Jumaat, 14 Jun 2019

5 Mentaliti cheapskate terhadap seni kreatif

1. Pejabat aku nak buat event raya. Aku cadang upah sewa je orang luar buat deko sebab mereka mesti dah biasa buat dan tahu apa nak dibuat. Ahli jawatankuasa nak tahu berapa kos.

2. Sebab tahu pejabat aku ni cheapskate dan kedekut nak mampos, aku try cari member aku yang buat deko, kawtim-kawtim dapat RM500 untuk hasil yang takde lah gah sangat, takdelah nampak lekeh sangat.

3. Bila beritahu harga kos kat ahli jawatankuasa, diorang cakap kenapa mahal sangat, buat deko je pun. Dah la peralatan semua sewa je, rugi je belanja hangus macam tu.

Gambar hiasan


4. Hello makcik, pakcik. Kau nak belanja kahwin buat pelamin, bilik, solek mak andam, baju apa semua tu pun belanja hangus tahu tak, boleh pulak keluar ribu-ribu sendiri. Makan tu pun belanja hangus tau tak last-last jadi tahi je. Ni event pejabat nak belanja RM500 pun berkira.

5. Lepas tu sekarang semua sibuk nak buat sendiri. Nak cari barang sendiri, beli barang sendiri, hias sendiri, last-last tambah tolak barang, minyak, masa, tenaga, lebih RM500 jugak, lagi tak berbaloi. Dah la tinggal beberapa hari je lagi nak majlis. Aku memang takkan datang la Sabtu Ahad semata-mata nak siapkan hiasan.

6. Barang yang dibeli pulak kononnya boleh direcycle untuk tahun depan. Dah tu lagi 364 hari nak campak mana? Buat semak dalam bilik, dalam stor. Tu nasib kalau barang masih elok, atau tema tak tukar. Sekali kalau barang rosak, tema bertukar, lagi rugi.

7. Dulu pernah juga ada bos nak bersara jadi mereka suruh cari orang lukis potret bos sebagai cenderahti. Bila aku dah cari dan dapatkan harga, komplen pulak kenapa mahal sangat, pastu cakap harga kertas dengan frame baru berapa takkan mahal sangat.

8. Habis tu susah payah masa dan tenaga dia melukis tu tak layak dibayar ke? Kalau diikutkan memang itu pun rate biasa orang buat potret. Kalau nak murah atau free lukis la sendiri. Tapi bila suruh lukis sendiri, tahu pun tak reti.

9. Duduk kat pejabat dalam circle orang yang tak tahu apa-apa pasal bidang seni kreatif ni kadang-kadang menyakitkan hati. Mereka tak tahu pun seni kreatif tu sebenarnya ada nilai dan harga. Kalau boleh semua nak free atau murah, tapi hasil nak yang gempak nak mati.

10. Mereka ini bila nak renovate pejabat, nak beli kereta pejabat baru, nak beli komputer baru harga ribu riban takde isu pun. Tapi bila nak bayar perkhidmatan upah orang luar buat design, lukisan, video korporat, poster, banner, logo, hiasan deko, buat live band dan yang sewaktu dengan seni kreatif, berkira ya amat.

11. Design je pun kan? Lukisan je kan? Edit video je kan? Hiasan je kan? Berlakon je kan? Main muzik je kan? Je kan palahotak. Diorang belajar skill buat semua benda tu kena pakai duit juga, kena bayar yuran kolej, universiti, tanggung hutang PTPTN macam kau juga. Bila dah kerja, kau rasa skill mereka takde nilai dan tak layak dibayar.

12. Kalau macam ni punya persepsi ramai normies terhadap seni kreatif, memang susah la industri seni kreatif nak berkembang, dan susah la orang yang bekerjaya dalam bidang ni nak cari makan.




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: mentaliti sikap cheapskate kedekut industri seni kreatif deko dekorasi hari raya

5 ulasan:

  1. vav1 keje dlm bulatn vav1 xpenh keluar dr kwsn pun... nak bisjut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa u merapu nii seytaaannn..prOoTt💨💨dmuka ko👴..kikiki..😸😹

      Padam
    2. pokemon py ted babi kat sini pun ada? kurap kat pungkoq hang pon kira macam seni keraetif jugak la kan?

      Padam
    3. Nak bisjut kepala bapak ko. Lahanat

      Padam
  2. Sama macam nasib fotografer. Orang cuma perlu google image, dan guna untuk assignemnt. Yang lagi teruk, guna untuk meniaga, buat printing busines, letak dekat banner.

    Masa saya di US dulu, untuk presentation, susah payah kami subscribe dengan Getty Image atau Shuttershock untuk elakkan kena dakwa atas menyalahguna hakcipta..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.