Selasa, 30 Disember 2014

15 Aktiviti perogolan balak yang menyebabkan banjir

Tidak dinafikan kegiatan "perogolan balak" yang memusnahkan kawasan tadahan air serta menyebabkan tanah gambut yang menyerap air terhakis dan akhirnya tanah laterit masuk ke sungai dan mencetekkan sungai adalah salah satu punca yang mengakibatkan bencana banjir. Namun, masalah aktiviti pembalakan ini mahupun secara halal ataupun haram ini bukan untuk dituding jari kepada salah satu pihak, sebaliknya tanya balik kepada semua penguasa dan pemerintah2 kerajaan negeri dan persekutuan, apa sudah jadi?

Gambar hiasan

Kelantan banjir teruk, ada yang mengaitkan dengan isu pembalakan di Kelantan, tapi bagaimana dengan negeri2 lain yang turut banjir? Apa di sana tiada aktiviti pembalakan? Apa banjir ini hanya berlaku semata2 kerana pembalakan?


Bagaimana pula dengan pembalakan di Terengganu? Adakah balak2 yang hanyut dek banjir itu dibawa air bah dari Kelantan?


Bagaimana pula dengan Cameron Highland yang dah beberapa kali berlaku banjir lumpur dan tanah runtuh akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal?


Begitu juga dengan negeri2 lain seperti Kedah, Perak dan Johor, apakah tiada aktiviti pembalakan sama ada halal atau haram di negeri2 ini yang turut berlaku banjir?

Kelantan = negeri PAS.
Selangor = negeri PR.
Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor = negeri BN.
Itu belum kira Sabah Sarawak yang juga penuh dengan aktiviti pembalakan.

Orang lain bukan sentiasa salah, kita bukan sentiasa betul. Balak ini bukan isu parti tapi isu pemerintah, tak kira siapa2 yang memerintah. Sebab itu teguran dan kritikan perlu dibuat secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat, baik dari negeri BN mahupun negeri PR, bermula dari pemerintah politik, pemerintah berdaulat, agensi2 penguasa kerajaan, syarikat2 pembalak dan lain2 pihak yang terlibat.

Harap dengan kejadian banjir ini, bermuhasabahlah semuanya, terutama para pemerintah. Ingatlah, kerja anda bukan sekadar memerintah, tapi juga mentadbir dengan betul. Hutan2 ini korang kena jaga, bukan korang pulak yang tolong gondolkan.




tags: aktiviti pembalakan tebang kayu pokok balak halal haram kelantan gua musang terenganu pahang cameron highland perak johor kedah kawasan tadahan air hujan punca kesan banjir kilat lumpur tanah runtuh

15 ulasan:

  1. pertamax!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Nice entry....antara perkara pertama yg boleh muhasabah diri.

    Tp apa yh sy nmpk..banjir yg berlaku disebabkan limpahan air sungai yg sangat mendadak disebabkn hujan berterusan, so bandar yg berhampiran dgn sungai yg terjejas teruk. Patern yg sama berlaku di mana2 negeri di mana banjir berlaku di kaw berhampiran sungai. Bg sy...disebabkan hujan yg berterusan ditambah dgn hutan yg dirakus sehingga tiada punca tadahan/simpanan air menyebabkan situasi bencana mcm ni.

    Ada quote yg menarik dikongsi:
    High mentality person always talks about idea
    Middle mentality person always talk about proses
    Low mentality person always talk about PEOPLE

    Renung2kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cai xnak tanya mana anwar lg ke keh keh keh

      Padam
    2. Sy x interested nak tanya mana anwar ataupun najib...sbb cite pasal org x membantu apa2. Cuba anda merupakan mangsa banjir, rumaj dah jahanam, kereta serupa hancur. ..so masa 2 nak tanya ke mana anwar atau najib, fokus utama ialah ada sesiapa yg nak bantu anda meringankan pemderitaan yg ada. Just be matured in ur actions...memcari kesalahan org xkan selesaikn masalah sedia ada, just focus find solutions. ..

      Padam
  3. Pembalakan diluar kawalan ke..sapa yg sepatut kawal...atau saja dah tau...yg jadi mangsa rakyat...tokey balak kaya raya

    BalasPadam
  4. kerjasama saja la... apa nk gado2.... rakyat tgh susah hati... nk cr punca byk blh crite... politik d Malaysia? Sama jer bodoh nyer...

    BalasPadam
  5. Ini semua salah Anwar Ibrahim. Bala demi bala, semuanya disebabkan Anwar Ibrahim. UMNO dan BN adalah parti suci murni yg sentiasa dijagai Allah. Kepada UMNO totok menyembah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macai detected....xpun sarcastic statement. Jgn dilayan sgt komen2 diatas ye...

      Padam
    2. Jangan komen UMNO BN lebih-lebih. Mereka adalah parti pemerintah yang kita wajip sokong. Paham!!!!

      Padam
  6. balak antara cara senang nak dapat duit...

    BalasPadam
  7. takpe...kita bole doa beramai ramai lagi dalam stadium supaya najib dan geng umno pecah perut sebab tolong kelantan yang serambi mekah tengah banjir

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengar rosmah pakai jet negara betul ke..? ..sapa yang bayar minyak dan service jet..?memang soalan ni x membantu mangsa banjir tapi kalau perbelanjaan untuk jet ni boleh dialihkan ke pembinaan sebuah bangunan tetap untuk segala kes kecemasan kan bagus ..kalau berlaku banjir..rakyat dah tau berkumpul kat mana..dalam bangunan dah siap bekalan makanan dapur gas..selimut dan keperluan lain..yang sentiasa di update dalam stor..banjir ni setiap kali bulan 12-1 akan berlaku ..xkan la x bersedia lagi..kalau banjir x leh uruskan camana nak uruskan radiator nuklear..yang lebih berbahaya dan high risk

      Padam
    2. Mencegah lebih baik dr merawat...so setelkan isu pembalakan haram dulu. Kalau asyik fikir nak sediakan kemudahan selepas banjir, so we anticipate next and same event utk tahun depan? Pembalakan haram pun kena check, tanggungjawab siapa yg benarkan pembalakan yg melampau..salah kerajaan negeri atau persekutuan.

      Padam
  8. Kalau dah negeri2 jajahan dua2 parti politik pun tercalit, kan ke ada pembolehubah lain yg memainkan peranan selain politik?
    Contohnya sifat tamak haloba dan sombong manusia itu sendiri.
    Campak laa dekat mana2 parti sekalipun, kalau dah tamak, tamak jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Man can fulfill their needs, but impossible to fulfill their greed..forever.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.