Iklan Leaderboard

Rabu, 3 Disember 2014

23 Gaya hidup mewah punca anak muda muflis

Sesiapa pun akan tersentak apabila membaca laporan berhubung tunggakan kad kredit rakyat Malaysia sehingga Disember 2006 yang mencecah RM20 bilion ekoran gaya hidup gemar berhutang menggunakan kad kredit walaupun tidak mampu dari segi kewangan. Timbalan Perdana Menteri (pada ketika itu), Datuk Seri Najib Razak, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kes muflis membabitkan anak muda akibat tabiat berbelanja menggunakan kad kredit melebihi kemampuan. Sikap rakyat Malaysia suka berhutang bukan sesuatu yang baru dan menghairankan. Saya tidak mahu pergi jauh dalam memperkatakan sikap suka berhutang cukup sekadar melihat senario mengapa orang suka berhutang dan implikasinya di depan mata.


Kita ambil contoh mudah dengan melihat senario graduan baru bekerja. Dengan usaha, pengetahuan dan tuah badan, kita andaikan graduan itu mendapat gaji RM2,000 sebulan (tidak termasuk graduan mendapat gaji tidak setimpal dengan kelulusan iaitu RM800 hingga RM1,200). Dengan gaji RM2,000, bermulalah kerjaya graduan sebagai eksekutif muda di bandar atau di kawasan pinggir bandar. Dengan semangat berkobar-kobar berserta iringan doa dan kata perangsang ibu bapa, bekerjalah eksekutif muda dengan azam membangunkan diri, membantu ibu bapa dan keluarga yang banyak berkorban. Tetapi selepas mengharungi hidup sebagai eksekutif muda dan terdedah dengan persekitaran kerja yang mencabar mental dan fizikal, perubahan demi perubahan positif dan negatif banyak mengubah hidup eksekutif muda sehingga perubahan itu menjerat diri dan kehidupan mereka sebagai individu, pekerja dan sebagai anak dalam keluarga iaitu hutang.

Bagaimana eksekutif muda ini boleh terdedah dengan hutang dan akhirnya hidup dikelilingi hutang? Marilah kita bersama-sama melihat situasi ini dengan lebih khusus dan telus (berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan):

Gaji: RM2,000 sebulan

Perbelanjaan:
  • Sewa rumah/bilik RM200 (berkongsi rumah dengan rakan)
  • Ansuran kereta RM300 (bergantung jenis kereta, kalau mahal maka tinggi ansuran bulanannya)
  • Duit minyak dan tol RM450 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain)
  • Makan dan minum RM500
  • Sosial dan riadah RM300 (bersama rakan dan hal peribadi)
  • Bayaran bil RM200 (api, air, telefon, bil pelbagai)
  • Bayar kredit barang RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barang elektrik)
  • Barang peribadi RM200 (tambah kad prabayar, barang kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan tukar telefon bimbit)
  • Hal kecemasan RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak)
  • Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, insuran kereta dan tunai haji)

Ini tidak termasuk dengan perintah bayar daripada pinjaman pelajaran mereka di universiti yang sering eksekutif muda ini ‘sengaja buat lupa’ tetapi tidak pernah lupa untuk bayar perbelanjaan berkaitan urusan peribadi mereka. Katakan eksekutif yang ‘memaksa diri’ bayar pinjaman secara minimum RM100, jadi berapa gaji bulanan mereka yang tinggal? Pendapatan RM2,000 sebulan dan perbelanjaan seperti di atas RM2,750. Bermakna eksekutif muda itu berhutang RM750 sebulan. Bayangkan bagaimana jika mereka bergaji RM1,000 hingga RM1,500 sebulan? Sudah tentu hutangnya lebih banyak.

