Iklan Leaderboard

Jumaat, 26 Disember 2014

34 Mangsa banjir dan PM juga semuanya manusia biasa

Seperti yang sedia maklum, banjir di kawasan Pantai Timur sangat teruk, terutama di kawasan Kelantan. Kerosakan harta benda, kehilangan nyawa, kesejukan, sakit, kekurangan bekalan makanan dan pakaian, masak dan minum air lumpur, tiada bekalan elektrik, operasi hospital lumpuh, begitu hebatnya dugaan dan ujian Tuhan kepada mereka. Malah boleh aku katakan yang banjir besar kali ini merupakan tragedi terbesar pada tahun ini, namun dengan ketiadaan pemimpin tertinggi negara untuk bersama2 rakyat menghadapi banjir ini sedikit sebanyak menimbulkan banyak isu dan kekalutan di media2 sosial.

Sumber Mstar: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat

Dipetik dari FB Ipoh Mali:
Membantu mangsa banjir oleh YB2 tak kira dari PR atau BN memang la bagus. Pemimpin Masing2 mahu berselfie, mahu tunjukkan kepada rakyat mereka terjun dalam banjir yang ada paras dada, yang ada paras leher. Mungkin lepas ni ada yang menyelam. Namun apa fungsi YB dan pemimpin yg sebenar?

Pemimpin seharus memikirkan membawa pelan jangka 5-10 tahun ke dewan, bagaimana mengurangkan kesan banjir di kawasan masing2. Bagaimana menyediakan pelan logistik, penempatan teratur ketika banjir. Apa yg berlaku masih sama. Kawasan yg sama tetap banjir. Penempatan dan logistik tetap berterabur. YB masih buat kerja selfie hantar beras dari rumah ke rumah. Kesan banjir tetap sama walaupun dah berpuluh tahun. Habis musim banjir. Takda pun satu kajian dibuat. Benda tu dah berulang ulang berpuluh tahun. Bandar Kajang tu pun masih tak selesai masalah banjir, walaupun negeri maju.

Aku teringin bila datang musim hujan, YB sambil senyum dia tunjukkan kawasan dia dah tak banjir, dia dah selesai kan pembangunan dan masalah banjir di kawasan dia. Tapi malang YB tetap hantar beras di kawasan dan rumah yg sama.

Seperti yang aku pernah tulis mengenai isu banjir pada tahun lepas yang pada masa yang sama sedang berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO, para pemimpin ni tak perlu datang dan turun padang ke kawasan banjir pun takpe kerana kedatangan mereka tidak membantu apa sangat pun. Bukannya kalau diorang datang diorang boleh sedut semua air, boleh selamatkan semua mangsa. Tugas dan kerja2 penyelamat sudah ada orangnya yang melakukannya seperti Bomba, Tentera, JPAM dan sebagainya. Terima kasih juga kepada pemimpin2, ahli politik, anggota sukarelawan dan rakyat biasa yang turun ke padang turut bersama membantu mangsa banjir. Tidak lupa juga kepada rakyat Malaysia yang prihatin menghulurkan bantuan dan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, pakaian, bekalan makanan, barang keperluan asas serta doa yang tidak putus2.


Namun tugas para pemimpin ini sebenarnya jauh lebih penting dari sekadar datang tunjuk muka, bagi beras dan naik bot meninjau keadaan. Para pemimpin inilah yang perlu menyelaras dan memastikan agar kerja para penyelamat dan tugas kemanusiaan ini berjalan dengan baik dan lancar. Mereka perlu ada di pusat2 penyelarasan banjir untuk menyelia dan menggerakkan anggota keselamatan dengan lebih efisyen, seterusnya memikirkan penambahbaikan, langkah pencegahan, pelan kecemasan strategik menangani krisis bencana alam serta penempatan pusat2 mangsa banjir.


