Iklan Leaderboard

Jumaat, 12 Disember 2014

6 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 5

[TONTON VIDEO ONLINE STREAMING DAN ULASAN / REVIEW] Maharaja Lawak Mega 2014 sudah masuk minggu ke-5 dengan masih 12 peserta kekal dalam pertandingan ini. Tema bagi minggu ini adalah Bebas, mungkin kerana prestasi kebanyakan peserta merudum untuk membuat lawak mengikut tema, maka kali ini diberikan kebebasan kepada peserta. Sepanjang MLM2014, bagi aku BOCEY dan ZERO agak outstanding, NABIL dan SEPAHTU di paras konsisten manakala VIRUS dan SHIRO grafnya naik sikit tapi turun banyak. So harap2 dengan kebebasan ini, peserta tidak lagi terikat dengan apa2 tema dan dapat memberikan persembahan yang thorbaik.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 5 di bawah.

TEMA: Bebas

1. EKZOS (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak mat pit curi jual barang, lawak kasar, lawak gangster.
Komen: Kali ni diorang tak buat lawak kampung lagi, namun percubaan mereka kali ni bukannya teruk cuma sekadar menghiburkan sahaja.

Rating Juri: 3 bintang

2. COMEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Intipati Lawak: Lawak tukang gunting rambut, lawak lelaki lembut, lawak bahan orang, lawak lagu.
Komen: Comey adalah kumpulan favorite terbaru. Jalan cerita tersusun, semua punchline memang kena pada plot, tambah pula dengan Ropi yang boleh buat orang gelak hanya dengan trademark2 dia seperti bunyi dan ayat pelik2 serta ketawanya yang macam harem.

Rating Juri: 5 bintang

3. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak stand up comedy, lawak kehidupan peribadi, lawak olahan perkataan Berani dan Gila.
Komen: Aku betul2 suka bila Nabil bercerita pasal kehidupan peribadi dia, pasal kak Jah, pasal orang kampung, sebab dengan2 cerita2 tu la Nabil jadi seperti sekarang. Cuma kali ni cerita dia agak panjang macam tak sempat nak habiskan.

Rating Juri: 5 bintang

4. SHAKE (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak hutan Amazon, lawak bahan orang, lawak ganas.
Komen: Sketsa Shake memang lawak, gila selamba dan spontan. Memang Amir wujud dalam pertandingan ni untul dibahan. Dia tak payah cakap banyak sebab kalau dia cakap orang tak gelak sangat, cukuplah dia kena bahan dengan Bell je.

Rating Juri: 5 bintang

5. ZERO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Intipati Lawak: Lawak main kompang, lawak overacted, lawak lagu, lawak tarian, lawak bahan, lawak merapu.
Komen: Diorang meletak lawak merapu meraban ke satu standard yang lebih tinggi, malah karakter setiap ahli juga dah semakin kuat. Jalan cerita yang simple, tapi punchline tak henti2 buat orang gelak.

Rating Juri: 5 bintang

6. SYJ (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak orang tua, lawak perompak, lawak kasar.
Komen: Jalan cerita ada, punchline pun ada, cuma starting dia aku rasa tak selesa sikit sebab buat lawak pasal orang tua yang sakit dan cacat.

Rating Juri: 3 bintang

7. WALA (Laugh-O-Meter: HEHE)

Intipati Lawak: Lawak mat fit, lawak jual barang, lawak loyar buruk.
Komen: Feeder dia tak berapa pandai nak feed, lupa skrip dan tersasul. Lawak pulak lebih kurang kumpulan Ekzos.

Rating Juri: 3 bintang

8. JALOR (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak orang gila sakit mental, lawal pantun viral, lawak ujian.
Komen: Diorang buat lawak budak bertopeng buat lawak pantun bodoh pergi ke kedai beli rokok, kedai tutup  yang viral tu, ya memang kelakar, tapi hanya kelakar bagi orang yang faham yang pernah tengok video tu. Bagi yang tak tau lawak pantun tu, memang akan blur apa benda yang kedai tutupnya. Cuma aku bagi kredit kepada kumpulan Jalor sebab dah tak buat lawak prop teknikal seperti minggu2 sudah.

Rating Juri: 4 bintang

9. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak orang kaya, lawak kasar, lawak kering.
Komen: Lawak diorang kali ni ada jalan cerita yang betul2 jalan cerita berbanding2 minggu lepas. Bagi aku ada peningkatan sebab mereka saling feed dan kill antara satu sama lain, cuma aku masih dibayangi dengan persembahan minggu ke-2 diorang yang lawak gila tu.

Rating Juri: 4 bintang

10. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak budak sekolah, lawak pertuturan orang India.
Komen: Bocey menggunakan semula karakter ulangan orang India. Kekuatan lawak diorang hanya pada skrip, lakonan dan dialog tanpa terlalu banyak kostum dan prop. Cuma untuk minggu ni, walau lawak namun tiada sesuatu yang baru dan kelainan dalam persembahan mereka.

