Gambar hiasan |
Berikut adalah tweet daripada Rosyam Nor mengenai isu ini yang melibatkan anak dia sendiri:
Pihak HAMLEYS pula memberi kenyataan bahawa anak Rosyam Nor telah diberi maklumat yang salah dan tidak tepat daripada salah seorang pekerjanya yang baru.
Ya, sebenarnya isu ni dah lama berlaku terutama di syarikat2 besar berstatus multinasional, perniagaan2 di kebanyakan pusat membeli belah, sektor perhotelan, penerbangan, syarikat2 yang dimiliki oleh orang Cina, malah syarikat2 yang dimiliki oleh orang Melayu sendiri banyak yang memilih bulu dan diskriminasi terhadap pekerja wanita yang bertudung atau berhijab.
Masalah ini sering dihadapi oleh rakyat2 marhaen yang beragama Islam di negara kita, namun ia tidak diambil kisah oleh pemerintah2 di negara ini, kerana mereka memang tidak peduli pun, kerana mereka sendiri tidak peduli pasal isu aurat, dan kerana mereka langsung tidak perlu berdepan dengan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat marhaen.
So bila rakyat biasa meluahkan masalah mereka di media sosial, di forum, di mana2, ia hanya hangat dikalangan orang biasa sahaja. Pemerintah, pembesar malah para konglomerat syarikat yang terlibat tidak peduli pun. Tapi bila ia terkena pada anak seseorang yang berstatuts selebriti yang punya banyak pengaruh, terus sahaja syarikat meminta maaf kerana takut ia akan memberi kesan terhadap keuntungan mereka akibat diboikot oleh orang2 Islam. Cuba kalau orang biasa sahaja yang mengadu, jangan haraplah syarikat2 ni nak layan.
Rasa ralat bukan? Aduan orang biasa, tidak dipedulikan, malah mungkin kita pula yang dilabel menipu. Aduan orang berpengaruh pula, terus diambil tindakan dan memohon maaf. Tapi nak buat macam mana, memang begitulah sistem dalam masyarakat kita berkerja. So aku harap, anak Rosyam Nor, anak2 selebriti, akan pemimpin, anak menteri, anak DS Najib, anak semua orang yang berpengaruh ni boleh turun padang dan cuba minta kerja di semua syarikat di Malaysia dengan memakai tudung agar korang semua dapat tahu sendiri realiti apa yang sebenarnya tengah berlaku dalam Malaysia hari ini.
Malah jika anda sendiri terkena pengalaman ditolak hanya kerana memakai tudung, teruslah buat komplen kat media sosial agar syarikat yang terlibat tu sedar betapa hipokritnya mereka. Jika tidak, tiada apa yang boleh berubah, tiada apa yang reform, tiada apa2 transformasi pun yang berlaku dalam sistem ini, sebab aduan dari rakyat biasa memang selalunya tak akan dipedulikan dan takkan dilayan.
tags: anak rosyam nor tudung habis spm minta kerja hamsleys ditolak tidak dibenarkan pakai tudung hijab minta maaf kenyataan rasmi facebook tiada dalam polisi
tipikal double standart yg semakin membarah didalam malaysiaku yg hampir mosnah?
BalasPadamrealiti kehidupan bro... yang ada nama cepat je respon... walaupun alasan dia bagi sangat2 tak logik... hadeh...
BalasPadambanyak isu kat sini... maybe syarikat tu cuba minta maaf nak cover jer... tapi hakikat sebenar memang begitu... kedua orang berstatus kalau komen akan dilayan, orang biasa dipandang sepi... ketiga kita tiada undang2 tegas menghalang kejadian ni... kasihan rakyat biasa yg bertudung kan...
BalasPadamMungkin ahli parlimen blh hujahkan d dewan yg mulia isu2 sebegini... kalu rasa org bepengaruh punya kuasa luar biasa la... hamley aka hamlau
BalasPadamBagus anak rosyam noor ni. Bapak kaya berharta pun sanggup p keja cari duit sendiri ..
BalasPadamNi semua nak selamat duit poket sendiri je...
BalasPadamYg mengadu orang terkenal dgn byk followers, jd sedikit sebanyak akan kasi kesan kpd bisnes Hamley's.
Kalau orang biasa mengadu, siapa peduli. Tak ada kesan sesen pon.
Mesti berhari2 nak cari alasan terbaik supaya nak ambil hati pembeli muslim..sbb mereka tau sekali diboikot mcm isu cadbury sekalipun, boleh drop sales secara mendadak. So, boikot je mana2 company yg amalkan diskriminasi agama dlm dunia pekerjaan....sbb melayu asyik ditindas n ditipu selalu...
BalasPadamAlah..berlakon je lebih.padahal kedai tu mmg tak bg org pakai tudung pun.nak cover baik punyee. Sekali yg diinterview tu anak org yg terkenal..mula la gelabah. Apa2 hal pun rosyam nor ngn anak dia mmg bagus. Kasi buke sikit mata yg selama ni tak nak buke isu2 mcm ni
BalasPadamSaya pernah bekerja di sebuah syarikat multinasional di ibu kota, alhamdulillah perkara sebegini tidak pernah dibangkitkan.. Mereka turut menyediakan 2 buah surau/bilik solat untuk kegunaan pekerja muslim lelaki dan wanita di dalam pejabat..
BalasPadamBagus la kalau dah sedar betapa meluasnya diskriminasi terhadap wanita bertudung. Ada baiknya kes sebegini terkena dan viral dari orang ternama. Baru ramai sedar dan ambil tindakan. Mungkin perlu ada mahkamah kecil yg minima birokrasi utk bantu kes2 sebegini. Tak perlu pergi ke parti politik kot. Kalau jumpa Shahrizat, ada CEO company tu kena tendang.
BalasPadamApa pasat mau bising bising. Lu olang malas business suka hati kita olang la mau ambil siapa kelija. Itu business kita olang punya. Lu kelija kuli musti dengar cakap kita olang. Lu mau kelija kena ikut lo. Tak mau ikut bikin sendili business la.
BalasPadamKadang2 ko noob.. banyak bende ko sokong BN dan PM... pasal harga minyak naik blablabla.. siap buat analisis betapa bagusnya harga minyak dinaikkan..
BalasPadamBila datang hal islam, mula ko merepek pulak pasal kerajaan..tak peduli itu ini la.. tau la ko cuba duduk atas pagar.. tapi biar jelas pendirian ko...
Ko pun mcm budak baru nak UP jugak ker? Mentang2 keje gomen. Komen lebey2, pasir la masuk periuk nasi.
aku tak perlu menjadi macai untuk menyokong hal kerajaan.
Padamaku juga tak perlu menjadi pembangkang untuk mengkritik hal kerajaan.
tak perlu la nak anggap kerajaan itu macam syaitan dan pembangkang tu macam malaikat, kedua2nya pun sama sahaja still manusia. aku seorang realist yang menulis guna akal, bukan guna emosi. walau aku bukan kerajaan, yang pasti bukan ko juga yang jaga periuk nasi aku.