Iklan Leaderboard

Khamis, 29 September 2016

2 Netizen jadi hakim bagi masalah rumahtangga anda

Baru-baru ini banyak betul masalah dan hal berkaitan rumahtangga viral di media sosia. Tentang video isteri seorang pelawak kantoi berkhalwat di rumah lelaki lain, video seorang wanita yang memukul skandal suaminya yang dalam keadaan berbogel dengan botol araklah, video rebut anak oleh bekas isteri SM Faisal Nasimuddin di mahkamahlah, macam-macam.

Belum campur masalah-masalah rumahtangga yang dikongsikan di media sosial oleh suami atau isteri sehinggalah statusnya itu menjadi viral lalu dicedok oleh portal berita dan page popular untuk dijadikan bahan cerita dan sumber duit melalui iklan yang sangat banyak.


Aku dari dulu lagi agak jarang nak tulis dan komen tentang masalah rumahtangga orang lain. Bukan takde tapi sangat jarang.

Sebab apa?

Sebab aku malas nak masuk campur hal rumahtangga orang lain yang aku tak tahu hujung pangkal dan tak langsung tak kenal mereka. Cerita yang viral pula biasanya berat sebelah dan kita hanya dengar dari sebelah pihak sahaja.

Maka apa yang berlaku bila hal rumahtangga ini viral?

Berduyun-duyunlah portal berita dan page kongsi maklumat tu untuk dapatkan banyak pageviews.
Berduyun-duyunlah duit mereka dapat hasil cerita masalah rumahtangga orang lain.
Berduyun-duyunlah netizen menjadi hakim dan menghukum si suami atau si isteri.
Berduyun-duyunlah orang memberi pendapat sana sini.

Berduyun-duyunlah orang menjadi pakar motivasi rumahtangga.
Berduyun-duyunlah orang bersimpati pada orang yang salah.
Berduyun-duyunlah teori dan fitnah berleluasa.
Berduyun-duyunlah aib sana sini.

So tolong.

Apa-apahal berkaitan hal dan masalah rumahtangga, selesaikan sesama sendiri. Cuba minta bantuan dan nasihat daripada keluarga, rakan terdekat atau jabatan agama jika perlu.

Tak perlulah melibatkan netizen yang tak tahu hujung pangkal untuk jadi hakim kepada masalah rumahtangga korang.

Tak kiralah yang menjadi mangsa itu di pihak suami, atau pun pihak isteri, tak perlu memburuk dan memalukan pasangan atau bekas pasangan di Internet semata-mata nak mendapat pembelaan dan simpati dari netizen yang langsung tak tahu cerita dan takde kaitan.

Jangan bagi orang lain mengaut dan memperoleh keuntungan hasil menjaja masalah rumahtangga korang. Bayangkan korang sedih-sedih, sakit hati bagai, hanya untuk mereka dapat duit.

Ingatlah, masa korang bercinta berkahwin dulu, takde pun libatkan netizen dalam percintaan dan perkahwinan korang kan? So tolong, tolong jangan viralkan masalah rumahtangga korang.

Dan yang lain pun, jangan nak sibuk sangat jaga hal rumahtangga orang yang korang tak kenal boleh tak? Siap rakam video dan post kat Facebook bagai.

Mendapat sokongan dan simpati yang banyak di Internet tidak menjustifikasikan yang kau itu betul.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: isteri suami masalah rumahtangga gaduh khalwat video pelakon pelawak along cham zira af nadia nordin pukul perempuan wanita bogel skandal botol arak sm faisal nasimuddin emilia hanafi bekas rebut anak perintah mahkamah

2 ulasan:

  1. Bawal Haruan... something fishy..

    BalasPadam
  2. Kalau pentingkan ego..jd la mcm ni. Yg paling sedih, cerita dalam kain pun nak cite semata2 nak tegakkan keadilan.

    Dlm hidup bekeluarga kena byk toleransi n kasih sayang. Xleh nak tegakkan keadillan 100%, kena byk give n take. Paling penting, utamakan tanggungjawab drpd hak anda.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...