Iklan Leaderboard

Ahad, 14 Disember 2014

33 Lelaki lebih suka janda berbanding anak dara

Nak nikah dengan anak dara sampaikan hantaran 12 ribu, pui!!! Baik aku menikah dengan janda lagi bagus, paling mahal pun 4 ribu je. Masak pandai, jahit baju pandai, pagi2 buat nasi goreng untuk suami sarapan sebelum pergi kerja, lepas tu buat bekal sandwich lagi buat suami untuk makan pada jam 10 pagi. Balik dari kerja ada nasi kerabu bawah saji untuk suami makan. Malam2 boleh jimak dengan bini pulak, bangun subuh pun bini gerak.


Kalau dengan anak dara, pukul 11 pagi tak bangun tidur lagi. Suami balik kerja petang dia pergi jalan dengan kawan2 dia di pantai. Selfie siap masuk dalam FB. Masak tak pandai, lipat baju tak pandai. Harapkan ada diploma dengan ijazah je boleh jadi mahal, buat jadi apa.

Luahan hati lelaki Kelantan di atas ni aku dapat dari group Whatsapp, aku dah translate ke Bahasa Melayu biasa, yang kat bawah tu yang originalnya dalam dialek Kelate. Mungkin dia kecewa sebab kahwin dengan anak dara tapi tak seperti yang diharapkan, maka dia merasakan lebih baik kawin dengan janda.


Dipetik dari blog Pensel Rajin ni pula:
Kita banyak mendengar tentang ramai lelaki sekarang berkahwin dengan janda-janda malah sering juga dengar ramai lelaki berkahwin dengan perempuan tua daripadanya dan perempuan itu bekas isteri orang. kenapa perkara macam ini terjadi?? Apa kelebihan janda dimata lelaki? Admin pun hairan kenapa perkara ini boleh terjadi. Padahal ramai je perempuan muda dan cantik-cantik. Korang boleh tengok sendiri lakan perempuan sekarang cantik. So, admin nak bagitau apakah keistimewaan janda dimata lelaki. Kalau betul bagus la, kalau salah sorry...

10 Sebab Mengapa Lelaki Sukakan Janda

1. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai menggoda

2. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda sudah sedia

3. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda senang kira

4. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda mudah mesra

5. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai menggula

6. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai menjaga

7. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai bekerja

8. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda tahu semua benda

9. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda senyumnya manja

10. Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda kurang belanja


Namun hakikatnya, yang sebenarnya kebanyakan orang lelaki kalau diberi pilihan antara anak dara dan janda, pasti majoriti akan memilih nak anak dara. Tak dinafikan semua orang mahukan benda yang baru dan yang belum pernah disentuh (mudah mudahan), sebab orang lelaki ni first yang dalam kepala hotak dia bila kahwin adalah seks, so kalau boleh mestilah nak yang baru yang belum disentuh lagi. Bagi perempuan pula seks tu bukan keutamaan, sebab yang lebih utama bagi diorang adalah cinta, kasih sayang, wang, harta dan lain2, sebab tu diorang tak kisah kahwin dengan duda, orang tua, atau lelaki gemuk tak hensem.

Yang kata kenapa lelaki sukakan janda tu, sebenarnya dia bukannya sukakan janda sangat pun, cuma mungkin sebelum ini dia pernah mempunyai pengalaman buruk berkahwin dengan anak dara, dan dia sebenarnya masih suka kepada anak dara kalau anak dara tu bersikap seperti janda, anak dara yang baru kahwin sudah pandai menggoda, sudah sedia, senang kira, mudah mesra, pandai menggula, pandai menjaga, pandai bekerja, tahu semua benda, senyumannya manja, kurang belanja dan lain2 seperti yang disebutkan oleh lelaki Kelantan kat atas tu, cuma mungkin kebanyakan sikap janda tiada dalam anak dara kerana tiada pengalaman.


Cuma satu yang kena ingat, seorang janda juga sebelum menjadi janda, mereka juga adalah anak dara ketika baru berkahwin sebelum itu. Mungkin kerana pengalaman mereka dalam perkahwinan sebelum itu yang mematangkan mereka justeru mereka lebih tahu dan mengambil pengajaran lantas memiliki sifat seorang janda yang disebutkan di atas dan menjadi isteri impian para lelaki.

