Iklan Leaderboard

Jumaat, 30 September 2016

10 Kisah benar maduku itu sahabat baikku

Atas dasar kasih dan sayang terhadap sahabatnya yang juga dianggap kakak, ahli perniagaan, Ida Nirwana Marzuki memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan wanita itu sebagai madunya.

Ida, 26, berkata, madunya, Norinie Rahmad, 35, yang juga yatim piatu disifatkannya sebagai pilihan terbaik untuk berkongsi kasih dengan suaminya.

Katanya, dia sendiri memujuk suaminya, Nurul Hakim Mohd Kusaini, 32, menerima Norinie.


"Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie hanya rakan berniaga.

"Suami memaklumkan supaya diberi masa untuk berfikir. Dalam tempoh itu juga, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak menjadi fitnah orang lain dan rasa tanggungjawab seorang sahabat," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, dia bersyukur suaminya akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan rakannya itu.

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Daripada merisik, bertunang sehinggalan kepada majlis akad nikah diadakan semalam (Rabu) pada 11 pagi di Masjid As-Syakirin, Desa Petaling dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta saudara-mara.

"Penerimaan keluarga juga baik dan tiada sebarang masalah malah anak lelaki saya berusia tiga tahun juga sangat rapat dan manja dengan madu saya sehingga memanggil madu saya dengan nama 'didi'.

"Kami bercadang untuk tinggal serumah iaitu di kediaman saya dan suami di Taman Permaisuri, Cheras dalam masa terdekat ini," katanya.

Menceritakan detik perkenalan bersama madunya, katanya, dia mengenalinya awal Mei tahun lalu ketika menghadiri kursus yang menawarkan perundingan imej di sebuah hotel di ibu negara.

"Sejak itu hampir setiap hari, saya, madu dan suami keluar bersama. Selain menjadi rakan perniagaan, hubungan itu semakin rapat bukan hanya sekadar sahabat tetapi seperti kakak sendiri.

"Sepanjang tempoh lebih setahun ini, kami turut berkongsi mengenai kehidupan masing-masing apatah lagi saya juga sudah berpindah ke Cheras, berdekatan dengan kediaman madu. Jadi, hampir setiap hari kami meluangkan masa bersama," katanya.

Katanya, madunya juga baru kehilangan ibu tersayang pada Mei 2016 selain adik beradik yang lain sudah membawa haluan masing-masing selepas berkahwin.

"Dari situ, timbul simpati memandangkan madu hidup seorang diri di Kuala Lumpur. Saya mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup saya menyebabkan saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai madu.

"Saya mengambil masa selama lebih dua bulan untuk melamarnya dan tidak ada sedikit pun perasaan sedih malah teruja kerana apa yang dilakukan memang di atas kerelaan hati saya.

"Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, saya kini semakin bahagia biarpun terpaksa berkongsi kasih," katanya.

Sumber dari Harian Metro.

* * * * * * * * * *

Keluar berita ni kat FB, ramai lelaki yang berangan nak tag isteri masing-masing dan tanya ada sahabat tak yang belum kahwin untuk dibuat bini.

Aku pula kongsikan berita ini bukan sebab aku nak kahwin 2 ke apa, tapi kerana kisahnya lebih kurang sama dengan komik yang aku pernah tulis dulu untuk pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2015 anjuran Mat Komik pada tahun lepas yang bertajuk "Antara Cinta & Sahabat".


Boleh baca cerita komik ini sepenuhnya di sini - http://www.matkomik.com/2015/11/antara-cinta-sahabat-oleh-prince-of.html.

Baca juga cerita ini dari sudut pandang ketiga-tiga watak - "Antara Cinta dan Sahabat: The Alternate".

Kalau nak baca dalam buku bercetak, boleh dapatkan komik "Aku, Kau dan Cinta #3" terbitan KomikM yang berada di kedai-kedai buku sekarang.



Tajuk asal cerita ini pun sebenarnya aku nak letak "Maduku Sahabat Baikku", tetapi nanti cerita spoil pula sebab tajuk awal-awal dah beritahu yang sahabat baiknya akan menjadi madu, maka aku pilihlah tajuk lain.