Malapetaka banjir kali ini boleh disifatkan lebih buruk dari tragedi MH370 dan MH17 kerana ia merupakan bencana kecemasan Peringkat Nasional yang melibatkan ribuan mangsa yang mempunyai banyak risiko serta boleh mengakibatkan kepada kelumpuhan ekonomi, kerosakan infrastruktur, kemusnahan dokumen2 penting, sekatan terhadap keperluan asas, kehilangan sumber manusia, kelumpuhan pentadbiran dan pelbagai lagi. Sebab itu seperti juga ketika tragedi MH370 dan MH17, sepatutnya seorang ketua negara perlu berada di sini untuk membuat kenyataan media, memantau segala gerak kerja dan operasi bencana, mengemaskini perkembangan dan status semasa di TV dan radio setiap hari.

Dato' Seri, sebenarnya kalau Dato' Seri turun pun bukan boleh membantu apa2, banjir tetap macam tu juga. Namun dari segi psikologi, dengan kehadiran seorang ketua negara, ia sedikit sebanyak boleh memberi kesan untuk menaikkan semangat dan perangsang kepada rakyat terutamanya kepada mangsa banjir kerana seorang ketua negara ada bersama2 mereka ketika saat2 musibah, malah ia boleh melonjakkan lagi karier politik Dato' Seri.


Namun apabila disiarkan di media2 antarabangsa bahawasanya Perdana Menteri kita sedang bercuti dan bermain golf di Hawaii bersama Presiden US Barrack Obama, ia memang sangat tidak membantu dan memberikan imej yang baik buat Dato' Seri, malah sesuatu yang mengecewakan rakyat. Dan menambahkan lagi kekecewaan sebahagian rakyat apabila Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan seperti "Bagi masa Najib berehat, dia cuma manusia biasa". Namun andaikata bulan depan adalah Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), saya kira pasti Dato' Seri akan membatalkan cuti dan turun ke padang dengan serta merta.


Ya, Najib hanya manusia biasa, dia juga perlu berehat. Mungkin mangsa2 banjir yang menempuh banjir besar ini bukan manusia biasa, mereka manusia yang luar biasa mungkin. Sudahlah setiap hari keluar bekerja bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan keluarga, tiba2 harta musnah dalam sekelip mata, terpaksa berlari ke tempat tinggi, nyawa juga ada yang melayang. Ya, mereka bukan manusia biasa. Mereka memang luar biasa dan sangat tabah.


Dato' Seri tidak perlu menjadi Thorin Oakenshild, anak kepada Thrain, anak kepada Thror, ataupun Aragorn, anak kepada Arathorn yang turun ke medan perang bersama orang2nya, tapi cukuplah dengan menunjukkan muka sahaja. Rakyat lebih suka jika Dato' Seri sendiri yang berada di situ, bukan sekadar gambar sahaja. Walaupun mungkin akan dikutuk juga oleh haters2 Dato' Seri, namun lebih baik dikutuk kerana membuat kerja dan kebaikan berbanding kena kutuk kerana main golf.





tags: najib razak bercuti main golf dengan barack obama di hawaii ketika banjir pantai timur kelantan terengganu pahang kedah perak perlis johor negeri sembilan kl teruk musibah bencana alam malapetaka krisis kecemasan negara peringkat nasional kebangsaan pm manusia biasa tpm timbalan perdana menteri muhyiddin yassin sumbangan derma kilat tabung bencana negara

34 ulasan:

  1. Oh Rozana

    Entah kumulai dari mana
    Semua bisjut & royi begitu saja
    Engkau datang dengan seribu alasan
    Membuatku jejaka bangla bingung

    Saat engkau mengenangkan jejaka bangla
    Aku berusaha mencari bisjut & royi
    Karena jejaka bangla menghargaimu
    Walaupun dibalik senyummu tersimpan RM10K

    Mungkin bangla tak seperti yang kau inginkan
    Membuat bisjut seperti royi
    Tapi itu yang membuatku tau
    Bahwa RM10K disitu
    Pantas saja engkau selalu menanyakan

    "Nak bisjut? Nak 10K?

    BalasPadam
    Balasan
    1. xhabis2 rozana kau

      Padam
    2. Habislah blog ni orang cerdik dah menyerang

      Padam
  2. para pemimpin ni tak perlu datang dan turun padang ke kawasan banjir pun takpe kerana kedatangan mereka tidak membantu apa sangat pun. Bukannya kalau diorang datang diorang boleh sedut semua air, boleh selamatkan semua mangsa. Tugas dan kerja2 penyelamat sudah ada orangnya yang melakukannya seperti Bomba, Tentera, JPAM daa sebagainya.