Daripada contoh di atas, kita lihat tiada langsung baki gaji bulanan eksekutif itu, malah menunjukkan ketidakcukupan gaji setiap bulan iaitu RM750. Ini andaian bagi gaya hidup eksekutif yang paling minimum dengan kos hidup semasa. Cuba bayangkan jika eksekutif itu mengamalkan gaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Berapa agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang sentiasa berdoa agar anak mereka mampu memberi wang untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga.

Lebih menyedihkan, anak yang diharapkan membantu keluarga selepas bekerja, meminta wang daripada ibu bapa dengan alasan kos hidup tinggi dan baki gaji bulanan tidak cukup. Ada juga memikirkan alternatif mendapatkan wang tanpa perlu meminjam duit ibu bapa atau rakan kerana malu akan dicap ‘muka subsidi’ akan menjadikan kad kredit sebagai ‘abang long’ mereka. Dengan pelbagai promosi yang menonjolkan gaya dan aura kad kredit sebagai satu gaya hidup bagi eksekutif muda masa kini, maka terpesonalah eksekutif yang sering putus wang untuk menggunakan kad kredit sebagai sumber kewangan alternatif mereka. Tanpa mereka sedari atau sengaja tidak sedar diri, kad kredit itulah yang menjadikan mereka terus berhutang dan akhirnya hutang melilit pinggang. Mengapa eksekutif muda ini berhutang? Persoalan ini bukannya susah untuk difahami tetapi tidak mudah dicari penyelesaiannya. Jawapannya terletak kepada 5 P:

Personaliti

Peribadi dan sikap seseorang yang sememangnya suka berhutang kerana sudah menjadi satu kebiasaan kepada dirinya melihat ibu bapa, adik-beradik dan saudara-maranya yang memang suka berhutang untuk memenuhi kehendak dan keperluan diri. Ibu dan kakaknya suka berhutang beli perabot, hutang kain, hutang pinggan mangkuk, hutang langsir sehinggalah beli alat solek pun dengan cara berhutang. Jadi budaya berbelanja melebihi pendapatan dan berhutang sudah jadi amalan biasa pada dirinya, malah mendapat sokongan padu daripada keluarga.

Pengaruh persekitaran

Hidup mereka sentiasa dikelilingi mereka yang menjadikan hutang sebagai gaya hidup malah rakan turut memberi galakan berhutang bagi membeli kereta yang kononnya setaraf dengan kerjaya sebagai eksekutif.

Promosi

Institusi kewangan dan yang berkaitan dengan kad kredit memang mensasarkan golongan muda dan bekerjaya sebagai pelanggan berpotensi dengan membuat promosi besar-besaran dan habis-habisan untuk menarik eksekutif muda ini menggunakan kad kredit. Pelbagai iklan dan mesej yang digunakan untuk ‘memaksa’ eksekutif ini menggunakan kad kredit. Kehadiran jurujual yang tidak pernah penat ‘senyum dan ketuk pintu pejabat’ memang menjadikan taktik promosi ini sebagai strategi menarik golongan muda menggunakan kad kredit.

Pujian dan perasan

Sebagai eksekutif muda, banyak pujian dan dorongan agar mereka terus kelihatan anggun, cantik dan bergaya selaras dengan umur muda dan kerjaya mereka. Disebabkan terlena dan perasan dengan pujian itu, maka berlumba-lumba eksekutif muda wanita dan lelaki membeli barang berjenama yang bukan murah harganya, falsafah mereka ‘biar papa asal bergaya’ menjadikan mereka akhirnya papa dan merana kerana muflis. Siapa yang perlu dipersalahkan jika keadaan ini berlaku? Tepuk dada tanya selera!

Tidak cukup duit

Selalu pokai atau tidak cukup duit kerana gaya hidup mewah menjadi fokus utama mengapa golongan muda banyak berhutang. Tidak salah memilih apa juga gaya hidup yang anda kehendaki, tetapi ukurlah baju di badan sendiri, jalan mana yang hendak anda lalui, jalan menuju kebahagiaan atau kesengsaraan. Tekanan fizikal dan mental seperti sukar tidur malam, keresahan, gangguan fikiran, panas badan, pening kepala, kekeruhan air muka, kelesuan, kemarahan dan pelbagai simptom fizikal yang akhirnya menjejaskan kreativiti, prestasi dan produktiviti pekerjaan anda yang baru mencipta nama dalam bidang yang ceburi.

