Isnin, 10 Jun 2019

0 Duit raya sikit dan himpunan isu hangat raya 2019

Sepanjang minggu raya tahun ini, macam tahun-tahun sudah juga Malaysia tak pernah lekang dengan pelbagai isu viral, antaranya:


1. Duit raya sikit

Ada makcik tak puas hati post kat Twitter anak saudara dia yang berkereta besar bagi duit raya RM5. Tak dinafikan berapa jumlah pemberian duit raya ni ikut seikhlas hati pemberi, tapi ada beza bagi duit raya kat budak-budak dengan orang tua.

Bagi aku simple je, kalau budak-budak nak bagi RM5 ke, RM10 ke, seringgit pun takpe, tapi orang tua level pakcik makcik kita ni lebih-lebih lagi yang kita tahu agak susah, kalau nak jaga hati mereka, tak sesuai sebenarnya kalau bagi sikit. Dia sama ada kau bagi RM20 ke atas, atau tak payah bagi langsung. Sebab orang tua ni tanggungannya besar, budak-budak kalau tak dapat duit raya pun ibu bapa mereka masih boleh tanggung.

Cuma aku sendiri aku memang lebih utamakan bagi sumbangan duit pada pakcik makcik yang memang susah berbanding bagi kat budak-budak. Anak buah yang rapat dengan aku boleh la bagi banyak sikit, yang lain tu bagi la sikit buat geli-geli atau tak bagi langsung.

2. Haiwan peliharaan/barang rosak

Ramai yang cerita dan buat cerita bila orang datang beraya rumah, ada anak-anak tetamu yang terlalu nakal tak boleh diam sampai merosakkan barang rumah dan mendera haiwan peliharaan tuan rumah. Ramai yang suruh ibu bapa jaga anak masing-masing, tak kurang juga ada yang kecam cakap belum ada anak boleh la cakap itu ini, sepatutnya tuan rumah bila dah tahu orang nak datang rumah simpan la barang-barang perhiasan dan haiwan peliharaan supaya tak dikacau dan dirosakkan anak tetamu.

Isu ini bagi aku pun simple je. Itu tuan rumah punya rumah, suka hati dia nak buat macam mana kat rumah dia. Tetamu pulak dah pergi rumah orang, pandai-pandai control. Kalau anak kau rosakkan barang, pecahkan TV, pasu, figura mahal, tersepak kucing, tetamulah kena tanggungjawab dan bayar gantirugi.

Contohnya kau letak kereta kat tempat letak kereta, tiba-tiba ada kereta datang sondol kereta kau. Tak payah bagi seribu satu alasan tulis sepatutnya kereta tu tak patut letak kereta kat situ, sepatutnya kereta itu kena parking kat tempat lain, sepatutnya jangan beli kereta beli motor dan macam-macam lagi. Cakap banyak tak guna, yang langgar tu bayar jelah.

3. Infografik salam

Ada orang yang prihatin telah membuat panduan dengan siapa di kalangan saudara mara seorang muslim dan muslimah itu boleh bersalaman. Walaupun panduan tersebut diterima baik oleh ramai orang Islam, namun ada juga umat Islam acah-acah liberal yang merasakan panduan tersebut sebagai tanda umat Islam di negara kita semakin mundur ke belakang, dan ia disokong pula oleh followernya yang bukan Islam.

Pertama, hal berkaitan agama Islam, hanya urusan orang Islam. Kalau orang bukan Islam boleh salam peluk cium sesiapa sahaja, dalam agama Islam tak boleh, jadi orang bukan Islam terima sajalah. Tak perlu sibuk sindir dan pertikaikan. Pada orang barat tanda aras kemajuan mungkin diukur dengan tahap penerimaan masyarakat terhadap LGBT, tapi bukan untuk kami.

Kedua, apa masalahnya buat panduan yang memudahkan orang Islam faham berkaitan hukum hakam agama pun? Panduan solat, puasa, zakat, elok je orang buat infografik, gambarajah semua. Masa sekolah rendah tak pernah belajar subjek Pendidikan Islam ke? Tak pernah pergi sekolah agama ke?

4. Soalan maut masa raya

Isu ni isu ulangan setiap kali hari raya. Bila raya je yang bujang tak suka bila pakcik makcik tanya soalan bila nak kahwin. Yang dah kahwin tak suka bila pakcik makcik tanya bila nak ada anak. Yang dah ada anak tak suka bila pakcik makcik tanya bila nak tambah anak dan seterus-seterusnya.

