Kali ini DS Azmin pula terkena dakwaan yang sama, tapi kurang orang nak pertahankan apatah lagi nak turun ke jalanan menyokong beliau.
Yelah, kali ni nak lawan siapa pun tak tahu, beliau masih dalam kerajaan, yang terlibat-terlibat pun dalam parti memerintah, pembangkang pun relaks makan pop corn je.
Aku sendiri walaupun aku ada pandangan dalam isu yang berprofail tinggi ini, namun biarlah aku simpan sendiri sebab perihal ini tiada kaitan dengan aku. Biarlah orang-orang yang berkaitan menyelesaikan masalah mereka sendiri.
Cuma nak tafsir kes ini sebenarnya mudah je, hanya ada 3 kemungkinan sahaja.
1. Kemungkinan pertama:
Haziq telah mengaku dia salah seorang pelaku, namun yang sebenarnya kedua-dua pelaku dalam video tersebut bukan Haziq dan DS Azmin sebaliknya orang lain yang seiras dengan kedua-duanya atau diedit menyerupai kedua-duanya. Jadi dalam hal ini Haziq menipu dan mengaku melakukan perbuatan gay pada video yang bukan dilakukan oleh dirinya dan DS Azmin.
Dalam kemungkinan ini, Haziq bersalah kerana menipu, memfitnah, dan juga bersalah kerana mengaku mengadakan hubungan semburit. DS Azmin pula difitnah dan tidak bersalah.
2. Kemungkinan kedua:
Haziq telah mengaku dia salah seorang pelaku, dan yang sebenarnya dia memang salah seorang pelaku dalam video, namun pasangannya bukanlah DS Azmin. Jadi dalam hal ini Haziq bercakap benar bahawa dia pelaku, namun menipu apabila berkata pasangannya adalah DS Azmin, hakikatnya hanyalah orang lain yang seiras atau diedit menyerupai DS Azmin .
Dalam kemungkinan ini, Haziq bersalah kerana memfitnah dan mengadakan hubungan semburit. DS Azmin pula difitnah dan tidak bersalah.
3. Kemungkinan ketiga:
Haziq telah mengaku dia salah seorang pelaku, dan yang sebenarnya dia memang salah seorang pelaku dalam video, dan pasangannya memang DS Azmin. Jadi dalam hal ini Haziq bercakap benar bahawa dia dan DS Azmin adalah pelaku dalam video tersebut, dan DS Azmin yang tidak mengaku dan menipu.
Dalam kemungkinan ini, Haziq tidak bersalah kerana bercakap benar, namun tetap bersalah kerana mengadakan hubungan semburit. DS Azmin pula juga bersalah kerana mengadakan hubungan semburit.
Walau apa pun antara 3 kemungkinan ini, Haziq tetap bersalah sebab mengaku melakukan hubungan semburit, namun DS Azmin tidak bersalah dalam 2 kemungkinan dan hanya bersalah dalam 1 kemungkinan.
Cuma fitnah atau tidak, biarlah diadili di mahkamah. Selagi tiada keputusan bersalah atau tidak dari mahkamah, selagi tu orang akan terus buat pelbagai cerita dan spekulasi.
Oleh itu andai kes ini masuk ke mahkamah, keputusannya nanti hanya antara 3 kemungkinan ini sahajalah. Jadi jangan buat lagi sebarang spekulasi dan kita tunggu sahaja ia dibicarakan.
Itupun kalau masuk mahkamahlah.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.
tags: haziq aziz azmin ali video seks gay semburit liwat mengaku pengakuan
Begitulahh gaya politik malaysia..tk jatuh kerana wang,wanita,projek..xdpt jatuhkn cara baik guna cara belakang..gay amerika bdn berketul2,besar pula batangnya..gay malaysia ntahapa2ntah..punai kechikk..🍌🍠🍤🌽🍆
BalasPadamHmm mcm2 dah isu politik nih. Kini Dan selamanya huhu
BalasPadamaku tak rasa stim pun tengok muka haziq, apa ke jadah naik main lubang bontot yang keluarkan najis, taik, shit dan sebagainya.
BalasPadamBodoh ke apa!tapi aku tak tahu ini salah satu cara halang azmin jadi pm.
4. Kemungkinan keempat:
BalasPadamHaziq telah mengaku dia salah seorang pelaku, namun yang sebenarnya dia bukanlah pelaku dalam video tersebut, sebaliknya orang lain yang seiras dengannya atau diedit menyerupainya, namun seorg lagi pelaku mmg DS Azmin. Jadi dalam hal ini Haziq menipu dan mengaku melakukan perbuatan gay pada video yang bukan dilakukan oleh dirinya dan DS Azmin tidak mengaku dan menipu.
Dalam kemungkinan ini, Haziq bersalah kerana menipu dan memfitnah, namun tidak bersalah kerana tidak mengadakan hubungan semburit. DS Azmin pula bersalah kerana mengadakan hubungan semburit.
Bila seseorang dah mengaku melakukan sesuatu, walaupun sebenarnya dia tipu dia tak buat, dia dah boleh diambil tindakan terhadap sesuatu yang dia akui itu.
PadamContoh John rompak rumah orang, tapi Ben mengaku dia yang rompak walaupun sebenarnya dia tak buat, jadi Ben boleh dijatuhkan hukuman atas kesalahan merompak tu sebab dia dah mengaku.