Apa2pun, dalam perkahwinan sebenarnya bukan status bujang, anak dara, duda dan janda yang menjadi kunci kebahagiaan sesebuah rumahtangga, sebaliknya sikap, perangai, tolak ansur, hormat menghormati, tanggungjawab dan sebagainya.




tags: kenapa punca lelaki lebih suka kahwin janda daripada anak dara kelantan kelate dialek dialog kelebihan kekurangan perkahwinan cinta rumahtangga kahwin hantaran tinggi melayu suami isteri perempuan gadis wanita

33 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
    2. Ulasan ini juga telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. sama ada janda atau anak dara , jadi mcm tu sbb attitude . bkn sbb status . janda pandai melayan sbb dah ada pengalaman . dah jadi tanggungjawab suami utk membimbing isteri . kang nanti dpt janda murah x seperti yg diharapkan lak , maki lak janda tu ' patut lah kau jadi janda ' . org camni semuanya serba x kena . tapi klu nak kuar down payment 12k utk keta , ok jer . padahal keta tu cuma boleh bwk dia ke hulu ke hilir je . bknnya blh berkhidmat sampai akhir khayat dia pun kan ... lbh baik tgk diri sendiri tu bagus sgt ke idak kan ... kan , dah jadi panjang komennya ... heh heh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen ni aku agak setuju. Label anak dara atau janda atau bujang atau duda tu tak penting. Yang penting ialah kesefahaman di antara suami isteri. Kalau si isteri pun bekerja suami kena la faham si isteri tu pun penat. Tolak ansur tu penting dalam suatu perkahwinan. Berat sama dipikul. Ringan sama dijinjing.

      Padam
    2. haha2 tolak2 ansur2 sampai jatuh

      Padam
    3. Yg sbnarnya laki skng ni mau pmpuan yg super woman, kejanya bgos gaji tggi, berharta, mas kahwin free terus, mggoda mcm janda tp ank dara, cun melecun menawan putih melepak, pndai hal rmh tgga, agama bagus hafal al-quran, pandai mjaga laki jaga anak jaga diri jaga penampilan tip top wangi 24jam,utamakan laki mlebihi segala kecuali tuhan atau sama sptnya tuhan....nah,yg itulah isteri yg terbaik, dijamin msuk sorga.

      Padam
    4. lol Tanpa Nama14 Disember 2014 11:37 PTG perempuan sentap ke? keh keh noob dah terang2 tulis last2 pun kena tolak ansur2 smpi jatuh keh keh

      Padam
    5. Shrek is love,Shrek is life15 Disember 2014 9:35 PG

      Tampa nama 11:37 ni mesti perempuan andartu gemuk huduh. Of courselah laki nak wife dia pandai hal ehwal rumahtangga, ada agama. Apa guna kahwin dgn perempuan mcm haram jadah. Nanti anak jadi samseng salahkan sekolah, salahkan kerajaan walhal perangai parent pun sama je

      Padam
    6. Shrek is life,shrek is love. Mana ada perempuan perfect macam tu tolong bangun dari mimpi kalau ada pun takkan dia nak pandang lelaki macam awak, menghina physical wanita. Lelaki sekarang susah sikit l,ada flaw sikit complain sedangkan dia lah ketua keluarga takkan nak suruh followed yang baik,superb tapi ketua entah apa apa? That's why la even dapat isteri perfert 100% pun tapi suami macam emphh( tak tau nak cakap apa) institusi keluarga pun takkan elok jugak. Minority lelaki sekarang,kerja malas, harapkan duit isteri, ajar Bini anak agama entah kemana, tanggungjawab diberi kepada perempuan lain. Hmm

      Padam
  3. ntah la ak x tau tapi semlm baru ak leps dengar psl hubungan suami isteri dengar nasihat mufti menk...bagi masa la sikit....
    https://www.youtube.com/watch?v=ZKMiojCzH8E

    BalasPadam
  4. Bagus lah pelukis kartun nie.. Admin, dkt mana dpt komik nie?

    BalasPadam
  5. haha
    dlu janda tu ank dara jgk kot
    kalau yg mcm ni YES ! MG sokong la mcm tak guna je buat mjlis mcm ank raja tp lepas kawen bibik yg jaga suami ...hahaha :P

    BalasPadam
  6. Ada kawan aku..dulu dia bangga awek dia de PhD. Pastu bile kawin..hntaran tinggi sbb kelulusan tinggi. Kwn aku tu cuma de dip je. Keje pun bese2. Tu takpe ag..bini dia keje lecturer. Gaji besar sbb de Doktor. Dulu ok je..skrang kwn aku tu dah mcm tuli je aku tgk. Bini dia queen control. Aku nak tlng nasihat pun aku tak tau situasi tu rse cmner sbb bini aku pun xde PhD. Nazak gak bile pmpn belajar pndai sngt dan gaji jauh lagi besar dari suami. Kalau kes cmtu, cuma bergantung kpd si perempuan tu je utk tau hormat suami dan tak bndingkan kerjayanya dengan kerjaya suami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep mentaliti..... bukn senang nak kenal mentaliti bini sendiri atau suami sendiri mcm mana? bila dah kahwin time tu baru kenal...tu sebb kena tengok mcm mana gaya hidup seseorang gak... kalau hari2 ulang alik masjid ke? ulang alik shoping complex ke? tu sebb ad sesetengh orng suka bertanya org2 yg dekat ngan org yg nak dikahwininya... mcm mana gaya hidup dia? hari2 mkn kat rumah sebuln sekali mkn luar ke? @ hari2 mkn luar pastu lak nak mkn tmpt branded saja mamak2, kedai tepi jln x main la? terpulang cita rasa masing2 kot hurmmmm

      kadn2 tengok2 bloger2 mak budak pergh mcm org berada dah mungkin suami dia mampu kot... apa2 je la

