Jumaat, 28 Jun 2019

1 Jamuan raya di jabatan kerajaan susahkan rakyat

1. Baru-baru ini Mufti Perlis ada meminta kerajaan melihat semula keperluan jabatan kerajaan mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri setiap kali tiba bulan Syawal.

2. Beliau berkata program jamuan raya yang dianjurkan oleh sesebuah jabatan kerajaan biasanya melibatkan penyertaan sebahagian besar kakitangannya untuk menampakkan kemeriahan, sehingga menjejaskan operasi dan menyukarkan rakyat untuk berurusan kerana ketiadaan kakitangan berkaitan di pejabat.

3. Kemudian TPM menolak tanggapan yang melihat penganjuran jamuan Aidilfitri oleh jabatan-jabatan kerajaan pada waktu pejabat menjejaskan operasi kerajaan, sebaliknya, ia dapat menjimatkan masa dan wang. Malah dimaklumkan ada pihak bergilir jaga kaunter jamuan raya.


4. Tidak dinafikan amalan mengadakan jamuan raya di pejabat kerajaan ini sudah lama. Kadang-kadang satu organisasi tu banyak kali buat jamuan, ada di peringkat kementerian, kemudian peringkat jabatan/agensi pun nak buat, kemudian peringkat bahagian, kemudian seksyen, kemudian unit.

5. Memang tak dinafikan juga di kaunter perkhidmatan memang biasanya ada kakitangan yang bergilir-gilir, tapi tidak di tempat lain. Biasanya untuk buat jamuan raya sahaja suatu jawatankuasa sambutan hari raya akan dibentuk yang dianggotai oleh ramai kakitangan sendiri. Ada jawatankuasa makanan, jawatankuasa perhiasan, jawatankuasa sambutan, jawatankuasa promosi, jawatankuasa persembahan dan macam-macam lagi. Tempoh persiapan pula bukannya satu atau dua hari. Kadang-kadang seminggu dua sebelum jamuan dah mula sibuk buat persiapan.

6. Urusan rakyat di jabatan kerajaan pula bukan sekadar di kaunter kerajaan sahaja. Ada yang rakyat perlu telefon atau berjumpa dengan pegawai-pegawai tertentu untuk melakukan urusan, ada yang perlu membuat mesyuarat, pegawai perlu menyemak dan mengesahkan dokumen, melakukan tugas-tugas khusus tertentu dan sebagainya.

7. Jadi bila rakyat telefon kakitangan kerajaan tiada orang angkat, atau tidak dapat berjumpa, atau mesyuarat terpaksa ditangguhkan, proses pengesahan dokumen dan tugas-tugas khusus tertangguh, hanya kerana kakitangan yang berkaitan tiada kerana sibuk dengan persiapan raya, dan tugasnya pula tidak boleh digantikan dengan orang lain, kan ianya sudah mengganggu operasi perkhidmatan kerajaan?

8. Pernah tak kita tengok sektor swasta seperti bank, syarikat telekomunikasi, pejabat pos dan sebagainya buat jamuan raya besar-besaran, dan bila kita nak berurusan dengan mereka urusan jadi tertangguh kerana kakitangan berkaitan sibuk dengan persiapan raya?

9. Bagi aku bukan tak boleh jabatan kerajaan nak buat jamuan raya, lebih-lebih lagi kalau jamuan raya tu terbuka pada semua orang dan bukan hanya untuk kakitangan sahaja, sekurang-kurangnya bolehlah rakyat yang mengunjung jabatan kerajaan untuk sebarang urusan dirai bersama, cuma mungkin cara dan kaedah persediaan tu boleh diubah sedikit.

10. Jamuan perlu diadakan pada waktu rehat sahaja agar tidak mengganggu waktu pejabat. Juga tidak perlu libatkan terlalu ramai kakitangan untuk melakukan persediaan jamuan raya. Hanya perlu lantik beberapa orang untuk tugas-tugas urusetia, selebihnya boleh outsource sahaja kepada orang luar seperti katering, persembahan, perhiasan dan sebagainya.

11. Bila outsource ni memang kena keluar belanja sikit, tapi bagi aku tiada masalah kalau jabatan kerajaan perlu keluar belanja lebih sikit untuk mengadakan majlis dan acara, sebab yang dapat projek tu pun pasti orang Malaysia juga, bolehlah merancakkan sedikit ekonomi terutama dalam sektor pengurusan acara, makanan, seni kreatif dan industri hiburan. Yang pasti jangan buat rundingan terus bagi je projek pada kroni siapa-siapa, sebaliknya buat sebut harga terbuka.

12. Hasilnya majlis jamuan raya tetap dapat diadakan, operasi perkhidmatan awam tidak terjejas, kaunter masih ada orang, panggilan telefon berjawab, mesyuarat dapat dijalankan, kakitangan tak perlu ramai-ramai terlibat dalam persediaan jamuan raya, cuma datang pada waktu rehat dan tinggal makan sahaja, rakyat dan pengunjung yang hadir ke jabatan kerajaan pun boleh turut nikmati jamuan, para vendor juga dapat manfaat ekonomi, jadi win-win situation untuk semua orang.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: majlis jamuan hari raya jabatan agensi kementerian pejabat kerajaan menyusahkan susahkan rakyat mufti perlis tegur dr maza asri tpm jawab

1 ulasan:

  1. Aku mmg xsuka maza nii..menyampahh aku tgk muka dia..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...