Tujuh keping karikatur Kak Ros dimuat naik ke dalam sebuah laman web perkongsian seni reka grafik yang telah diubah dan dilukis semula secara digital dengan menggambarkan wataknya berpakaian seksi, malah ada seolah-olah tidak mengenakan sebarang pakaian dengan keterangan tidak senonoh.
Sejak dimuat naik 3 Julai lepas, gambar itu yang telah diakses lebih 4,000 pengunjung laman sesawang tersebut, dikhuatiri boleh 'meracuni' pemikiran kanak-kanak melalui penerapan unsur lucah pada watak animasi kegemaran mereka itu.
Mengulas perkara itu, seorang ibu Alya Nadirah, 23, menyatakan kegusaran sekiranya pihak terbabit berjaya memuat naik video atau karikatur berunsur lucah itu dalam laman sosial seperti YouTube yang sering diakses kanak-kanak.
"Saya tak sangka dan terkejut kerana Upin dan Ipin yang ditonton semua lapisan masyarakat telah dimanipulasi mereka yang berniat jahat. Sekiranya berterusan, ia pasti akan menimbulkan pelbagai masalah sosial kerana mereka (kanak-kanak) mudah terpengaruh dengan adegan dipaparkan sehingga mempraktikannya," kata beliau.
Nawawi Nordin, 34, pula menyifatkan tindakan mengeksploitasi watak Kak Ros itu mengaibkan kaum wanita kampung yang penuh dengan ciri-ciri kesopanan.
"Watak Kak Ros yang ditampilkan dalam siri animasi ini memang memaparkan ciri-ciri ketimuran dan adat Melayu seperti pemakaian baju kurung.
"Sekiranya karikatur itu tersebar, ia mencalarkan imej wanita Melayu yang ditampilkan dalam siri animasi itu," kata bapa kepada dua anak lelaki berusia dua dan empat tahun itu.
Upin dan Ipin merupakan sebuah siri animasi tempatan yang telah melonjak nama negara di pentas animasi antarabangsa kerana penghasilannya berjaya menembusi negara seperti Turki, Korea Selatan dan Hong Kong.
Siri animasi itu mengisahkan sepasang kembar berusia lima tahun yang menjalani kehidupan seharian bersama kakak (Kak Ros), nenek dan rakan-rakannya di sebuah kampung.
Dalam pada itu, Ketua Media Baru dan Perhubungan Awam Les' Copaque Production Sdn Bhd, Mohd Zarin Abdul Karim berkata syarikatnya tidak terlibat dengan sebarang penghasilan karikatur mahupun video Upin dan Ipin yang bertentangan dengan undang-undang.
"Kami tiada kaitan dengan penghasilan sebarang siri animasi yang mempunyai kesan negatif terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak.
"Namun, pemantauan di internet terutamanya laman sosial, sentiasa kami lakukan dari semasa ke semasa bagi mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab ini daripada terus menyebarkan perkara negatif," katanya kepada Bernama.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Law Hong Soon berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dilihat cuba merosakkan masyarakat terutamanya kanak-kanak melalui penyebaran bahan pornografi.
Bagaimanapun, katanya polis akan melihat dahulu sama ada kandungan karikatur yang di muat naik ke laman sesawang itu mempunyai unsur negatif terhadap masyarakat sebelum mengambil sebarang tindakan.
"Mereka yang bersalah akan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki atau menyebarkan bahan lucah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mana-mana pihak yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sumber laporan Sinar Harian. Baca juga "SKMM siasat pihak eksploitasi watak 'kak Ros'".
* * * * * * * * * *
Hentai.Ecchi.
Kepada yang minat melukis, suka baca komik Jepun dan anime Jepun, istilah ini pasti bukan asing lagi. Ia merujuk kepada komik/kartun yang lucah (hentai) atau seksi/nakal (ecchi). Kategori seumpama yang lain adalah seperti yaoi (hubungan gay) dan yuri (hubungan lesbian).
