- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 9 di bawah.
TEMA: Cerita Seram
1. JALOR (Laugh-O-Meter: HUH???)
Intipati Lawak: Lawak zombi, lawak acara.
Komen: Zombi bangla, zombi melayu dan Chucky berkumpul kat malam reunion hantu sedunia dan bertanding dalam sukaneka. Serius tapi memang sangat2 hambar. Aku tak tahu lawak syok sendiri apa yang cuba disampaikan.
Rating juri: 2 bintang.
2. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO)
Intipati Lawak: Lawak hantu kuntilanak, lawak cakap Indonesia.
Komen: Kuntilanak datang rumah pekerja Indonesia buat kacau. Yang kelakarnya pontianak tu sangat cuai sampai jatuh tersungkur dan terpijak2 kain.
Rating juri: 4 bintang.
3. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO)
Intipati Lawak: Lawak hantu pontianak, lawak tandas.
Komen: Sorang lelaki nak berak kat tandas kampung tengah malam minta kawan teman kena kacau dengan pontianak. Sketsa mereka memang lengkap dari kostum, prop dan cerita memang best.
Rating juri: 5 bintang.
4. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Intipati Lawak: Lawak stand up comedy.
Komen: Minggu ni Shuib perform seorang diri sebab Jep tidak sihat, so Shuib cerita seram pasal Jep. Yang jadi sangat lawak bila tengok gelagat Shuib yang sangat nervous dan kelihatan sangat naif bila perform sorang2 atas pentas, dan ending twist nak call Mamat tu memang paling tak boleh blah.
Rating juri: 5 bintang.
5. VIRUS (Laugh-O-Meter: LMAO)
Intipati Lawak: Lawak memancing, lawak bisu, lawak bahasa isyarat, lawak kasar.
Komen: Zizan dengan kawan bisu dia pergi memancing kat hutan, lepas tu kena kacau dengan hantu Kak Limah. Suntikan lawak merapu Jambu dengan lawal slapstik gerak badan Zizan memang menjadi dan part Yus usik Zizan pasal Emma Maembong tu memang kelakar.
Rating juri: 5 bintang.
6. ZERO (Laugh-O-Meter: HEH)
Intipati Lawak: Lawak hantu, lawak muzik.
Komen: Hantu sundal bolong buka kelas piano didatangi drakula dan hantu pocong cina untuk belajar piano. Malangnya jalan cerita lost, punchline hambar, tak teratur dan takde kesinambungan.
Rating juri: 2 bintang.
7. NABIL (Laugh-O-Meter: HAHA)
Intipati Lawak: Lawak rancangan TV.
Komen: Nabil jadi pembaca berita baca berita pasal hantu. Punchline ada yang ok tapi keseluruhan idea agak hambar. Mungkin sebab Nabil berlakon jadi watak lain dan tidak bercerita macam biasa.
Rating juri: 3 bintang.
8. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO)
Intipati Lawak: Lawak hantu Juon, lawak keluarga.
Komen: Sepasang warga emas ada anak perempuan yang lari rumah dah 7 tahun tak balik, tiba2 dapat tape video Juon. Jalan cerita teratur, best, punchline pun banyak.yang kelakar, tapi entah kenapa tak ramai audien gelak. Mungkin tak ramai penyokong kumpulan SYJ kat sana atau memang penonton2 hambar dan tak supportive.
Rating juri: 3 bintang.
Man of The Match: Atu ZERO
Peserta yang tersingkir: JALOR
Kesimpulan:
Sebenarnya dalam sebuah persembahan lawak, jalan cerita tu penting, dan peserta kena pandai fikir idea dan faktor2 yang boleh menjadikan storyline dia menarik dan sedap untuk ditonton. Seperti contoh untuk tema cerita hantu ni, apa yang aku nampak dalam sebuah kumpulan tu bila semua ahli peserta jadi hantu, persembahan jadi hambar seperti kumpulan Jalor dan Zero. Sebab apa, sebab bila semua jadi hantu, mana datang seramnya? Siapa yang nak ditakutkan? Takde feeder dan killer sebab ia hanya akan jadi perbualan antara hantu2. Patut hantu hanya seorang dua dan ada orang di situ yang menjadi subjek untuk ditakutkan seperti yang dibuat oleh kumpulan2 lain, barulah boleh timbul punchline kelakarnya.
Minggu ini aku pilih persembahan Sepahtu a.k.a Shuib yang paling kelakar, sebab aku suka tengok gaya dan gelagat dia yang memang seram untuk buat lawak seorang diri, tapi ia hanya lawak untuk pertama kali sahaja, kalau andai kata dia masih lagi berseorangan untuk minggu depan, keadaannya mungkin lain dan dia tak boleh nak buat gelagat yang sama.
