Iklan Leaderboard

Selasa, 16 Disember 2014

12 Sejauh mana anda menerima minat pasangan anda

Setiap manusia itu berbeza yang punya minat, kegemaran, hobi, citarasa dan kesukaan mereka masing2. Namun apabila seseorang itu sudah masuk alam perkahwinan, pasangan kita juga mungkin tidak meminati apa yang kita suka, mempunyai kegemaran yang lain, benci dengan minat kita namun ada juga yang punya kesukaan yang sama. Ada juga pasangan yang boleh menerima kegemaran kita, ada juga pasangan yang tidak boleh menerimanya. Berikut adalah jenis2 hubungan dan tahap penerimaan yang biasa wujud dalam sebuah pasangan suami isteri terhadap minat dan kegemaran mereka:


1. Pentingkan diri

Pasangan yang mementingkan diri ini tidak kisah kepada perasaan dan emosi pasangan, apa yang pasangannya buat saling tidak kena dan selalu mendapat halangan. Mereka hanya mahukan pasangan mereka ikut cakapnya dan menjadi seseorang mengikut acuannya tetapi tidak mahu mengikut cakap pasangan. Dia hanya mahukan pasangannya sentiasa mengikut, suka dan minat kepada kegemarannya dan tidak suka kepada kegemaran pasangannya, malah melarang minat pasangannya itu. Jika isteri minat K-Pop dan suami minat Bunkface, dia akan paksa suaminya untuk minat K-Pop dan melupakan Bunkface.

Rumahtangga seperti ini selalunya akan berakhir dengan penceraian kerana langsung tiada tolak ansur dan give and take, kalau masih bersama pun sukar untuk mengecapi kebahagiaan dan pasangan pasti akan bosan, makan hati sampai ke tua atau membuat sesuatu yang di luar dugaan seperti curang, main kayu tiga dan sebagainya.


2. Saling menghormati

Saling menghormati adalah tahap paling asas dalam sebuah rumahtangga yang mahukan kebahagiaan. Suami menghormati cara, pandangan dan minat isteri, manakala isteri juga menghormati cara, pandangan dan minat suami, walaupun masing2 mungkin langsung tidak minat terhadap kegemaran pasangan. Suami atau isteri tidak menghalang pasangannya untuk melakukan aktiviti kegemaran dan minatnya.

Seperti contoh sang suami minat memancing dan menonton bola, walau isteri tidak minat namun dia tidak menghalang suami untuk pergi memancing dan menonton bola bersama rakan2nya atas dasar hormat. Begitu juga jika isteri minat dengar K-Pop, suami pula tidaklah menghalang isteri dari pasang lagu K-Pop berulang2 kali dalam kereta walau suaminya menyampah gila. Pasangan yang saling menghormati ini tidak mementingkan diri sendiri, mereka juga tidaklah menghalang minat pasangan, tapi tak juga menyokong dan ingin ambil tahu sangat. Konsep yang digunakan adalah kau hormat minat aku, aku hormat minat kau.


3. Saling memahami

Pasangan yang saling memahami ini naik satu anak tangga lagi dalam mengecapi kebahagiaan rumahtangga. Mereka bukan sahaja saling menghormati minat dan kegemaran pasangan, malah boleh mengikut dan turut serta dalam aktiviti tanpa sebarang rungutan walaupun mungkin mereka tidak berapa minat dengannya. Ini kerana mereka memahami pasangan mereka, cuba untuk ambil tahu minat pasangan serta mahu memberi galakan dan sokongan secara tidak langsung kepada pasangan. Pasangan yang saling memahami ini saling melengkapi antara satu sama lain.

Contohnya suami minat main futsal, walaupun isteri tidak minat tapi isteri sanggup ikut menemani suaminya bermain futsal berbanding tinggal kat rumah buat aktiviti lain, atau isteri yang suka menonton drama cinta palsu melayu, walau suami tidak suka namun boleh lepak bersama2 isteri untuk menonton cerita tersebut. Kebanyakan pasangan yang bahagia dan yang kekal lama berada di tahap ini.


4. Saling meminati

Ini adalah tahap paling tinggi dalam sebuah pasangan bahagia, bak kata orang ada chemistry atau keserasian. Kedua2nya mempunyai kegemaran, kesukaan dan minat pada perkara yang sama. Kalau suami seorang gamer, isteri pun kaki game. Kalau suami suka anime, isteri pun layan anime. Kalau isteri suka memasak, suami juga hobinya memasak. Kalau isteri minat lagu One Direction, suami pun minat juga. Kalau suami seorang hafiz, isteri pula seorang hafizah. Kalau suami suka UMNO, isteri juga suka UMNO.

So apa2 aktiviti kegemaran dapat dilakukan bersama dan sama2 enjoy kerana masing2 pun punya minat yang sama. Kalau anda jumpa pasangan yang sama minat tu kira bonus dan anda memang seorang yang bertuah, sebab pasangan yang mempunyai minat yang sama ni jarang wujud. Kadang2 tu bila terjumpa orang yang sama minat dah terlambat pulak, sebab orang tu dah jadi suami atau isteri orang.


So sejauh manakah tahap penerimaan anda terhadap minat pasangan anda?




tags: tahap penerimaan seseorang suami isteri individu terhadap minat citarasa kegemaran hobi kesukaan pasangan kahwin rumahtangga

12 ulasan:

  1. sejauh mata memandang laa~ pertamaxxxxxxxxxxxxxxxxxx semua bwh loser!!!!! lol terima la kekalahan anda haha2

    BalasPadam
    Balasan
    1. se loser2 aku x seloser org ats, hmm kaki game mcm ak loser je duk sorang smpi mampus haha2 selalu jumpe awek minat game yg pandai arrange masa selalunya dh kena kebas seperti kilat dan walaupun ak mcm memilih xpe la mkn minum game janji jgn tinggal solat tu je le kekuatan yg ada heh :D

      Padam
    2. Takpe bro, lambat laun ade la jodoh lu, wa doakan lu cepat2 datang jodoh agar cepat mengecap kenikmatan berjimak seperti insan yg lain. Hehe
      -Din ciku

      Padam
    3. laa...mengaku dah keloseran kau ye seriously? Alhamdulillah! Insaf dah setelah ditarbiyah...ha ha ha~

      Padam
    4. SiRosli membebel!

      Padam
    5. meleis..meleis.. tak habes2 dgn kebebalan.. syukur dapat jadi bebal.. memang ini yang rasulullah ajar.. bangge sungguh dia dapat umat yang bebal.. teruskan kebebalan anda.. wuhuuu..

      Padam
    6. ramai nya loser reply keh keh2

      Padam
  2. awek aku minat kpop.. aku pn minat kpop gak, sbb aku gay

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, laki kalo minat kpop jd gay eh?
      -Din ciku

      Padam
    2. Shrek is love,Shrek is life17 Disember 2014 6:33 PTG

      Din, kl laki tu minat kpop sebab suka tengok group member muka jambu,yup dia seorang gay

      Padam
    3. haah laki kalau minat kpop dia mmg gay. kamon la dh nama laki maskulin la sikit.. group kpop muka jambu tu utk tarik perhatian org pompuan je

      Padam
  3. nice entry :) aku rasa aku boleh terima apa yg buah hati aku minat sebab aku hormati dia..tapi nak libatkan diri aku dalam apa yang jadi kegemaran dia tu, aku memang failed la..even kami x sama, tapi ada benda yang jadi kegemaran kami dan km teruskan macm besa...benda mcm nie kalau kita faham dan hormati, semua perbezaan akan jadi satu keunikan tersendiri..tu pandangan aku la...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...