Sumber Portal Pusat Maklumat Rakyat (PMR).

Baca juga:


* * * * * * * * * *

Aku selalu tengok ada segelintir orang sangat bengang dengan kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak, marah sebab kadar muflis dan bankrap di kalangan orang muda meningkat, kadar hutang seisi rumah di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia dan sebagainya macamlah dah tak boleh hidup esok hari, tambah lagi ada yang terus menyalahkan kerajaan kat media2 sosial. Tapi dalam masa yang sama, orang yang bercakap tu tayang kat Facebook dan Instagram beli kereta yang mahal, renovate rumah, upload gambar lepak Starbuck hisap rokok, beg tangan pakai beg LV, pakai smartphone iPhone 6 dan sebagainya jenis kemewahan.

Tak tahulah pula sama ada mereka beli secara berhutang atau cash. Namun yang pasti, takde sapa2 pun termasuk kerajaan yang paksa sesiapa untuk berbelanja dan berhutang sampai di luar pendapatan dan kemampuan sampai membebankan diri sendiri, lainlah kalau orang yang rasa terbeban hanya dengan berbelanja barang keperluan, itu memang patut bengang dan wajar dibantu kerajaan. Tapi kalau sampai diri sendiri jatuh muflis, itu salah diri sendiri, bukan salah orang lain.




tags: gaya hidup mewah punca anak muda muflis golongan belia muflis akibat belanja luar kemampuan eksekutif muda bankrap kadar hutang isi rumah tertinggi asia

23 ulasan:

  1. Hmm...semua sbb kad kredit. Nak ban kad kredit? X praktikal pulak kalau sesiapa yg byk kerje outstation n entertain customer. Tp selalunya kad kredit yg byk menjerat anak2 muda..bila dah sekali pakai utk personal, boleh gian smpi pakai smpi limit dgn alasan nanti byk balik sikit2..tp setiap bulan mesti ada maslah dr segi kewangan yg perlu setel (mcm kereta rosak, hp rosak, etc). So pada masa 2 kita dah start terperengkap dgn kemudahan kad kredit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah UMNO-BN oiii!

      Padam
  2. Ya..memang terbaik. Aku tgk kawan2 aku memang bergaya abis, bak kata kerja gaji ciput seribu lebih pun hisap rokok dunhill. Dengan kereta lagi, lepastu slalu bercuti dengan kawan2 opis. Aku pelik..

    "aik?gaji aku yang lagi tinggi dari dia pun tak mampu nak hidup enjoy macam dia..ada ilmu cekau duit alam ghaib ke dia ni?"

    bukan sorang, tapi ramai lagi macam tu. Modified kereta segala bagai. Hp pulak boleh kata sentiasa up-to-date. Pakai tak sampai setahun, bli hp baru. Dah berumur nak dekat 30 (yg atas 30 pun ade) tak kawin2 lagi. Asyik sibuk berdating dan bercintan-cintun dengan awek2.

    Aku?aku pulak dah kawin. Aku pun pakai kereta gak. Myvi je. Motor sebiji. Kat kete tu je duit keluar bnyak sikit. Bab pakaian, memang aku pilih bundle (asalkan nmpak tak lusuh sngt). Selagi boleh pakai (tak koyak atau kena kotoran yang tak boleh hilang) aku tak akan bli baju baru suka2 hati. Makan pulak aku tak memilih. Nasi dengan ikan goreng dan boleh 'On'. Kos makan aku sehari aku bajet tak lebih RM 7. (makan pagi n tghari sekaligus..nasi lemak RM 1.50 sebungkus..beli 2 bungkus..RM 3. Lepas tu makan malam pulak aku masak kat rumah je. Bini aku pun tak memilih bab makan. Tolak duit bagi kat ayah, kat mak dan sikit belanja utk adik kat U serta duit utk bini dan belanja barang rumah..aku de baki bnyk lagi. Jalan2 bersama keluarga pulak sebulan maksimum 2 kali je. Memang kawan2 aku cakap aku selekeh dan tak enjoy.