Di Jepun, US dan negara-negara barat moden yang lain, komik dan kartun lucah ini bukanlah suatu yang asing dan salah bagi mereka. Malah ada yang menganggap hal lucah seperti lukisan perempuan bogel itu sebagai suatu hasil seni karya.
Dulu aku pernah tulis tentang cikgu Ellen Baker, watak guru perempuan di buku teks Bahasa Inggeris kanak-kanak di Jepun yang menjadi mangsa ekploitasi kelucahan kaum lelaki di seluruh dunia. Aku tak sangka pula di watak kartun Malaysia seperti cerita Upin Ipin juga ada orang yang sanggup ekploitasi menjadi bahan lucah.
Malangnya, industri kartun lucah di Malaysia ini bukanlah benda yang baru. Budaya minat kepada kartun-kartun lucah ini sudah lama masuk ke Malaysia, dan lebih malang ia turut dihasilkan oleh segelintir pelukis amatur di Malaysia sehingga ada yang menghasilkan doujinshi/fanfiction lucah berdasarkan watak-watak komik/kartun sedia ada.
Aku pernah jumpa di Facebook ada pelukis muda yang masih belajar di sekolah suka melukis gambar perempuan-perempuan seksi malah sampai ke tahap lucah tanpa rasa bersalah. Itu belum lagi di laman perkongsian seni lukis Deviantart, berlambak-lambak lukisan kartun perempuan lucah dilukis oleh pelukis lelaki dan kartun lelaki gay dilukis oleh pelukis perempuan.
Malah ada yang buat duit pun dengan menjual kartun perempuan lucah berhijab di Internet seperti yang dilaporkan di berita beberapa bulan lepas ini - "Padah jual gambar kartun lucah di laman web".
Serius aku macam tak sangka kita sebagai orang Melayu dan beragama Islam, sanggup mencari rezeki dengan cara ini. Dan tak sangka juga ada ramai orang yang suka dan sanggup bayar untuk membeli kartun-kartun lucah ini. Baca juga - "Remaja obses komik cenderung baca komik lucah".
Aku tak nak komen banyak, cuma aku sedih. Sedih sebab bakat besar yang mereka ada, digunakan untuk jalan yang salah, macam dah tak boleh fikir baik buruk halal haram. Kalaulah aku ada bakat seperti itu, aku pasti akan gunakan bakat aku sebaik-baiknya untuk membuat komik agar dapat menyebar mesej kebaikan dan memberi inspirasi yang berguna kepada orang ramai.
Malangnya... bakat itu bukan milik aku...
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: kak ros upin ipin mangsa ekploitasi lucah seksi edit gambar deviantart skmm gazelleone net jual kartun perempuan wanita bogel hijab tudung melayu tangkap dakwa hentai ecchi
when fan made became so popular... bahaya gak lapor ni cuma tambah orang google gambar2 kak ros dr pada report pasal ni baik hunt dan hapuskan...apapun jadi mangsa mcm ellen barker gak... kesian..
BalasPadamPrOoTt.. Arghh leganya..yaa noob kartun2 sekarang kadang2 boleh menaikkn nafsu..apatahlagi kartun dari jepun yg penuh imaginasi tuu..budak2 senang jee nk lawati sebab segalanya dihujung jari..oh ya noob try tgk blog nii ZOHENTAI..memang memcabar hawa nafsu noob...
PadamBodo la lu kedepan
PadamMakin menjadi-jadi dah kes lucah dan pemikiran kuning dikalangan orang melayu kita sendiri..makin lama makin jauh daripada agama ISLAM>>
BalasPadamIkhlas dari
AlongMisuari.com
[PENYELIDIK TIADA DANA UNTUK KAJI VIRUS ZIKA] Berpunca daripada Potongan Peruntukan kepada Universiti
BalasPadamSatu kajian yang dijalankan ke atas tikus baru-baru ini menunjukkan sel otak orang dewasa juga berisiko mengalami kerosakan, namun penyelidik tempatan hanya mampu menunggu hasil kajian dari luar negara kerana mendakwa kekurangan dana untuk menjalankan penyelidikan sendiri.
