Sabtu, 20 Disember 2014

2 Mat Komik: Komuniti pelukis dan pembaca komik tempatan

Anda seorang yang minat melukis kartun? Anda seorang pelukis komik baru dan amatur yang mahu mengembangkan bakat dan berkongsi karya2 anda?

Anda seorang peminat komik dan suka membaca komik? Mahu membaca komik2 yang baru dan fresh yang dihasilkan oleh pelukis2 amatur tempatan secara percuma?

Jika ya, maka anda bolehlah melayari sebuah laman blog yang dibangunkan secara khas untuk para pelukis dan pembaca komik iaitu MAT KOMIK!


Laman blog Mat Komik boleh dilayari melalui alamat berikut:


Dipetik dari blog Mat Komik:
Siapa Mat Komik?

Mat Komik ialah terma kata yang sering digunakan oleh rakyat malaysia, yang mana merujuk bahawa seseorang itu 'gila komik','kaki komik' atau 'pengemar komik'. Justeru itu 'Mat Komik' digunakan sebagai nama rasmi laman blog ni.

Isi kandungan blog ini, semuanya mengenai komik malaysia yang mana anda boleh baca secara percuma!.

Tujuan utama blog ini di wujudkan,tak lain dan tak bukan adalah sebagai 'platform' pengkarya komik tempatan sama ada amatur,semi amatur mahupun profesional memaparkan serta berkongsi cerita suka/duka/sedih/misteri/isu-isu semasa tanpa ada sekatan mahupun risau tentang jualan.

Laman blog Mat Komik juga dijadikan tempat simpanan/arkib untuk mereka, generasi yang akan datang. Segala isi kandungan laman blog ini akan kekal terus di awan google selagimana ia terus ada.

Prinsip di laman blog Mat Komik, Mudah! kami lebih mementing mesej yang hendak disampaikan daripada kualiti stroke atau kecantikkan sesuatu lukisan itu. Kerana seni itu bebas, dan setiap pembaca mempunyai intrapetasi berlainan tentang sesuatu karya itu. Jadi tidak perlukan kita bertelingkah tentang hal remeh temeh ini. Lebih baik memfokuskan bagaimana untuk memajukan dan membela Komik tempatan ini terus diminati dan segar mengikut peredaran zaman.

Akhir kata, mohon war-warkan kepada rakan anda tentang laman blog ini dan doakan supaya usaha yang kecil ini dapat diberkati oleh Allah.

Wasalam..

Sekian Terima Kasih,
Mat Komik
Komuniti Komik Malaysia
Majulah Komik Malaysia seantero Dunia!!

Aku juga merupakan seorang peminat komik terutama komik dari Jepun, namun tak ketinggalan juga komik2 tempatan. Aku amat menyokong usaha Mat Komik ini dalam memartabatkan industri komik tanah air dengan menyediakan platform untuk mencungkil bakat2 baru muda kita untuk berkongsi karya2 mereka dan semoga dengan platform online ini dapat menjadi titik permulaan untuk mereka melebarkan sayap dengan lebih jauh dalam dunia industri seni kreatif tempatan dan seterusnya tidak mustahil jika industri komik kita akan setaraf dengan industri komik Jepun dan luar negara.

Seperti yang Mat Komik tulis di atas, komik2 dalam blog ini bertemakan bebas, so ada pelbagai kisah dan genre yang boleh diterbitkan seperti cinta, seram, aksi, sedih, misteri, nasihat, ganas, perang, sains fiksyen, sejarah, psikologi, politik, isu semasa, berita, sukan, hiburan, dakwah, lawak, motivasi dan lain2 lagi, kecuali komik yang berbentuk lucah dan hentai ya.


Namun, disebabkan blog Mat Komik berbentuk open platform dan sesiapa sahaja boleh hantar karya mereka, maka mungkin anda akan jumpa komik yang lukisannya tidak berapa cantik dan kemas, susunan yang agak berterabur, jalan cerita yang kurang difahami dan sebagainya. Diharap anda janganlah pula terus kondem atau kutuk komik mereka, sebaliknya bagilah komen dan nasihat2 yang membina dan memberangsangkan agar dapat mereka memperbaiki mutu karya mereka di masa akan datang. Yalah, nama pun pelukis baru dan amatur, dengan umur yang muda, pasti banyak lagi yang mereka perlu belajar sebelum mencapai tahap seorang pelukis komik professional. 

Dan baru2 ini juga, Mat Komik telah melancarkan satu pertandingan melukis komik iaitu "Cabaran Komik Online Malaysia 2014" yang telah pun berakhir pada 8 Disember 2014, dan sebanyak 28 komik telah disenarai pendek.


Keputusan pengadilan berdasarkan 50% undian awam dan 50% undian juri profesional. Tempoh Pengundian Awam pula ialah dari 17hb Disember 2014 sehingga 23hb Disember 2014, dimana mereka boleh membaca dan rate 'Top 5' komik untuk ke peringkat seterusnya supaya dinilai oleh juri profesional, bagi penentuan tempat pertama, tempat kedua dan tempat ketiga. So untuk mengundi, sila klik pada pautan berikut:


So jika anda seorang yang minat melukis kartun dan mahu berkongsikan komik anda pada dunia, apa tunggu lagi, hantarkan karya anda sekarang kepada Mat Komik. Dan jika anda seorang yang minat membaca komik, apatah lagi komik percuma, pun apa tunggu lagi, layari sahaja blog Mat Komik sekarang. Akhir kata...

Majulah Komik Untuk Malaysia!




tags:mat komik komuniti komik malaysia blog baca komik kartun tempatan percuma free sokong industri seni kreatif kartunis mangaka amatur amateur professional

2 ulasan:

  1. dulu aku teringin sgt nak jadi pelukis komik...aku pernah ada komik sendiri...tapi x konfiden nak tunjuk kat orang...simpan punya simpan last2 hilang entah ke mana...

    BalasPadam
  2. Buat komik ini adalah satu ibadah. Banyak komik telahpun tersohor kerana ibadah yg sia2 tetap jadi pilihan umat akhir zaman.

    Apa kelas baca komik agama, bro?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.