    'dey..nak enjoy tunggu gaji ko atas sepuluh ribu la"

    Hasilnya aku dpat simpan bnyk dan setelah kumpul hampir 2 tahun, dah boleh bli rumah teres 1 tingkat. rumah teres kecik je? apa aku kisah. asalkan rumah aku sendiri. Daripada kawan2 aku, tak abis2 dok enjoy kat luar sana, kawin pun tidak lagi. umur makin meningkat. Gaya hidup tu beb..sampai bila nak 'lagho' macam tu. Kalau hidup ko berkiblatkan hiburan bersama rakan pejabat sepenuhnya..maka satu sen pun tak tinggal. Tapi kalau ko gunakan duit tu untuk bantu keluarga ko (biar ko selekeh dan makan tak sedap pun takpe), ishaallah..tuhan tambah rezeki.

    Ingat ye, ketika setiap kali berbelanja..utamakan

    1. 'keperluan dan keutamaan',
    2. 'pahala lebih dari keseronokan hiburan',
    3. 'senyuman ahli keluarga lebih dari senyuman rakan'
    4. 'daripada utk kita lebih baik kepada bini dan anak2'
    5. 'Muka sedih sebab duit berbelanja sikit sebab bnyak menyimpan jauh lebih baik dari muka hepi duit belanja banyak tapi simpanan sikit'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life3 Disember 2014 6:07 PTG

      Yg ko jeles dgn member sendiri apahal? Duit diaorang suka hati diaoranglah nak beli apa pun. Kalau diorang mintak duit ko takpelah nak meroyan tulis pjg2 kat sini tp aku tengok takde pun

      Padam
    2. 'Daripada kawan2 aku, tak abis2 dok enjoy kat luar sana, kawin pun tidak lagi'. Common laa brader, tak semua orang bujang macam tu. Sibuk fikir nak kawin padahal mak bapak kau yang duk tanggung kau dari kecil sampai besar ada kau balas jasa dorang? Spend time dengan dorang? Bawa dorang bercuti? Kau bagi duit? Rumah? Kereta? Adik beradik kau semua? Ada orang yang tak kawin lagi mungkin ada sebab. Ada pros and cons nya. Kau jaga je laa keluarga kau tu daripada sibuk mengata hal orang.

      Padam
    3. kat sini aku nak sebat sama rata. first skali anon 5.00, bagus la boleh simpan banyak, tapi jangan riak pulak sebab bnyk bntu keluarga.

      kedua, shrek gay..anon tu tak berbunyi jeles pun. dia mcm nak bgtau yang jgn hidup boros sngt je. (tu yg aku nmpk la). org tegur tak bermakna jeles. tapi kadang2 nak ubah idup org lain.

      ketiga, A. ainism..lu ni memang awal2 lagi pemahaman tahap budak tadika..dia cakap pasal kawan dia..dia tak cakap pasal semua org bujang. So..sebab level lu bodoh sngt..aku tak perlu tegur bnyak2..kang komen aku ni pun ko jadi salah paham malah tak paham.

      Padam
  3. Gaji 10k hutang 400k
    Dgn gaji 1.5k tapi xda hutang. Yg mana 1 korang nk pilih?

    Idup dlm negara ni keperluan kita mcm kereta, rumah memaksa org ramai berhutang. Kalu bab kereta boleh bli kete seken wira waja xsmpi 20k.