Bulan lalu, Science News melaporkan penemuan saintis di The Rockefeller University dan Institut Alergi dan Imunologi La Jolla mencadangkan sel otak orang dewasa yang mempunyai sistem imun lemah mungkin lebih mudah terdedah kepada jangkitan virus Zika yang dikaitkan dengan kemerosotan kognitif dalam otak seperti kemurungan dan penyakit Alzheimer.
Pakar virologi dari Universiti Malaya, Prof Dr Sazaly Abu Bakar yang dipetik The Star Online berkata, banyak virus yang menjangkiti otak tikus tidak menjangkiti otak manusia kerana manusia mempunyai sawar darah otak berbeza.
Sehubungan itu, beliau berkata, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk menentukan sama ada virus Zika cenderung menjangkiti otak manusia, bagaimanapun penyelidik tempatan tidak dapat berbuat apa-apa apabila pembiayaan dipotong secara drastik.
“Kerajaan tidak patut menghentikan pembiayaan untuk penyelidikan dalam penyakit berjangkit. Ketika ini, kami hanya boleh bergantung kepada kajian dari negara lain dan ini tidak baik kerana ia menjadikan kita lemah dan tidak bersiap siaga,” katanya.
Dr Sazaly berkata, sejak kes mikrosefali dikaitkan dengan virus Zika pada akhir tahun lalu, hampir tiada penyelidikan yang dilakukan supaya penduduk negara ini boleh bersedia menentang virus itu.
“Peralatan diagnostik makmal yang sesuai untuk kegunaan persekitaran kami perlu dibangunkan dan dinilai,” katanya yang menyeru perdana menteri mengkaji penambahan dana penyelidikan menerusi cadangan bajet tahun depan.
Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (Akademik dan Antarabangsa), Prof Awang Bulgiba Awang Mahmud dalam satu bengkel mengenai denggi baru-baru ini berkata, dana penyelidikan yang diperuntukkan kepada universiti dipotong sebanyak 60%.
“Tahun lalu, kami membelanjakan lebih RM100 juta untuk menjalankan penyelidikan dan tahun ini hanya RM40 juta, pengurangan lebih 60%. Untuk 2017, saya rasa ia tidak akan jadi lebih baik,” katanya sambil menambah, dana penyelidikan dikurangkan kerana ramai menganggap ia tidak penting.
Sementara itu, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Asma Ismail berkata, penyelidik di universiti mempunyai kapasiti dan keupayaan menjalankan penyelidikan mengenai virus Zika.
“Kami mengalu-alukan cadangan untuk penyelidikan sedemikian dan sentiasa bersedia membantu Kementerian Kesihatan dalam usaha menangani isu ini. Kini, kami mempunyai universiti yang menjalankan penyelidikan mengenai virus denggi dan nyamuk yang merupakan vektor utama virus Zika,” katanya.
Khamis lalu, Malaysia mencatatkan kes virus Zika pertama apabila seorang wanita dari Klang disahkan positif virus itu, selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos lalu.
Semalam, kes kedua jangkitan Zika disahkan apabila seorang lelaki berusia 61 tahun dari Likas, Sabah menjadi kes pertama jangkitan tempatan.
Warga emas itu juga adalah mangsa pertama jangkitan tempatan Zika yang meninggal dunia pada 5.30 petang semalam, akibat komplikasi jantung. - FMT
celahgelegar at 2:02 PM
Sayang bila bakat di salah gunakan..
BalasPadamOrg kita berbakat dlm bidang2 mcm ni...hiburan dan lucah perpisah tiada.
BalasPadamMana lucahnye..ok jer..klau Bleach tu lagi la melampau..tetek sume besar2..lagi one piece ..nami n nico robin...perghh mungil2 wa cakap sama lu ..kalau ada yang reality pastu aku nose bleed mcm sanji..
BalasPadamAku tak letak gambar yang lucahnya tu. Kalau nak tengok cari sendiri.
PadamMemang celakalah siapa yg buat tu. Rosak imej animasi Malaysia. Dengan ilustrasi pun sangap, aku benci eksploitasi.
BalasPadam