    Syukurlah aku tak pigi menyibuk2 kat tempat banjir. Bukan buleh bantu apa pun. Menyusahkan lagi ada la.

    Inilah Malaysia. Bencana demi bencana ini adalah bagus untuk buat projek. Lagi banyak bencana, lagilah bagus. MP-MP boleh hantar proposal untuk buat projek juta2. Alhamdulillah. Lulus 100 juta, 98 juta rembat, 1.5 juta kita bedak2 dgn JKK..baki 500k tu cukup la beli turus pagar dan dawai utk ikat batu. Banyak la tu utk rakyat yg bodo2 cerdik dpt peruntukan. Lagipun bukan tiap2 hari banjir. Tahun depan, luluskan pulak 200juta..

    Standard la tu. Kalo aku jadi MP pun, aku akan buat proposal mcm ni jugak. Kayo giler siot. Untuk rakyat dunia ketiga ni, berbuat kebaikan pun bukan dapat kebaikan pun. Kahkahkah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. deep sarcasm here..

      Padam
  3. Tiap tiap tahun banjir jadi. Just nak Tanya, wujud ke suatu pihak yang bertanggungjawab untuk elak masalah banjir ni dari terus berlaku? Macam, buat apa2 binaan atau pelan ke untuk elakkan banjir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba tanya nik aziz selama dia perintah apa yang dia buat?

      Padam
  4. pada saya..ayah yang baik adalah ayah yang akan pulang pada keluarga yang kena musibah walaupon dia tahu keluarganya ramai yang membantu seperti jiran , kawan kawan ,saudara mara .

    macamtula jugak peranan najib dalam malaysia ni...bukan hilang tatkala rakyat memerlukan.

    Ramai yg hairan kenapa masih belum diisytihar darurat, mcm mn nak isytihar darurat kalau duit tabung bencana negara kosong. Pergi kemana wallahu'alam. Kenapa masih belum diarahkan marine dan penyelamat gunakan kemudahan dan kelengkapan boat yg beratus2 dari guna helikopter yg x dpt landing? Semua sbb duit negara dah habis dan tiada dana besar dari kerajaan. Yg silihat aktif skrg bdn NGO setiap negeri.

    wallahualam . sama sama la kita doakan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku sokong nadia...
      bukan hanya post gambar tengah cakap dalam telefon... konon2 bincang pasal isu ni... kemon la... dah terang lagi bersuluh ~

      Padam
    2. eleh nak post tin kosong.camne ko tau tabung duit negara habis?dana besar dari kerajaan tiada?ko ada tengok ke segala akaun.
      setakat dengar propa pembangkang tetiba terus jadi pakar mengatasi banjir.
      selama ni tuduh najib memacam tetiba bila banjir kat kelantan apsal sibuk plak suruh najib tolong?suruh la niki ajih tu berdoa ramai ramai lagi supaya banjir surut sambil tuduh umno celaka.

      haramjadah je nadia mansor

      Padam
    3. nadia.. kenapa mesti nak salahkan negara sahaja? walhal kelantan paling teruk terjejas, kenapa tak salahkan sama kerajaan negeri kelantan? jangan la nampak sangat sebelah pihaknya tu

      Padam
    4. truly bimbo, super bimbo, mega bimbo --->nadia mansor & TunSha Ayunie

      Padam
  5. Pasal banjir...yg sy tau kali ni mmg luar biasa hujam berterusan termasuk air pasang besar..cuma kali ni impak lebih besar.

    Pasal darurat. ..mmg sy agak x puas hati kenapa x isytihar. ..tp as long bantuan tetap diberi, should be ok. Cuma sy nak fhm beza darurat atau x dan impak kpd masyarakat...maybe x perlu dtg kerja n stay kat rumah sehingga darurat ditarik balik.