    Tapi bila sampai bab rumah aku sedih. Nk dpt bwh 200k pun payah. Yg ada 200k 300k keatas. Agak dgn gaji 1.5k mampu ke nk bli rumah?

    Skrg ko tgk nilai duit singapore dh naik. Diorg rilex je bli rumah stakat 1J baru 300k lebih duit diorang. Las2 melayu juga menyewa sampai ke mampos ..

    Bab org muda berhutang bli barang yg xperlu aku xnak komen tu bergantung kpd attitude sama ada ko jenis boros atau pandai berjimat ..

    BalasPadam
  4. ko ni betol2 bloger BANGANG noob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dh ko bijak sgt bawak la mai satu entry gua nk baca. Gua nk jugak tgk stakat bijaknya ko ni .

      Padam
    2. yg bangang tu blogger umngok yg serang umno bak kata najib

      Padam
    3. ko ni betul2 takde telo la 6:18ptg

      Padam
  5. apa??? PlayStation dh 20 thn?? biar betul??

    BalasPadam
  6. ko ni mcm menteri la noob.. kalau harga barg naik sila ubah gaya hidup.. tp gaya hidup menteri x diubah pn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai ape la yg bangang sangat hang ni

      Padam
  7. fuh, bile noob sentuh bab org muda berhutang ni, ramai betul yg marah.Nmpknye spesis2 kaki boros dan berhutang ni pun reti butthurt dan melenting bile disentuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai ke? Yg aku nmpk stakat ni 2 org je yg komen xstuju dgn entri ni, yg lg sekor anon tu pulak troll plain83 je..

      Padam
    2. haha..dia tak cakap pun stakat ni. dia cakap ramai..nanti bawah2 lagi ada la tu.

      Padam
  8. tu x ter masuk duit rokok lg.....

    BalasPadam
  9. Biasa kalau jumpa mana-mana penasihat kewangan pun akan cadangkan elakkan kad kredit kalau tak perlu. Kalau setakat kerja pegawai kerajaan gred 41, tak perlu pun urusan kad kredit semua tu. lainlah kalau sibuk dan memerlukan macam selalu kena ke luar negara ke.

    BalasPadam
  10. Bebudak sekarang..memang buas berbelanja. Guna duit tk hingat dunia.

    BalasPadam
  11. Cara urus duit yang paling penting. Aku start kerja gaji RM1600(2009). Sewa bilik je. Kereta aku guna satria tahun 1997 yg aku beli waktu belajar. Habis semua simpanan dalam tabung unta aku.RM1600 di KL memang tak dapat simpan langsung,tapi aku gagahkan juga buat Loan ASB RM30000. memang terasa RM197 dipotong tiap2 bulan. Bila aku dapat kerja lain, aku simpan hasrat nk tukar kereta. dengan gaji RM2500 aku berjaya buat loan rumah berharga RM213000(tahun 2011) sebab aku tak ada komitment apa-apa. Alhamdulillah selepas bertahun2 tahan nafsu, telan air liur tengok kawan-kawan semua mewah berbelanja,aku baru berjaya beli kereta sendiri,dan dalam proses untuk iklankan rumah kedua untuk disewa, tanpa minta ihsan ibu ayah. Dah 3 tahun aku guna kredit kad. hutang aku tak pernah cecah RM1000,sebab kita kena faham konsep kredit card, guna bila perlu. aku guna bila aku ada kecemasan, bila aku ada cash tapi sebab aku nk collect point credit card.

    BalasPadam
  12. hi.. jom kenalan. saya angel 0123420379

    BalasPadam
  13. Walaupun bergaji 2-3k tetapi masih dalam golongan miskin bandar kan. Kalau graduate terus beli kereta lagi la. Kalau pandai manage boleh gunakan public transport dulu ke semntara stabil. Keperluan kredit card hanya pada yang penting sahaja seperti isi minyak kereta ke.
    Memang perlu manage duit sebaiknya.
    Kalau tidak memang duit sentiasa tidak cukup.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...