Iklan Leaderboard

Jumaat, 26 Disember 2014

7 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 7

[TONTON SECARA LANGSUNG / LIVE ONLINE STREAMING] Maharaja Lawak Mega 2014 masuk minggu ke-7 dengan hanya 9 peserta lagi yang tinggal. Minggu ini temanya sangat baik iaitu Komedi Bermoral. Mungkin demi mengenangkan isu banjir yang melanda negara sekarang ini atau mungkin sebelum ini banyak komedi2 yang dipersembahkan tidak bermoral. Yang pasti, perkara yang bermoral dan isu yang intelektual memang agak sukar untuk membuat orang gelak, mungkin sekadar terhibur sahaja.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 7 di bawah.

TEMA: Komedi Bermoral

1. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak keluarga adik beradik.
Moral: Mat rempit, bersyukur dengan apa yang ada, jangan bergaduh depan rezeki.
Komen: Sketsa dimulai dengan lawak ulangan adik beradik belajar dan sedang menjawab soalan kerja rumah. Persembahan Zero pada minggu ini sangat menurun. Aku harap jangan diulang lagi sketsa yang sama minggu depan. Zero ni boleh meletup dengan lawak2 kejutan, bukan lawak ulangan.

Rating juri: 3 bintang.

2. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak stand up comedy.
Moral: Sikap buruk pemandu atas jalanraya.
Komen: Nabil menceritakan pengalamannya ketika zaman remaja yang tidak bermoral terutama ketika di atas jalanraya seperti bawa laju, langgar traffic light dan parking di parking khas OKU yang aku kira, memang kena dengan sikap kebanyakan pemandu di Malaysia.

Rating juri: 4 bintang.

3. JALOR (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak budak sekolah dalam kelas.
Moral: Jaga kebersihan makanan, jangan ejek kawan, kesabaran guru dalam mendidik anak murid.
Komen: Ragam budak2 sekolah yang suka buat lawak loyar buruk dengan cikgu. Aura pelawak diorang kurang tapi punchline diorang sebenarnya agak power jugak.

Rating juri: 3 bintang.

4. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak pengacaraan, lawak situasi, lawak lakon semula.
Moral: Sikap tipikal masyarakat orang Malaysia seperti penyokong bola sepak, sikap budi bahasa orang muda dengan orang tua dan sikap juri dalam pertandingan.
Komen: Idea SYJ minggu ni memang sangat kreatif, bukan sekadar memasukkan unsur moral dalam sketsa tapi menceritakan perbezaan sikap yang tak bermoral dengan bermoral lepas makan pil bermoral, dan lawak pasal penyokong wanita bola sepak Malaysia yang tergedik2 dengan Charyl Chappuis pemain nombor 7 Thailand memang best.

Rating juri: 5 bintang.

5. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak keluarga orang tua dan anak.
Moral: Seorang bapa boleh jaga ramai anak, tapi ramai anak belum tentu boleh jaga seorang bapa.
Komen: Sketsa SHIRO berkisarkan seorang ayah yang buat2 nyanyuk terhadap anaknya sebab terkenangkan perangai anaknya sewaktu kecil. Part ending memang twist gila dari gelak terus jadi sedih sampai juri pun boleh hampi menangis. Tapi SHIRO memang bab lawak bermoral memang power,  sebab kekuatan lawak diorang pun adalah lawak budak baik.

Rating juri: 4 bintang.

6. SHAKE (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak bahan, lawak tong sampah.
Moral: Orang perempuan yang suka update semua benda kat FB, isu buang bayi, vandalisme, buang sampah di tempat yang betul.
Komen: Ideanya ada kat situ cuma tak berapa relevan, maksud aku, orang jadi tong sampah? Punchline lebih banyak kepada bahan membahan oleh Bell, tapi nak buat macam mana, kekuatan kumpulan diorang adalah lawak membahan.

Rating juri: 2 bintang.