    Pasal Najib pula...mmg sy rasa agak terkilan...tp sebenarnya PM ada tugasan rasmi dan spt biasa golf ada bermain sekali..mungkin berita ni kantoi oleh Washington post dan smpi ke telinga rakyat..mmg geram jugak dibuatnya sbb kita nmpk spt beliau enjoy dr kerja rasmi. Tp harapan sy, cepat2la beliau balik ke malaysia n tgk apa yg patut. Kalau bagus, jika dpt bantuan dana banjir dr US lagi bagus sbb x silap kerajaan tgh kering skrg dr segi ekonomi.

    N to all politicians macai2...stop finding fault from ur enemy utk isu banjir. Sbb apa yg sy tau...bila ada isu, org2 kita yg bercanggah n berpecah belah...tp sy tgk yg non muslim mcm x heran apa yg belaku, enjoy celebrate krismas dan bercuti utk clear leave hujung tahun..siap perli lagi mereka mmg deserve kena sbb memperjuangkan hukum hudud yg mereka x suka (byk sy check status kat FB dan IG).

    So...masa musibah melanda..masa ni kita bersatu..bukan berpecah belah. Berdoa byk2..bukan mencaci sesama sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayam ayamm.. jgn tunjukkan kemacaian ko sgt boleh x? lu ni penasihat pm ke siap ckp dia ada urusan rasmi dgn obama?? pemimpin kedua muhyidin sendiri ckp najib pergi bercuti, palancau apa urusan rasmi.. ayam ayam.. susah tul nk sembang dgn macai ni.. sbb balik2 dia akan backing jilat jugak jubo ketua dia

      Padam
    2. oh tertinggal, komen ko berharap dpt dana banjir dr us tu mmg plg palanchau pernah aku dgr.. org bersusah payah xnak tunduk kt us, dia senang2 je nk bg negara kita termkn budi dgn us.. satu hari kalau malaysia jd boneka us, semuanya sbb macai2 palanchau mcm ko ni la yg xde maruah & harga diri

      Padam
    3. dah nama "ayam" sungguh mudah di ayam-ayam kan tu yg sikit lagi malaysia ni akan tergadai tak lama lagi sebb berangan dengan minda "bumiputera" tapi habuk pun xdak abis kapitalis2 pulun puihhh

      Padam
    4. Ayam ni bukan sekadar macai biasa. Dia macai noob terhormat. Entah2 noob punyer 2nd ID. Elok la tu. Haha

      Padam
    5. ayam, gaya kau komen pun dah memasukan diri kau sendiri sebagai macai politik atau lebih spesifik macai najib. kesian.

      Padam
    6. tpm muhyiden yasin sendiri verify yang najib tengah berehat bercuti, ayam sebagai macai politik najib tolong defend najib sedang bekerja. petty..

      Padam
    7. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/12/27/Najib-Gold-Obama/

      ayam komen gitu sebb bce thestar kowt,die kn ske bce bnyk sotkabo.....

      Padam
    8. hebat ayam ni.. berita tu baru publish pukul 9 malam td, tp dia pagi2 dh tau dulu... konfirm ni macai

      Padam
    9. Hmmm...dulu sy hentam BN kata sy pro pembangkang n penjilat dubur anuar...skrg sy defend PM pum digelar macai...

      Keyword di sini ialah stop politiking...sbb ia x membantu anda, just seronok dpt cari salah org drpd nk tolg org. X kira BN or PR, sy mmg x suka politicians sbb pndi ckp tp x serupa bikin...skrg ni pun sy be part of volunteers dekat area kuala krai sbb mereka perlukan bantuan, skrg baru ada masa tgk blog ni.

      Jgn sbb kita bergaduh psl politik, kita berpecah belah n bertekak pasal isu remeh temeh. Skrg kat kuala krai pun nak tgk sukarela non muslim serupa xde...masa 2 sy fhm situasi bangsa kita skrg time susah, bangsa lain happy2 berjalan2 di dlm n luar negara n celebrate krismas.

