Iklan Leaderboard

Rabu, 21 Januari 2015

21 Maksud di sebalik kata-kata yang diucapkan wanita

Kami orang perempuan adalah spesis makhluk yang sangat rumit. Tidak seperti lelaki yang percakapan mereka lebih straight forward dan mudah difahami, kaum wanita ini lebih complicated dan sukar difahami. Setiap yang dituturkan pasti ada maksud dan makna tersembunyi di sebalik perkataan tersebut yang sering membuatkan lelaki tidak faham apa sebenarnya yang orang perempuan mahukan terutama dalam sebuah perbalahan atau pertengkaran di antara pasangan. Berikut adalah perkataan lazim yang sering digunakan oleh kaum hawa dan maksud disebaliknya.


FINE
Ini lah yang orang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama juga dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

TAK KISAHLAH
Sebenarnya mereka benar-benar kisah, dan anda perlu cari sendiri apa yang mereka kisahkan tu.

TERUSKANLAH!
Ini adalah amaran, bukan keizinan. Teruskan dengan berhati-hati.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.


MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki.

MENGELUH YANG KUAT
Bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

DIAM YANG BERPANJANGAN
Lebih baik anda memikirkan ia dengan segera sebelum dia menuturkan apa-apa terlebih dahulu.

APA DIA?
Dia sebenarnya mendengar percakapan anda dengan jelas, cuma dia berharap anda tidak benar-benar katakan perkara tersebut.

AWAK DENGAR KE TAK?
Orang perempuan dapat lihat yang anda sebenarnya tidak menumpukan perhatian kepada mereka, jadi anda sebenarnya sudah pun berada dalam masalah yang memerlukan anda berterus terang dengan berkata 'TIDAK'.


OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.


JANGAN BIMBANG, SAYA BOLEH BUAT
Satu lagi kenyataan berbahaya, dan memang membimbangkan. Ini menunjukkan seorang perempuan telah meminta anda melakukan sesuatu tugas beberapa kali, tetapi kini melakukannya sendiri. Ini adalah tanda kekecewaan dan beliau melakukan tugas itu juga adalah suatu tanda protes!

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

APA-APA JELAH
Something is not right. Ini amat berbeza dengan 'TAKDE APA-APA', kerana 'TAKDE APA-APA' cuma bermakna perempuan merahsiakan seseatu dan mahu anda bersusah payah mengorek sendiri apakah APA-APA itu, tapi 'APA-APA JELAH' bermakna dia sudah malas sangat nak layan anda yang biasanya didahului dengan 'OKAYLAH' dan 'FINE'.

WHATEVER
Ini adalah peringkat 'APA-APA JELAH' yang lebih tinggi, maksudnya orang perempuan itu sudah memang malas sangat nak layan anda. Boleh tahan lagi jika dia cuma meletak tangan ke bahu, mencebik mulut dan mata ke atas. Lebih parah jika dia membuka tapak tangannya ke depan muka anda seolah2 dia menyuruh anda bercakap dengan tangan dia. Perkataan yang dia mahu dengar selepas perkataan ini hanyalah dengan anda meminta maaf kepadanya, selain itu tidak akan dilayan.


OH WOW!
Apa yang orang perempuan fikirkan biasanya penuh dengan sindiran dan bermaksud sebaliknya dengan apa yang anda fikirkan.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Dan akhir sekali...

K...
Jangan biarkan pertengkaran dengan perempuan berakhir dengan dia mengatakan 'K...' kerana anda akan menyesal. Dan dengan 'K', itu bermakna 'FUCK YOU'.


Complicated kan kami ni orang perempuan? :)


21 ulasan:

  1. no wonder la perempuan ni cth adik perempuan aku hari2 rasa nak tumbuk selamat muka dia comel klu x abis dah aku tabuh menyusahkan camni maleh aa kawen melecehkan puihhhhh aku pertama laaaa korang hade kah kah2 doh sorang boleh aku layan keloseran aku sorang2 haha2

    BalasPadam
    Balasan
    1. sejenis tak reti guna koma, titik, dan hala tuju dalam memberi komen.

      Padam
    2. kebarangkalian untuk kenyataan di atas menjadi BENAR ialah masih sama dengan kebarangkalian seorang perempuan untuk mati. Ini disandarkan pada teori Machiavelli yang pernah berhadapan dengan perempuan sejenis ini dan akhirnya beliau mendapat ilham bahawa perempuan = tunggul kayu. Namun demikian along the way, akan ada dua tiga atau mungkin satu orang perempuan yang akan menjadi pengimbang, kayu ukur dan dianggap sebagai messiah yang akan menyelamatkan spesis perempuan seluruhnya dari jahanam. Inilah contoh-contoh akhir zaman di mana kebarangkalian perempuan menjadi kayu api neraka jahannam telah dinyatakan dalam banyak hadith soheh lagi ahsan yang mengatakan bahawa hadith-hadith ini ialah muktabar dan wajib diterimapakai. Sekian...ada pertanyaan sila email pergimati@yahudi.com

      Padam
    3. Shrek is love,Shrek is life21 Januari 2015 7:43 PG

      Aku x berapa paham ayat ko seriously. Apasal ko tulis seolah-olah ko nak kawin dgn adik KO?