Tapi tulah, aku ingat hal macam ni boleh berlaku dalam imaginasi dan fiksyen je, rupa-rupanya ada juga yang benar-benar terjadi walaupun sangat sedikit dan terpencil. Cuma bezanya yang berita ni isteri pertama mahu suami dia kahwin dengan sahabat baik dia, cerita komik aku tu diorang kahwin serentak je terus haha.

Apa-apa pun semoga perkahwinan kekal bahagia hingga ke jannah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: sahabatku baikku maduku kisah benar jadi realiti komik antara cinta sahabat

10 ulasan:

  1. Bukan senang seorang isteri ingin melamar wanita lain untuk jadi madunya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PENJUAL AIR LIUR) Selain UM, dua lagi universiti nafi anugerah PhD kepada Azizan


      Bila penceramah motivasi terkenal
      Azizan Osman menerima ijazah kehormat Universiti Malaya (UM) dan siapa yang menyerahkan padanya?
      Soalan itu dibangkitkan oleh bekas naib canselor UM Tan Sri Ghauth Jasmon, susulan kontroversi ijazah kehormat doktor keusahawanan yang dikatakan diberi kepada Azizan.
      “Saya ingin penjelasan dari Azizan Osman bilakah tarikh beliau naik ke pentas terima ijazah kehormat ini?
      “Siapakah tuanku canselor UM yang menyampaikan skrol pada Azizan dalam upacara konvokesyen itu?
      “Dengan kedua-dua maklumat ini kita boleh semak dengan mudah,” tulis naib canselor kesepuluh UM itu di Facebook.
      Bagi menjawab kekeliruan, UM semalam menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah kehormat itu kepada Azizan.
      Selain UM, Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) juga menafikan nama Azizan Osman tersenarai dalam penerima yang dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.
      Portal Berita Harian Online, memetik jurucakap universiti itu berkata, semakan mendapati tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti didakwa.
      "Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM," katanya.
      IUKL pula dalam satu kenyataan media mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan Osman.
      "Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman.
      "Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut," kata kenyataan itu hari ini.
      Syarikat Azizan, Richworks International Sdn Bhd, dalam kenyataan balasnya beberapa jam selepas itu menuntut penjelasan lanjut dan berkata mengambil serius berkaitan penafian itu.
      Ia bagaimanapun tidak mengesah atau menafikan secara langsung kenyataan itu.

      Semakan Malaysiakini setakat petang semalam mendapati laman web Richworks memperkenalkan Azizan diperkenal sebagai pemilik “PhD (Hon) Entrepreneurship (UM)”.

      Azizan turut terkenal sebagai usahawan dan penulis.
      Malah, beliau dikatakan pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar motivasi terbesar di Malaysia.

      celahgelegar at 7:24 PM

      Padam
  2. Laki mu..laki ku jua..aduhh noob jgn brrkhayal plk..prOoTt🐷🐷

    BalasPadam
  3. Peh sedap laa laki dia woi. Malam2 dpt seks dua2 bini skaligus. In other words.. threesome oppoturnity detected hewhewhewhew(gelak style paiz berahi).

    -ted GAYnoff-

    BalasPadam
  4. Wahh..ko gay pun nk threesome..muntah hijo noob..sedap sgt kee toron juboq nii..apasal gay bdn sado2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProoOoootttT preeEttT!

      -gaynouTantei-

      Padam
  5. harap PoN ulas psl azizan phd. ko layak bg pendapat,bg aku laa. aku respek psl ko x bias.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pon dah kehabisan idea setelah diburu ramai wanita @fanclubgaydepan setelah membongkar identiti sendiri..

      -prince of nasrul-

      Padam
  6. Untung la....puas dpt 2 isteri tp jgn lupa tanggungjawab pun x 2 gak. Tp kalau mcm P.Ramlee ckp, kalau isteri no 1 merajuk, leh gi rumah no 2. Hikhik...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...