      Padam
    10. best je kan kutuk non muslim.. ni antara org yg rasa bangsa melayu tu bangsa superior.. aku tgk ramai je org non muslim yg tumpangkan mangsa banjir muslim kat rumah diorg... org cam ko ni la yg jadi parasit kpd perpaduan kaum kt malaysia..

      hail for macaiii

      Padam
    11. Memangpun...ada ko nampak gambar orang cina bantu redah air selamatkan mangsa? Ada nampak mereka tolong angkut beras susu kat tempat penempatan banjir? Cuba kalu negeri china nun yang kena malapetaka cam nih...Nasib baik Najib dah balik, ada jugak nampak sorang dua, kalu tak.......heeee

      Padam
    12. untuk ayam macai dan anon racist

      https://www.facebook.com/KingJasonPages/photos/pcb.865621363487990/865621350154658/?type=1

      Padam
    13. nuwar berahi dan wan jijah tak pi tengok banjir kat kajang takde sekor pun penyokong dia marah.apsal najib pergi lambat sikit terus meroyan?

      gila double standard fuckatan

      Padam
    14. Sorry...bukan semua non muslim x tolg..cuma ada satu kaum C ni yg smpi skrg sy panas hati dgn sikap mereka memperlekehkan banjir di pntai timur...yg terkini sy gi tesco puchong yg majoriti C, tanya yg jaga tmpt pengumpulan makanan, guard 2 ckp boleh kira pki jari yg kaum C ni nak derma...sbb mereka lebih nak menolong kaum mereka sendiri. So..kita as melayu muslim terutamanya. ..jgn la berpecah sbb politik remeh temeh, fokus kpd kebajikan kita sendiri yg semakin terancam

      Padam
    15. sudahlah ayam macai...tak habis habis dengan racist bigot kau tuh. orang lain pun buat charity, kau sibuk cari kesalahan kaum lain.

      Padam
  6. Wahwahwah.. rugi la offer darurat time ni. Drpd bagi duit RM200-300 juta kat rakyat, lebih baik aku rembat. Ada pekdahnya jugak. Rakyat bukannya reti berterimakasih pun. Bagi duit pun, tetap undi pembangkang.

    Kan banyak bantuan badan2 kerajaan dah disalurkan. Parti pembangkang pun ada bagi jugak. Amik sajalah. Tu pun dah cukup. Rakyat ni x boleh dimanjakan sangat. Bagi betis, nak paha. Belajarlah hidup susah sikik. Ini baru banjir, dah sibuk mcm dah nak kiamat.

    Ini belum dalam keadaan berperang lagi ni. Gomen kita dimpan duit untuk masa2 kecemasan yg lebih kritikal la. Banjir x kritikal. Gempa bumi pun x kritikal.

    BalasPadam
  7. Kat sini penulis..pembaca...pengkritik semua hebat2 belaka... sembang kuat...habok pun tarak... kritik pandai... sembang kedai kopi... ni la bangsa sembang kuat.....

    BalasPadam
  8. apa2 je la tapi yg pelik dari 5 tahun leps banjir besar kena kat mcm2 negeri masih xde ke pape usaha kerajaan nak but sistem baru hadapi banjir? sistem yg boleh apply kat semua negeri? ni asik2 projek baru hanya nak tunjuk muka sebb politik je semata2 aku pun x fhm dulu tmpt ak pernh banjir besar dulu kena kat kota tinggi johor bnyk tmpt terkena....patut situ dah start sket ambik pengajaran tp mcm tu jekkk... xde pape? sepatutnya pertengahan tahun depn dah kena start bincang tahun depan untuk bersedia hadapi banjir akan dtg.... apa pun mark my word tahun depan negeri mana kena banjir besar pulak??...zmn sekang start beberapa tahun leps tmpt2 x pernh banjir tiba2 banjir....

    BalasPadam
  9. noob, aku dok baca masing2 nak darurat.. tak puas hati apasal masih tak isytihar darurat.. boleh tak ko bagi "pro and cons" darurat. then sapa yang sepatutnya buat permohonan darurat? dan sapa yang patut approve permohonan darurat tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib cakap..kalo umum darurat, pihak insurans x akan bayar pampasan. Ini ada dia bitau dlm TV pasal darurat.

      Entahlah.. mungkin ada sesaper boleh explain. Kalo Ayam Afrika si bigot UMNO tu explain, jangan percaya. Dia mmg macai BN yg cuba berlagak cool mcm palebuto...

      Padam
  10. Comei anak pakcik dlm gambar di atas

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...