Jumaat, 23 September 2016

5 Henti viralkan kebodohan dan kesalahan sendiri

Dah banyak kali berlaku hal seperti ini. Bila berlaku suatu benda yang kita rasa salah atau tak kena di mata kita, perkara pertama yang kita buat adalah ambil gambar atau rakam video, lepas tu upload di media sosial untuk diviralkan, dengan harapan orang akan mempertahankan kita dan menghukum orang yang kita rasa salah.

Walaupun suatu perkara itu hanya melibatkan kita dan seseorang yang lain, tapi kita rasa kita perlu libatkan netizen lain yang langsung takde kaitan untuk menjustifikasikan tindakan kita itu adalah betul dan kebenaran berpihak kepada kita. Malangnya, kebanyakan isu yang diviralkan hanya akhirnya memperlihat dan menyerlahkan kebodohan sendiri sahaja.


Seperti kes baru-baru ini yang dikongsi di FB page The Dressar & Co ini, ada orang marah sebab parking dia kena block dengan kereta seorang doktor di hospital, lalu merakam gambar dan cuba memviralkan di Facebook. Namun akhirnya perbuatannya memakan dirinya kembali apabila rupa-rupanya dia yang salah kerana telah meletak kereta di parking khas untuk doktor tersebut.

Kes macam ni sebenarnya dah banyak sangat berlaku seperti artikel-artikel yang aku dah tulis seperti di bawah tu. Kita viralkan sesuatu konon nak meraih simpati, mahu orang lain sokong tindakan kita dan menjadi hakim dengan menghukum orang lain, sekali rupa-rupanya kita yang salah.

Kalau dah salah, salah tu simpan sendiri jangan salahkan orang lain.
Kalau dah silap, silap tu simpan sendiri jangan sampai memalukan diri sendiri.
Kalau dah bodoh, bodoh tu simpan sendiri jangan libatkan orang lain.
Kalau dah bebal, bebal tu simpan sendiri tak perlu tunjuk kat orang lain.

Sebab tu setiap kali rasa nak viralkan sesuatu, tanya dulu diri kita dan pastikan betul-betul yang ianya salah kita ke salah dia? Dia yang bodoh ke aku yang bodoh? Kalau kita yang salah, kalau kita yang bodoh, duduklah diam-diam sahaja dengan rasa kesal.

Baca isu-isu berkaitan sebelum ini:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: henti viral kebodohan kesalahan bodoh bebal sendiri parking kereta khas doktor kena blok block hospital

5 ulasan:

  1. penulis blog ni nasihar utk diri sendiri jugak, bagus la sedar diri!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab isu vape je pun, butthurt sampai sini. aku kutuk orang hisap vape ke, hisap rokok ke, hisap dadah ke, kalau korang nak hisap korang akan hisap jugak. penulisan aku tak akan menyebabkan kau berhenti hisap pun.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.