Iklan Leaderboard

Ahad, 4 September 2016

10 Hukum orang lain dengan memalukannya di Internet

Ada seorang lelaki, hadir ke pejabat kerajaan untuk membuat urusan rasmi. Sampainya dia di pejabat kerajaan tersebut, pak guard memberi kertas nombor giliran yang dia dah siap-siap tekan. Lelaki itu pun duduk kerana ingatkan nombor gilirannya lambat lagi, tapi bila dia tengok di skrin nombor giliran, nombor dia dah pun keluar.

Dia pun terus bergegas ke kaunter yang berkaitan, dan petugas wanita yang menjaga kaunter tersebut pun menegur "Tadi nombor panggil encik tido ke?" dengan nada sinis dan mimik muka yang menjengkelkan. Lelaki itu pun membalas, "Cakap baik-baik la. Aku baru je sampai, pak guard depan tu bagi kat aku nombor ni". Kemudian petugas wanita itu buat muka dan tidak meminta maaf pun.

Gambar hiasan

Dalam hal ini, lelaki tersebut sebenarnya mempunyai 3 pilihan wajar.

1. Basuh cukup-cukup petugas wanita tersebut di situ.
2. Panggil ketua atau supervisor dia dan beritahu apa yang sudah berlaku.
3. Laporkan kepada Biro Pengaduan Awam dan laporkan layanan buruk yang diterima.

Malangnya, lelaki tersebut memilih untuk melakukan tindakan yang tidak wajar, iaitu mengambil gambar petugas wanita tersebut, buat page kat FB dan viralkan insiden tersebut di media sosial.

Ramai orang benci kerajaan. Ramai juga orang yang skeptikal kepada pekerja gomen. Pekerja gomen sering dikaitkan dengan sikap malas, kuat mengular, tak berdisiplin, suka keluar minum pukul 10, tak produktif, tak efektif, kuat makan rasuah dan macam-macam lagi hal negatif. Aku juga faham memang wujud kakitangan kerajaan yang tak mesra, garang, muka ketat, mulut laser dan sebagainya.

Disebabkan itu penjawat awam memang dah biasa menjadi sasaran rakyat untuk diviralkan. Cikgu, doktor, jururawat, polis, petugas kaunter, antara profesion kakitangan awam yang sering menjadi mangsa viral. Ada sahaja yang salah, ada sahaja yang tak kena.

Walaupun rakyat sebenarnya boleh menbuat laporan melalui saluran yang betul, namun rakyat masih memilih untuk membuat hukuman sendiri dengan menjadi vigilante Internet dengan memviralkan di media sosial agar mangsa dihukum dengan teruk oleh netizen lalu menjadi malu dan sedar.

Ya, memang tak dinafikan cara ini memang berkesan. Memalukan orang di Internet atau public shaming memang sangat berkesan untuk memberi pengajaran kepada mangsa. Modus operandi yang sama pun dilakukan oleh Amran Fans, page KHK dan juga page-page sebar aib yang lain.

Namun tahukah anda mangsa kepada public shaming ini bukan sekadar mendapat pengajaran, malah mangsa dan keluarganya turut menanggung malu yang teramat sangat, boleh mengundang ugutan dan ancaman teruk kepada mangsa, memberi tekanan dan depresi teruk kepada mangsa serta risiko-risiko lain seperti risiko kehilangan kerja dan lain-lain yang kita tak mungkin jangka, seperti kecenderungan membunuh diri dan sebagainya.

Masalah antara kita dan seseorang, biar kita selesaikan sendiri dengannya. Kita tiada hak untuk memalukan sesiapa di Internet sehingga menyebabkan orang lain yang tiada kaitan pun masuk campur dan terlibat sama menghukum.

Kau cakap cuba bayangkan kalau mak bapak korang kena macam kau...


Ok cuba bayangkan mak bapak kau kena viral dan dimalukan di media sosial, apa perasan kau?

Dan ini pula antara komen-komen dari netizen tentang isu ini.


Ini baru sikit. Kau rasa komen-komen macam ni memang untuk mendidik dan nasihat ke?

Tidak, ia hanya sekadar untuk mengutuk, memaki, menghina dan melucah. Habis semua dinilai dari rupa sampailah perangai macamlah kita semua kenal mangsa dan berada di tempat kejadian. Kita semua rasa wanita itu tidak mesra pelanggan, tapi kau tengok komen-komen di atas, apa bezanya dengan kita? Malah jauh lebih teruk dan jijik lagi!