7. BOCEY (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak orang kampung tangkap pencuri, lawak konfius.
Moral: isu pemimpin.
Komen: Sketsa diorang pasal orang kampung mengadu masalah kat ketua kampung. Aku rasa ini adalah sketsa paling lemah bagi kumpulan Bochey, persembahan macam kelam kelibut, malah Achey sampai2 tersasul dan tergagap2. Harap Bocey boleh bangkit balik pada minggu2 depan.

Rating juri: 3 bintang.

8. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak pengacaraan, lawak lakon semula, lawak situasi.
Moral: Sikap masyakat kita bila jumpa orang kemalangan, sifat orang kaya yang tak islamik, anak yang kurang ajar dengan bapa dan orang yang tak boleh kawal marah.
Komen: Kumpulan VIRUS buat kelainan dengan melakukan rancangan pengacaraan yang mengkehendakkan mereka melakon semula sikap buruk yang disebutkan. Initipati lawak lebih kurang sama dengan SYJ, dan SYJ punya lebih baik, namun ending twist tu memang kelakar.

Rating juri: 3 bintang.

9. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak muzikal, lawak berdebat, lawak bahasa, lawak spontan.
Moral: Isu peperangan dan penagih dadah.
Komen: SEPAHTU bermula dengan muzikal lagu untuk Rohingya, kemudian berdebat dan bermain bahasa, lepas tu masalah air kecing positif, dan bila part Shuib buat lawak diorang bergurau kat rumah sampai Jep tergelak2, walau aku tak faham tapi aku pun gelak jugak sebab Jep terkena dengan Shuib.

Rating juri: 3 bintang.

Man of The Match: Jep Sepahtu 

Peserta yang tersingkir: SHAKE

Kesimpulan:

Minggu ini persembahan kebanyakan peserta cuma so-so kelakarnya dan sekadar menghiburkan. Yelah nak menerapkan elemen moral dan nasihat dalam lawak jenaka memang sukar, pulak tu jika pengajarannya bertukar pula menjadi cerita sedih. Cuma minggu ini aku agak kecewa dengan kumpulan ZERO kerana buat lawak ulangan menyebabkan tiada kelainan dan kejutan dalam lawaknya, dan juga BOCEY kerana persembahan agak kelam kabut.

Minggu ini 3 peserta terendah adalah VIRUS, BOCEY dan SHAKE, dan akhirnya SHAKE terkeluar. Bagi aku SHAKE bukanlah teruk sangat malah persembahan diorang pun ok je, cuma dah minggu ke-7, yang tinggal pun yang bagus2 je so nak tak nak terpaksa jugak ada yang keluar sama ada yang kurang popular atau kurang bagus berbanding yang lain.

Dan kalau tengok kepada prestasi dan undian, aku rasa SEPAHTU dan ZERO adalah 2 peserta yang pasti akan ke final.

Ranking aku untuk persembahan Minggu 7:

1. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 5 bintang)
2. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
3. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 4 bintang)
4. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 4 bintang)
5. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
6. JALOR (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
7. SHAKE (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 2 bintang)
8. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
9. BOCEY (Laugh-O-Meter: HAHA |Rating juri: 3 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak | Super Hero Lawak
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 7 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh

7 ulasan:


  1. [KISAH BENAR]>>Peristiwa Pelik Berkali-kali Menimpa Jenazah Ini..
    apa Yang Berlaku??
    Klik untuk lihat gambar >> GAMBAR

    BalasPadam
  2. tak mengikuti sangat Maharaja Lawak ni... tapi kalau sesekali balik kampung semua diorang dok tengok

    BalasPadam
  3. noob, tolong buat ulasan pasal pesawat air asia yang hilang. aku takda masa nak cari artikel satu2. cukup artikel ko merumuskan semua. dapat berita air asia hilang aku terus bukak blog ko

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam bos bagi arahan pulak kau ni....

      Padam
  4. Virus tidak sehebat namanya

    BalasPadam
  5. seriously aku xminat langsung maharaja lawak ni
    aku xtau la pae yang lawak sangat diorang ni. hehhhh

    BalasPadam
  6. sepahtu the best!!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...