik dengan cara keras sewaktu kecil itu jadi orang bila dah besar. Ada juga yang kena belasah waktu kecil, dah besar jadi penyangak juga. Ada juga yang waktu kecil tak pernah kena pelempang dah besar jadi orang juga.
5. Apa yang menentukan seseorang itu jadi orang bila dah dewasa adalah didikan oleh ibu bapa dan pengaruh sekitar, dan pendidikan itu tidak semestinya bersifat kasar dan ganas.
6. Bagi aku, apa yang perlu pada peringkat awal ini bukanlah terus mengharamkan hukuman rotan dan menghukum perbuatan merotan anak itu sebagai suatu kesalahan jenayah, tapi lebih kepada mendidik dan memberi pemahaman kepada ibu bapa yang ada sekarang bagaimana cara merotan yang betul menurut Islam.
7. Keluarkan garis panduan, cara, kaedah, teknik, peralatan merotan yang sesuai dan sebagainya. Wajibkan kursus kepada bakal ibu bapa macam mana nak kawal emosi dan perasaan apabila marahkan anak agar tidak sampai tahap bagi penerajang dan pelempang sulung.
8. Di samping itu, adakan kempen untuk mendidik ibu bapa bagaimana cara nak mendidik, mendekati dan memahami anak2 agar anak2 tidak rasa terabai dan teraniaya dari sudut emosi dan fizikal sehingga memaksa mereka untuk memberontak dan melakukan sesuatu luar kawalan semata2 untuk mendapat perhatian ibu bapa.
9. Selepas beberapa tahun kempen ini berjalan, barulah kuatkuasakan undang2 larangan merotan anak yang tidak mengikut adab Islam.
10. Kita nak ikut Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang dicipta dan dipelopori oleh barat atau ikut cara Islam?
tags: rotan anak hukuman jenayah belasah pukul dera aniaya penderaan fizikal mental ikut emosi perasaan adab ajaran islam hadis nabi
serius pertama la aku haha2 rotan nak rotan? rotan edvedededeedddededdd
BalasPadamBila timbul persoalan merotan bakal menjadi satu kesalahan (undang2 Malaysia), yang bermain di kepala aku adalah, apa Islam kata tentang ini. Bukan semua yang mak-ayah kita buat masa kita kecil dulu itu betul.
BalasPadamAku yang pada awalnya menggunakan pendekatan rotan, mula beralih kepada slowtalk. Cuba rationalize kepada anak kenapa kesalahan yang mereka buat itu patut dihentikan. Selalunya berkesan. Bila kesalahan berulang2, barulah guna rotan.
Kesimpulannya, jangan bagi anak2 berfikiran membuat kesalahan itu OK selagi mak-ayah tak tahu atau orang tak nampak. Biarlah mereka sedar bahawa setiap perbuatan baik/buruk yang mereka lakukan itu Allah maha mengetahui dan mendapat balasan baik/buruk di akhirat nanti.
ulasan mcm ni la yg kita nak..takde emosi dan terperinci..
BalasPadamni kalau bukak sukanstar semua yang "dewasa" meroyan macam ilang akal..
btw, ko xde cita2 nak jadik penasihat menteri ke noob?
Kat blog ni pun ade gak org 'dewasa' meroyan mcm ilang akal. Jap lg kite tgk ek..
Padamhahaha..aku dah ble agak sapa..
Padamcuma nape dia xsentuh pasal mempergunakan budak2 cth mudah mintak derma pelajar tahfiz yang ntah dari ceruk mana datang..xpun anak yatim yang dok cari dana untuk rumah anak yatim yang kita xtahu pun kesahihannya..
ke menteri ni lupa nak cakap, sebab benda ni pun belum dibahaskan diparlimen...mungkin dia belum habis baca lagi apa yg terkandung dalam konvesyen yg dah di tanda tangan..
betul tu.. aku tgk kat fb ramai tol org dewasa meroyan pastu siap bangga dulu waktu kecik pernah kena libas dgn paip getah, cili taruk kat kote.. diorg ingt hukuman2 tu betul sdgkn dh mcm dera anak
PadamMat saleh fail didik anak... So dia pun nak orang lain pun fail jugak la didik anak..
BalasPadamsetuju dengan semua yang tertuilis di atas...
BalasPadambagi miya kita kena ikut ajaran Islam...
dalam Islam pom dah suruh pukul anak pada umur 7 tahun lau xsolat...
tapi ada caranya...
mana ada 7 tahun, 7 tahun start didik kalu dah umur 10 tahun xnak solat maka pukullah dia...
Padamorang melayu islam, cakap apa pun, memang mudah sentap siot.. orang jenis malas membaca.. malas mengkaji.. memang la terkejut beruk dengan idea2 baru sekalipun idea2 tu dah beribu2 tahun diperkenalkan.. sbb tak pernah membaca.. tau ikut rasa hati saja..
BalasPadammana eddebed ni... xkan baru kena bahan sikit dh sentap xmo komen lg
BalasPadamhttps://www.youtube.com/watch?v=-KTsXHXMkJA
Padameddebed tgh bercuti kat cambodia.