Rating Juri: 4 bintang

11. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak orang miskin, lawak gaduh, lawak marah2, lawak prop.
Komen: Walaupun Sepahtu memang lawak, aku tak berapa suka kenapa bila Sepahtu buat lawak berdua mesti nak buat babak gaduh2 dan jerit2. Aku harap minggu2 akan datang diorang tak gaduh dan jerit2 lagi memandangkan lepas ni mereka hanya akan membuat persembahan berdua kerana Pak Ya dinasihatkan doktor untuk berehat panjang atas masalah kesihatan. Tapi kesanggupan diorang jatuhkan rumah jamban tu memang menunjukkan diorang serius nak menang.

Rating Juri: 4 bintang

12. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak doktor, lawak loyar buruk, lawak sedih.
Komen: Macam biasa lawak Shiro adalah lawak budak2 baik. Lawak baik ni memang bagus, cuma lawak2 jahat biasanya lebih kelakar dan disukai ramai. Dan satu yang aku perasan, sketsa Shiro selalu ada pintu.

Rating Juri: 4 bintang

Man of The Match: Achey Bochey 

Peserta yang tersingkir: WALA dan EKZOS 

Kesimpulan:

Minggu ni agak berpuas hati. Rata2 semua peserta membuat persembahan yang memberangsangkan dengan rating LOL dan ke atas, malah buat pertama kali peserta diberikan 5 bintang oleh juri, malah bukan seorang peserta tapi 4! Mungkin kerana tema Bebas maka Bebas lah peserta nak mencari idea lawak. Namun walau ramai yang mempertikaikan kewajaran kumpulan SHAKE dapat 5 bintang, tapi bagi aku mereka memang layak, sebab aku sendiri gelak tak berhenti2 lawak diorang sebelum Amir start buka mulut.

Untuk MLM2014 ni, yang menariknya ia bukan milik kumpulan2 favorite sahaja seperti tahun2 lepas. Tahun ini, kualiti mengatasi popular. Kumpulan COMEY, ZERO, SHAKE dan JALOR kini dapat buktikan yang mereka juga mampu bersaing dengan geng2 pelawak otai dan popular2 ini, so aku tak hairan kalau lepas ni kumpulan SHIRO, VIRUS atau SEPAHTU keluar awal. Kalau Maharaja Lawak Mega yang sebelum2 ini, kalau takde kumpulan2 top ini rasa macam tak best, tapi sekarang ni diorang takde pun takpe sebab terlalu banyak peserta yang bagus2 yang boleh dijadikan pilihan.

Terus terang, favorite pelawak aku dari dulu dalam industri lawak tanah air adalah NABIL, JAMBU dan JOZAN. So memandangkan tahun ini JOZAN tak masuk dan VIRUS bukan JAMBU, maka untuk MLM2014 ni aku hanya jadikan NABIL sebagai favorite aku, namun walau favorite aku NABIL, tak bermaksud aku akan bias pada dia dengan bagi komen yang baik2 dan rating yang tinggi2 sahaja kepada dia. Kalau tak lawak aku akan cakap tak lawak, kalau ada peserta lain yang lebih lawak, aku akan bagi rating yang lebih tinggi kepada peserta lain. Cuma aku nak cakap yang aku suka style NABIL untuk MLM2014 kerana dia kekalkan gaya stand up comedy seperti zaman Raja Lawak dulu.

Ranking aku untuk persembahan Minggu 5:

1. COMEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: 5 bintang)
2. ZERO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: 5 bintang)
3. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 5 bintang)
4. SHAKE (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 5 bintang)
5. JALOR (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
6. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
7. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
8. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
9. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
10. SYJ (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
11. EKZOS (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
12. WALA (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: 3 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak | Super Hero Lawak
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 5 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh

6 ulasan:

  1. ksian ekzos, walaopun kelakar tp apekan daya. populariti takde. my opinion is SINGKIRKAN VIRUS. (HAHAHAHA gelak jahat)

    BalasPadam
  2. My ranking 1.zero 2.comey 3.nabil 4.shiro 5.bocey 6.exzos 7.jalor 8.shake 9.virus 10.sepahtu 11.syj 12.wala

    BalasPadam
  3. boleh tahan ulasan. tidak memperkhotakatikan perassaan

    BalasPadam
  4. My ranking
    1) Zero
    2) Nabil
    3) Shiro
    4) Jalor
    5) Sepahtu
    6) Bocey
    7) Sepahtu
    8) Shake
    9)Virus
    10) SYJ
    11) Ekzoz
    12) Wala

    BalasPadam
  5. Comey dengan Zero minggu ni leh tahan.. tp kalo Zero.. balik2 tgk pun rasa mcm xpuas ati.. hehe..

    BalasPadam
  6. thanks brader pesaikik ziro..lu punya komen memang mantop!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...