- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 10 di bawah.
TEMA: Trend Terkini dan Radio
Pusingan 1: Trend Terkini
1. SYJ (Laugh-O-Meter: HAHA)
Intipati Lawak: Lawak babak lakonan.
Komen: Mereka melakonkan semula babak dalam filem Ombak Rindu tetapi mengikut trend terkini yang lebih sesuai ditonton setelah ditapis. Sebab malam ni ada 2 persembahan so rasa sekejap je persembahan mereka, mungkin dalam 3 minit.
Rating juri: 3 bintang.
2. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL)
Intipati Lawak: Lawak stand up comedy.
Komen: Nabil membayangkan jika di zaman Sultan Mahmud dulu ada benda2 yang ada di zaman sekarang seperti kamera, makanan delivery, iklan kat dan produk Qu Puteh barulah putih.
Rating juri: 4 bintang.
3. VIRUS (Laugh-O-Meter: LMAO)
Intipati Lawak: Lawak gila, lawak slapstik.
Komen: Diorang bincang pasal trend smartphone terkini yang besar serta lain2 trend seperti hashtag, Twitter, selfie, power bank dan video trend.
Rating juri: 4 bintang.
4. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL)
Intipati Lawak: Lawak tarian dan lagu.
Komen: K-Popper, Hip hop fan dan peminat zapin bercakap pasal trend terkini seperti upload video viral kat Youtube dan lagu What The Fox Say.
Rating juri: 4 bintang.
5. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Intipati Lawak: Lawak drama, lawak selamba.
Komen: Diorang buat drama trend tengah makan sambil main handphone, break dengan awek sebab muka macam Korea dan berdoa kat Facebook. Punchline SEPAHTU memang selamba dan tak henti2, patut dapat 5 bintang.
Rating juri: 4 bintang.
6. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA)
Intipati Lawak: Lawak nyanyian dan tarian.
Komen: ZERO ketengahkan trend penghibur jalanan dan basking, namun aku tak rasa itu trend terkini sebab budaya basking ni dah lama. Part nyanyi lagu Anuar Zain tu memang kelakar.
Rating juri: 3 bintang.
7. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO)
Intipati Lawak: Lawak konsert, lawak K-Pop.
Komen: Akhirnya, ada gak peserta yang buat trend peminat K-Pop yang fanatik dan over. Diorang jadi artis K-Pop PSY.
Rating juri: 5 bintang.
Pusingan 2: Radio
1. SYJ (Laugh-O-Meter: HAHA)
Intipati Lawak: Lawak muzik dan tarian.
Komen: Diorang buat lakonan kesan lagu yang dipasang di radio pada pendengar, bila dengar lagu Kassim Selamat jadi sedih, lagu Indonesia Sayang jadi Bobo, lagu K-Pop terus jadi fanatik. Cuma sketsa diorang macam terlalu drag dan dilama2kan untuk habiskan masa.
Rating juri: 3 bintang.
2. NABIL (Laugh-O-Meter: HAHA)
Intipati Lawak: Lawak stand up comedy.
Komen: Nabil dengar radio dalam kereta, call stesen radio untuk jawab soalan peraduan. Lepas.memang, kena saman pulak dengan polis sebab guna telefon sambil memandu. Jalan cerita OK cuma banyak babak yang bukan punchline lawak terlalu lama diceritakan.
Rating juri: 3 bintang.
3. VIRUS (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Intipati Lawak: Lawak spender, lawak konti radio, lawak merapu.
Komen: Yus dengan Zizan call DJ radio Tauke nak menyakat, siap buat lawak pantun pergi ke kedai beli rokok, last2 kena otak kau.
Rating juri: 4 bintang.
4. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL)
Intipati Lawak: Lawak konti radio, lawak sound effect.
Komen: Mesin sound effect dan lagu rosak kat konti rosak, so DJ radio kena jadi DJ dengan sound effect yang dibuat guna mulut.
Rating juri: 3 bintang.
5. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Intipati Lawak: Lawak konti radio, lawak temuramah, lawak selamba.
Komen: Jep interview Shuib kat konti radio pasal perkembangan Shuib yang dah start bergerak secara solo. Penuh punchline, penuh sindiran dan penuh selamba.
Rating juri: 5 bintang.
6. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA)
Intipati Lawak: Lawak keluarga, lawak muzik.