Dan yang paling utama, adakah kita tahu yang cerita ini diceritakan sebetul-betulnya? Mungkin ada sesuatu yang tidak diceritakan agar kita rasa memang 100% lelaki ini betul dan pekerja wanita itu salah. Malah kita hanya dengar cerita ini dari satu sisi sahaja dan wanita tersebut tidak berpeluang pun untuk membela dirinya. Adakah kau masih rasa perbuatan memalukan wanita itu adil dan wajar?

Orang malaysia kalau bab menghukum memang nombor satu.... memang nombor satu. Kita memang pakar dalam menghukum orang, biarlah kita tiada kaitan dan tak terlibat langsung dengan orang itu. Kita menghukum orang betapa salahnya orang itu, tapi tak sedar ayat kita mencerminkan yang kita ini jauh lebih teruk dari itu.

Mereka menulis komen bukan kerana mahu memberi nasihat, tetapi hanya mahu memuaskan hati mereka sahaja, sekadar mahu membuli orang di media sosial, sekadar memaparkan betapa mereka benci kepada penjawat awam. Apa nilai yang kita dapat dari komen-komen seperti itu?

Tiada apa-apa. Kosong. Sampah.

Kepada orang yang suka viral dan memalukan orang lain di media sosial, tahniahlah... anda dah menang untuk isu ini di Internet. Anda berjaya menunjukkan sikap buruk anda dan memaparkan sikap buruk orang lain. Ambillah kemenangan ini. Rasailah kepuasan kemenangan anda ini. Bergembiralah... berbanggalah kerana anda berjaya memalukan, menghancurkan dan memusnahkan kehidupan orang lain. Ceritakanlah kejayaan besar anda ini kepada cucu cicit anda nanti.

Baca juga artikel ini - "Implikasi memburukkan orang lain di media sosial".


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: page hati-hati dengan staff pegawai penjawat kakitangan pekerja awam kerajaan gomen jpj kaunter perempuan wanita uniform viral tidak mesra

10 ulasan:

  1. sedih2 apa nak jadi.... tapi ak pernh kena mcm ni in real life... ak buat donno je dan hanya membalas.... kay.

    BalasPadam
  2. Jibai punya komen. Siap atack peribadi xmandi xdpt btg pokemak semua wat the hell with u people?.

    Amik gambar muka & sebar utk tujuan mengaibkan lg2 dlm premis krajaan sebenarnya di boleh didakwa bawah akta komunikasi if pempuan tu buat repot polis.

    Sebelum nak viral fikir la kesan dia. Mmg hati kau puas ramai yg attack serang maki dia. Tapi apa guna kalo ko bermalam dlm kandang besi..

    BalasPadam
  3. Biase je la..org malaysia menyokong konsep "Biar rakyat menjadi hakim"...so segala caci maki dihalalkan sbb org 2 nmpk salah, x salah kita kondem dia kaw2..tula mentaliti org kita.

    X ramai antara kita yg suka memberi komen membina..pasal isu viral ni pun biase la, dah ada medium yg hebat senang nak viral benda2 kecik mcm ni. Order nasi goreng kampung lambat 5 min pun diviralkan...

    BalasPadam
  4. Yup.. Satu masalah mental org sekarang, mengadu di tempat yang salah.

    BalasPadam
  5. mungkin kakitangan tu tengah tertekan bos tak bagi balik sedangkan anaknya/bapaknya emergency masuk hospital.....tak tau boleh diselamatkan atau tidak.... tegur berdepan tak berani cuma berani malukan org di alam maya sahaja......

    BalasPadam
  6. Entahlah. Aku rasakan negara kita ramai yang hatinya busuk, nama sahaja Islam, tidak kira ustaz ke apa ke sama sahaja.

    BalasPadam
  7. mungkin pilihan nombor 4 lebih memberi kesan katanya..

    BalasPadam
  8. Kebanyakkan masyarakat Malaysia fikirannya lebih kepada negatif amat kurang yang berfikiran positif.

    Kesian kaki-kaki viral nih! kurang kasih sayang kot.

    BalasPadam
  9. Iman akan menjadi benteng tindakan seseorang. Punca utama adalah pada Iman.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...