Tadi Dato Jalaluddin Hassan ada cakap kat kumpulan Jalor pasal lawak mereka merendah2kan mentaliti penonton, dan Joey membalas semula di akhir rancangan yang mereka tiada niat nak merendah2kan mentaliti penonton dengan lawak mereka, namun, apa yang penonton tengok begitulah hakikatnya.
Lagipun sekarang cuma tinggal 7 peserta, dan bagi aku yang tinggal sekarang memang betul2 peserta yang kuat2 dan menjadi favorite. Suka tak suka, 2 peserta terpaksa keluar sebab biasanya final hanya ada 5 peserta, sebab tu diorang nak tak nak terpaksa jugak perah otak dan bagi idea yang terbaik dan mantap sebab ini pertandingan, bukan rancangan komedi mingguan biasa, malah peminat mereka keluar duit untuk mengundi peserta kegemaran mereka, so jangan sia2kan harapan dan kepercayaan peminat kepada anda.
Ranking aku untuk persembahan Minggu 9:
1. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 5 bintang)
2. VIRUS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 5 bintang)
3. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 5 bintang)
4. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
5. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
6. NABIL (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
7. ZERO (Laugh-O-Meter: HEH | Rating juri: 2 bintang)
8. JALOR (Laugh-O-Meter: HUH??? | Rating juri: 2 bintang)
Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak | Super Hero Lawak
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/
tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 9 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh
X best lgsung minggu ni:(
BalasPadamStuju sgt..minggu ni mmg x best lgsg..personally,bgusla jalor kuar tp yg x stuju y shuib leh dpt smpai 5 bintang sdgkan lgsg tak menepati tema..mmg shuib kelakar tp x adilla if dpt 5 bintang sbb klakar tp tema x seram pun..nmpk sgt sepahtu n virus byk bergantung kat fans n juri favour lebih..kump mcm syj n nabil even perform bgus minggu lepas2 pun asyik kat bwh sj..nmpk sgt astro dh atur sapa layak masuk final
BalasPadamRating saya pula 1.bocey 2.shiro 3.virus 4.sepahtu 5.syj 6.nabil 7.zero 8.jalor
BalasPadamhambar gila minggu ni...mungkin peserta tak ada idea nak buat lawak seram komedi...
BalasPadamsepahtu mmg best pada minggu2 lepas cuma mlm ni mmg x best dan x layak dpt 5 bintang. juri2 kena adil dan x bleh pilih kasih dalam memberi markah. ada team yg lawak tapi dpt bintang sikit je sbab org kat stadium x gelak mungkin kerana kurang peminat.pada saya no 1.shiro, 2.syj, 3. bocey, 4.virus, 5.nabil, 6.sepahtu, 7.zero, 8. jalor.
BalasPadamBetul, persembahan sepahtu semakin xde tempat.yg lawaknye pulak siap buat cerita mtk kesian lak..huhu.tak patut dpt 5 bintang.dato jalal nampak sgt pilih kasih..
Padammesti best nie..:)
BalasPadamsepahtu sepatutnya dah lama kluar...lagi pun tak adil ..kedatangan amat mengecewakan ahli selalu tak hadir..tak macam team lain 100%.. apa taknya dpd 3 orang dah jdi 2 orang dan pernah Shuib saja yg datang..kesianlah kat team lain yg tak pernah ponting..mereka pun sebuk juga..lain kali kena buatlah peraturan baru team yang berkurangan ahli otomatik akan terkeluar..kalu kat U pelajar kerap ponting pensyarah boleh gagalkan pelajar tersebut tak gitu kena fikirkn!
BalasPadamminggu ke 9...berlawak sepanjang masa di meja makan itu pun dpt 5 bintang...di mana lawaknya..punch line tak lawak pun penyokongnya leh ktwa..juri kenalah lihat juga dari segi penggunaan ruang pentas..bahasa badan..prop dsb..tak semesti punch line semata2..kalu ini diambil kira aku rasa nak bgi 3 bintang pun sukar!
BalasPadamsaya ingin cadangkan...akandatang pilih juri2 yg dah veteran dan pengalaman contohnya...mr sobri Yunus, Mr Othman Hafsham,mamat Khalid, Salleh Yakob,Mr Os, Abon, Datuk Jamali shadat, Pak hamid Gurga,Imuda, Lan pet2 dan rakan2 dlm senario, pak yus, tauke, Zizan, Johan, haris Iskandar,Afdlin Shauki ,Harun salim Bacik dan ramai lagi leh dipilih jdi juri!...mereka ni boleh digilir2kan..tak gitu?
BalasPadam