Soalan-soalan ni, kau nak jawab betul ke, tak betul ke, bukannya memberi kesan apa-apa pun pada diri kau dan dia, bukan masuk periksa apa-apa pun. Kadang-kadang perbualan raya ni macam tu lah, tanya bila sampai, jalan jem ke tak, tadi hujan ke tak, kerja apa, politik sokong mana, dah kahwin ke belum, anak ada berapa, duduk mana, macam tu je pun, sekadar nak buat modal berbual. Habis berbual kau dan dia pun kembali berpisah dalam tempoh yang panjang, mungkin raya tahun depan baru jumpa balik.

Kita kalau semua benda nak terasa susahlah. Nak kawal mulut orang memang tak boleh, jadi apa yang kita boleh kawal adalah diri sendiri. Kalau kau rasa tak suka nak hadap soalan-soalan macam tu, elakkan je terus dari berjumpa saudara mara yang suka jaga tepi kain orang.

5. Troll tak kena tempat

Mantan PM Bossku memang semakin popular dengan troll dia, tapi baru-baru ni troll dia tak kena tempat. Dia pergi post kat FB dia sebuah gambar lama sekitar tahun 2007 sepasang suami isteri yang mempunyai sepasang anak OKU memprotes tol kerana duit tol rampas duit susu dan ubat mereka. Selepas ramai orang beritahu anak-anak pasangan tersebut telah pun meninggal dunia, barulah Bossku tarik balik post tersebut dan mengajak pasangan tersebut berjumpa.

Walaubagaimanapun aku tak rasa DS Najib sendiri yang post semua posting dia sebab page FB dia mesti ada beberapa orang admin yang uruskan, cuma aku harap berpada-padalah sebelum nak troll orang tu terutama sekali gambar-gambar lama rakyat marhaen. Situasi pada 10 20 tahun lepas tak semestinya sama dengan situasi masa sekarang. Dalam tempoh tu ada orang dah berubah, ada orang dah tiada.

Orang politik sindir orang politik tu biasa, tapi bila rakyat biasa pun kena sindir, kena aib dengan orang politik, aku tak rasa orang tu akan sokong pemimpin yang sindir dia. Pemimpin politik tak perlu rendahkan level mereka jadi macam page troll Amran Fans, TTKM dan sebagainya. Orang politik dan rakyat marhaen berjuang di arena berbeza.

Cuma bab janji mansuh tol ni, bak kata orang kalau tak boleh buat semua, buatlah sikit. Kalau aku jadi menteri, aku bagi pengecualian tol untuk pemandu OKU dan ibu bapa yang ada anak OKU, dan diskaun 15% ke 50% untuk golongan berpendapatan rendah. Sekurang-kurangnya ada la jugak sesuatu dengan janji pasal tol tu.

6. Pelantikan KP SPRM baru

Bila Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pengarah SPRM yang baru, ada yang bantah, ada yang sokong. Tapi walau apa pun alasan pemimpin kerajaan yang mengharuskan pelantikan tersebut, dari sudut kaca mata aku sebagai seorang rakyat marhaen, pelantikan beliau bukanlah satu political mileage yang bagus. Sepatutnya badan bebas seperti SPRM diterajui oleh seseorang yang neutral dari mana-mana parti politik.

Walaupun beliau dah letak jawatan dalam PKR sebelum dilantik jawatan KP SPRM, tapi beliau telah lama dilihat sebagai orang kuat dalam PKR, jadi tiba-tiba nak dilihat neutral tu susah. Tambah pula reputasi beliau pada pandangan ramai orang agak kurang menyenangkan, jadi aku tak nampak pelantikan ini boleh menambah sokongan rakyat pada parti kerajaan.

7. Burung helang dan pipit

Burung helang dan pipit memang terbang tak sama tinggi. Burung helang dan pipit hidup dalam dunia yang berbeza. Yang nak hidup, nak cari tempat berteduh, nak cari makan untuk anak keluarga pipit, nak fikir penyelesaian kepada masalah-masalah hidup pipit, pipit juga, bukannya helang. Jadi kita-kita yang pipit ni kita buat jelah hal kita je.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: isu hangat sepanjang syawal hari raya minggu 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...