Komen: Diorang buat sketsa keluarga, abang beli radio pastu dengarkan macam2 lagu dalam radio. Agak sayang bagi ZERO sebab bermula dengan agak mantap masa awal2 MLM tapi telah mula menjunam di selekoh2 terakhir.
Rating juri: 2 bintang.
7. SHIRO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Intipati Lawak: Lawak bangla, lawak bahan, lawak muzik.
Komen: 2 orang bangla, nak belajar Bahasa Malaysia, dengar kat radio cikgu Jalaluddin ajar, sekali bahan kaw2 punya siap buat lagu remix. Memang gila lawak, silap haribulan boleh viral lagu remix Maharaja Lewak tu.
Rating juri: 4 bintang.
Man of The Match: Ajak SHIRO
Peserta yang tersingkir: SYJ
Kesimpulan:
Masuk minggu ke-10, persaingan semakin sengit. Sekali persembahan tak menjadi, peserta akan terus duduk kat bottom 3 walau minggu2 sudah beraksi dengan cemerlang. Minggu ini bottom 3 SYJ, ZERO dan NABIL, dan ikut trend persembahan minggu ini, ketiga peserta ini memang layak duduk di bawah sekali. Aku cuma agak terkilan dengan ZERO, kerana mereka bermula kuat pada awal2 minggu tapi makin menurun di akhir2 minggu, mungkin kerana sudah kekeringan idea.
Bagi kumpulan2 favorite pula, mereka lambat panas di awal2 pertandingan tapi mula masuk gear 5 di akhir2 pertandingan seperti SHIRO dan VIRUS. BOCEY dan NABIL masih lagi di tengah2 kat gear 3. Aku pasti yang akan ke final adalah SEPAHTU, SHIRO dan VIRUS, manakala 2 lagi tempat direbut oleh NABIL, BOCEY dan ZERO. Setakat ini SEPAHTU mempunyai persembahan dan aura yang paling kuat, menjadikan kumpulan mereka sebagai calon juara untuk tahun ini, dengan dicabar hebat oleh SHIRO dan VIRUS.
Apa yang aku nampak, VIRUS sudah mula ada chemistry dengan gabungan lawak merapu JAMBU dan slapstik ZIZAN, manakala untuk minggu ini SHIRO pula paling bijak mencuri perhatian dengan menggunakan trend terkini paling hot pasal peminat K-Pop dan juga lagu remix Jalaluddin Hassan. Kumpulan lain seperti ZERO perlu ikut cara SHIRO dalam mencari idea2 baru dan segar, andai kata diorang buat lawak K-Pop dulu pasti lebih gempak sebaliknya menjadi penyanyi jalanan yang agak tidak ikut tema.
Ranking aku untuk persembahan Minggu 10:
Pusingan 1: Trend Terkini
1. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 5 bintang)
3. VIRUS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 4 bintang)
5. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 4 bintang)
6. SYJ (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
7. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
Pusingan 2: Radio
1. SHIRO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. VIRUS (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 5 bintang)
4. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
5. NABIL (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
6. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 2 bintang)
7. SYJ (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak | Super Hero Lawak
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/
tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 10 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh
Rating saya untuk total kedua dua persmbhan: 1.virus 2.shiro 3.bocey 4.sepahtu 5.zero 6.syj 7.nabil
BalasPadamSepahtu no 4.??? Hurm hurm hurm
PadamRating i utk minggu ke 10:
BalasPadam1. Sepahtu 2. Virus 3. Shiro 4.bocey 5.nabil
6.zero 7. Syj
Kalau zero sebelum ni tak lawak, confirm dia yang tersingkir minggu ke-10. Persembahann dia paling worst bagi aku.
BalasPadamsepahtu..asik buat lawak yg sama sejak dulu..Jep kenakan Shuib...kita gelak sebab Shuib diperkotakkatikan oleh Jepp...idea yg sama...
BalasPadamAlahai klakor nya la... Sekurang2nye jep bahan member sendiri drpd grup lain bahan juri... Setiap grup ade cara lawak masing2... Ade tu dok terkinja2 atas pentas sbb nak dpt sorakan drpd penonton ...✌
BalasPadamUntuk bhagian pertama,hnya part muka korea tu jer yg jep bahan shuib...yg lain lbih kpada sindir tabiat mnusia...pnuh ngan tauladan...part dua tu bagai acara sindi mnyindir ssama sndiri...trasa natural giler mcm kwn2 brbual...
BalasPadam