      Padam
    4. kan?
      aku try hard gila baca ayat seriously.
      butang keyboard kau dah hilang eh?

      Padam
    5. apa ko merapu ni ha debed?

      Padam
    6. aku mintak maaf, aku tak ada daya dan upaya untuk bagi kau faham sebab kau memilih untuk tidak faham...Laa haulawalaa quwwata illa billa hil aliyyul adzeem (ayat harfiah)

      warkah aku buat engkau

      http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/01/perempuan-tunggul-kayu-kata-kau.html

      Padam
    7. ramainya orang gila diatas ni hurmmm x reti nak berkoma tanda soal

      Padam
    8. ProooOOOOoooootttTT d muka sirosli. Arh legaaa..

      Padam
  2. Shrek is love,Shrek is life21 Januari 2015 7:47 PG

    Dah sendiri sedar korang ckp berbelit-belit apa salahnya kalau ckp straight forward shj. Kan x menyusahkan semua org. Hidup nak merumitkan org lain buat apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu namanya fitrah... Tuhan jadikan lelaki & perempuan tu berbeza.. kalo ko nk org perempuan sifat dia mcm lelaki, baik ko jadi gay je

      Padam
  3. amendenyernih..??

    BalasPadam
  4. eh?
    yeke?
    tak semua respon macam ni. segelintir sahaja.

    BalasPadam
  5. Ckap pun brblit...nk org fham

    BalasPadam
  6. Org pompuan ni kdg2 mmg susah nak paham…. Contoh:

    L : awak dah makan?
    P : blom.. lapar la…
    L : jom gi makan… awak nak makan apa?
    P : tak kisah la.. apa2 pun bole.. lapar ni..
    L : kita gi makan nasi campur ok?
    P : boring la.. asyik nasi campur je..
    L : kita makan fast food la..
    P : tak kenyang la makan fast food ni..
    L : kalau camtu… kita makan kat kedai seafood/tomyam…
    P : hari ni tak de selera nak makan kat kedai seafood/tomyam…
    L : kita gi kedai mamak..??
    P : nak makan apa kat kedai mamak..?? tak nak la…
    L : western food?
    P : baru semlm makan…
    L : abis tu.. awak nak makan apa..??
    P : tak kisah la apa2.. ikut awak la…

    BalasPadam
  7. hahahah..lawak kot tapi betul.haha.tersenyum2 bc ni.hehe

    BalasPadam
  8. jika diikuti beberapa kelas2 agama di youtube.. perempuan ni adalah penipu... betul, tanyalah mana2 ustaz sekalipun, memang perempuan adalah penipu.. apa yg perlu lelaki buat ialah bersabar dan terus bersabar..

    sebab itulah perempuan kene ada pasangan untuk menjaganya.. bagi yang tak ada penjaga, lihatlah saja akhlak2 artis wanita yg belum kawin.. ada beza dgn yg dah berkahwin.. yg menjanda.. lihat camana mereka hidup dan bermuamalah.. tambah2 yg pegang jawatan besar..

    tuan2 boleh baca sendiri.. hampir keseluruhan kitab2 muktabar membincangkan sifat2 perempuan yg kuat menipu..kerana spesis ini tak kiralah ibu ka..mak ka tok nek ka.. memang perempuan wanita kene ada lelaki yg kawal.. rosak pompuan maka rosaklah sesuatu kaum..

    jadi kaum lelaki kena banyak bersabar.. setakat itu sajalah saya mampu ingatkan diri saya dan rakan2.. memang semua manusia tak sempurna.. tapi ini pesan ustat2 ya.. buka saya merapu sensorang.. jadi sebagai lelaki, banyakkan bersabar.. buat taktau jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perempuan adalah penipu? Ni termasuk mak kau sekali la ek? Hm..

      Padam
    2. cara mak ko layan ko lain cara mak ko layan bapak ko, ngan ko mesti la dia cakap leklok kdg2 mak ko menipu sekali sekala pun ada sebb mls layan ko yang tak habis mak mek mak mek jepenat mak ko layan ko haha2

      Padam
  9. Ini baru mukadimah kepada prakata untuk bab introduction dalam buku 'MEMAHAMI WANITA' setebal 2000 mukasurat jilid pertama daripada 233 jilid edisi kompak dan rumusan ringkas.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...