      Padam
  7. janda mmg attitude bgs, tp barang 2nd hand maaa... bekas org.. masa ko nak celup tu mesti ko terbyg2 dia punya p**i dh pernah kena celup btg laki lain... yg anak dara ni 1st hand, tp attitude lak problem..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life15 Disember 2014 9:39 PG

      Zaman skrg anak dara pun ramai dah takde dara. Nanti dah kahwin lg resah ingat wife menipu kamu ke tidak.Better pilih janda kl situasi mcm ni ni

      Padam
    2. anak dara yg dah takde dara tu pun siapa yg jadi partner menyebabkan dia hilang dara tu...bukan ke lelaki jugak? Pandai la hang....nak menikah cari yg suci, yg hang main2kan tu hang kutuk pulak..podahh

      Padam
  8. maaf..isteri saye ade degree...tapi skang ni jadi suri rumah sepenuh mase...dan die di lahirkan dalam keluarge yg agak senang....dan saye plak cume keje biase gaji pon biase...alhamdulillah...isteri bole trime saye seadanye..yg penting..tolak ansur, kejujuran dari pihak lelaki...dan juge kesabaran yg tingi amat penting...

    BalasPadam
  9. tak berapa reti nak komen... tapi saya akui... bapa saya lebih bahagia dengan isteri keduanya yg merupakan balu dua kali (dua orang suaminya yg lepas meninggal)... dia memang sangat pandai menjadi isteri yg baik dan pandai mengambil hati... betul semua soal hati... jadi hati bagaimana sebenarnya anak dara yg mengabaikan rumahtangga tu?

    BalasPadam
  10. Alah yang jadi janda dulu pun anak dara jugak hahahahaha.. Sebenarnya bukan status tu yang menyebabkan orang tu reti @ tak jalankan tanggungjawab. Tapi bergantung pada orang jugak.. Yang nak buat, tetap dia akan buat. Yang tak mau kawen cerai 20 kali pun dia tetap tak nak belajar buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau takpe..menyampah betul aku dgn org yg asik kutuk anak dara ni. macam la dia dulu lahir2 terus jadi janda tanpa melalui fasa anak dara.

      camtu kita pun boleh question perangai dia masa dia bergelar anak dara dulu.

      Padam
  11. haha.. nak komen juga.
    rezeki masing-masing.
    pandai-pandailah cari.. hahaha..
    kira nasiblah.

    BalasPadam
  12. Janda? Nasib la dpt janda yg baguih.. Ada janda yg bercerai sbb akhlaknya hodoh, diceraikan bekas suami sbb yg susah nak diexplainkan.. kalo dpt janda begini..ikut nasib la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dpt bini yg akhlak buruk tu,eloklah cermin diri kowt~~~nilaikn akhlak diri sndri tu terlebih dahulu sblm melatah menjaja keburukan bini atau bekas bini~~~,.yg baik utk yg baik, dan sebaliknya~~~

      Padam
    2. betul tu, perangai sendiri pom mcm hantu, nk bini baik, konon...puiiii.....

      Padam
  13. Sebab hal macam ni laa byk kes berhutang utk kahwin...
    Dah ada anak lapan pun hutang tak habis2 lagi...

    BalasPadam
  14. Zaman skrg sama mcm zaman jahiliyah. Bezanya cuma ramai sembang hal islam, realitinya berapa kerat yg belajar, kaji dan amal. Pilih jodoh pun mcm pilih kasut. Duit pun senang cari maa. Kawen saja bila berkenan. Kendian pandai pandai timbang pandu perkahwinan. Tak berjaya kalu, ada boleh pilih lagi banyak. Laki pompuan boleh pilih...

    BalasPadam
  15. Janda atau dara bergantung kepada citarasa seseorang la..habis kalau semua nak anak dara..apa jadi pada janda2 tu semua..mai kat aku belaka..kui kui kui..

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. simpati pada suami mat kelantan tersebut. sabarlah, dah kau yg pilih. seburuk2 bini pun, sapa yg memilihnya ye x?

      kawin ni kata org mcm perjudian atau main Russian roulette. nasib baik, dapatla pasangan yg baik dan sanggup bersama susah dan senang. nasib x baik; agaknya mati pun lagi senang.. hahahah
      tapi apapun org kata, kawin adalah satu tanggungjawab yg berat. x patut berangan syoknya kawin dan x memikirkan tanggungjawab sebagai suami/ isteri/ ibu bapa. bila dah jadi mcm mat kelantan tu, mulalah merepek dan menjaja keburukan isteri sendiri

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...