Khamis, 4 Disember 2014

15 Jangan membakul sampahkan maruahmu wahai perempuan

Pergaulan bebas zaman sekarang sudah menjadi perkara biasa malah yang tidak pernah berbuat sedemikian akan dicemuh kerana dianggap tidak ikut peredaran zaman. Dekat sini aku nak luahkan perasaan yang terbuku selama ni yang merujuk kepada perempuan terutamanya. Kenapa perempuan? Sebab aku juga perempuan. Aku tak sanggup nak tonton "wayang dunia yang realiti" yang menindas darjat wanita. Maruah dan harga diri dibuat macam sampah. Jujur aku cakap perempuan macam ni langsung tak ada harga diri, tak ada rasa malu dengan orang ramai. Malah bangga buat benda-benda macam ni. Mudah terpengaruh dengan budaya barat yang langsung tak ada moral.


Mana perginya sifat malu yang sepatutnya menjadi sebahagian dalam hidup kaum hawa..? Tolong jaga maruah diri for sake of your future husband..! Jadikan suami seorang yang bertuah kerana dapat isteri yang tidak pernah dinodai dan diratah dengan pandangan bernafsu lelaki diluar sana. Jangan sesekali memberi peluang untuk lelaki ambil kesempatan. Islam nak pertahankan maruah wanita dan mengangkat darjat seseorang wanita daripada ditindas tapi sayang wanita zaman sekarang tak kenal erti atau nilai sebenar sebuah darjat yang memang sudah ada pada setiap insan yang bergelar wanita. Hargailah diri wahai wanita...


Apa yang perempuan zaman sekarang nampak adalah untuk mengejar keseronokan dan populariti semata-mata. Langsung tidak ambil kisah tentang dosa dan pahala. Sedangkan ibu ayah sentiasa solat dan berbuat amal tetapi masih lagi mendapat dosa kerana tidak mengendahkan si anak perempuan yang tidak menjaga tingkah laku. "Saya sayang ayah, selamat hari bapa buat ayah yang tersayang", "Saya sayang ibu, selamat hari ibu buat ibu yang tersayang" ; antara ucapan yang sering didengari dan "diupdate" di media-media sosial bila menjelangnya Hari Bapa dan Hari Ibu.


Ya, sayang ibu sayang  ayah, tapi kita turut menjadi penyebab kedua insan yang tersayang ini ke dalam api neraka.. Kesiankan kedua ibu ayah kita. Meraka sudah dimamah usia dan apa yang meraka mahu adalah kebahagiaan dunia dan akhirat. Pesanan yang terakhir, berubahlah kearah yang lebih positif dan bertaubat selagi ada masa.

Ingatlah rakan-rakan, mati itu pasti dan amatlah rugi jika tidak sempat bertaubat sedangkan Allah sudah beri kita banyak peluang untuk kita berubah. Berubah tidak semestinya 360 darjah, lakukan dengan perlahan-lahan yang penting ada usaha dan semangat dalam diri. Jadilah mati sebagai ingatan sebelum membuat satu tindakan. Aku pun perempuan yang banyak dosa. Marilah kita berubah kearah  kebaikan sebelum terlambat....





Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Nuranis 091.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar pergaulan bebas lelaki perempuan wanita budaya barat liar seks sex bebas romen zina campur tiada batasan

15 ulasan:

  1. pertama...ohyeah..isap sikit

    BalasPadam
  2. Itulah.

    Kekadang..aku tak faham tengok perangai orang perempuan ni.

    BalasPadam
  3. hi.. call saya.. angel 0123420379

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak nyah thailand mane pulak sesat ni

      Padam
  4. asal kapel beromen, org pompuan je yg dipersalahkan sbb membakulsampah maruah dia... yg si lelaki yg menjadi bakul sampah tu xnak salahkan pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pastu klu pompuan tu tak nak.... laki tu kata sombong la paksa2 org pompuan tu kasi no fon la ajak sembang la dh terang2 pompuan tu xnak.... ak yg laki kat situ bengang tapi ak xleh buat pape sebb semua kwn2 bdn sado dok siul kat awek tu kesian kan.......... loser gila ak kan ye dak hanya mampu tengok je....... oleh tu nak gi jalan2 awek tu kena la berteman rakan2nya....

      Padam
  5. bercouple bukan lesen nak pegang2 bermanja2 melampau menjilat2 menjiwang2 tapi apa org peduli..................... T_T

    BalasPadam
  6. kenapa perempuan je yang asik kene kalau soal2 maksiat ni dibangkitkan? perempuan tu ilang maruah sorang2? lelaki2 yg terlibat tu semua maruah dia tak ilang? jaga maruah untuk suami bangga pada malam pertama sebab dapat pecah dara? weiii jaga maruah sebab nak dapat keredhaan Allah tu yg paling utamalah! wei penulis pandangan ko berat sebelah. memanglah perempuan tu bersalah sebab tak jaga diri dia, tapi lelaki pun sama! perempuan tak bermaruah memang senang disebut, tapi laki takde maruah takde sapa nak peduli. lagi hina aku rasa lelaki yg ada sembilan akal menggunakan akalnya untuk memperdaya perempuan yg ada satu akal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dh tau lelaki menipu yg bodoh sgt pi percaya kasi maruah tu kenapa?? xkan org pompuan ni bodoh sgt sampai mudah diperdayakn, ye x? ikut je ckp laki ye x? org laki minta tetek, bagi.. org laki mintak lubang, bagi... alahai murahnya maruah org pompuan.. lps tu diri sendiri yg bodoh sbb percaya kt org laki, lg nk salahkn lelaki.. shit gile

      Padam
    2. satu soalan, orang lelaki ada "rahim" tak? tak ada, tapi tak ada perempuan nama Rahim betul tak? Ada surah Ar Rijaal dalam Quran tak? Surah An-Nisaa' ada! jadi sebagai lelaki, nasihat aku hentikan menjadi male chauvinist...perempuan wujud atas kesepian hidup seorang lelaki, kita kena angkat perempuan sedarjat dengan kita...along the way, perempuan akan banyak buat silap...jadi sebagai bapak, suami, abang...kau kena guide perempuan dalam hidup kau...

      Padam
    3. aku sokong kau eddeved. dah memang perempuan memang dasarnya lemah dan lembut. kalau dihalakan dengan perkara yg betul dia akan jadi anak, kakak, isteri, ibu, dan ahli keluarga yg baik dan penyayang, kemudian darinya akan lahir generasi yg baik juga. tapi bila dia tersasar itulah yg macam2 terjadi sekarang ni. sebab dijadikan lelaki dengan fizikal dan akal yang lebih dapat membantu kelemahan wanita ni. dan terjadilah kehidupan yang saling lengkap melengkapi dgn panduan agama masing2. perempuan bodoh bg je apa yg lelaki mintak, abes tu lelaki mintak yg bukan haknya tak bodoh???? double bodoh!

      Padam
    4. Perghh!komen paling bernas dari eddeved. aku setuju dengan hujah ko eddeved.

      Padam
  7. Perempuan yg baik adalah untuk lelaki yg baik, perempuan yg tidak baik adalah untuk lelaki yg tak baik... dulu pernah dengar satu cerita (kalau sekarang memang pelik cerita tu) tapi ini cerita masa saya muda lagi... kisah seorang perempuan yg dimarah seorang lelaki yg mengurat dia melalui telefon... lelaki tu ajak dia dating... dia jawab, boleh tak awak jumpa mak bapak saya dan nikah dengan saya dulu... hahahah marah sungguh lelaki tu...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.