Rupa2nya ada motor di kawasan blind spotnya dan dia telah melanggar motor tersebut sewaktu sedang menukar laluan kiri menyebabkan motor tersebut jatuh dan penunggangnya tercampak dan terseret ke longkang. Izzati pun menjerit, "Adoi sial betul la motor ni. Motor lalu la kat laluan motor dekat tepi jalan tu, lalu kat tengah highway buat apa?!".
Apabila berlaku kemalangan di lebuhraya yang melibatkan motosikal, tak kisah sama ada kapcai atau superbike, biasanya orang mesti akan menyalahkan penunggang motor kerana bawa laju, mencilok celah2 kereta dan yang paling biasa dengar, dah naik motor kenapa lalu kat tengah lebuhraya, patut lalu la kat lorong motor takde la mengganggu kereta.
Maaf, tapi orang yang cakap motor kena pakai lorong kecemasan untuk bawak motor, dia sama ada tak pernah bawak motor, pandang rendah pada orang yang bawa motor, benci kepada motor, ataupun memang bebal. Lorong kecemasan kat lebuhraya atau bahu jalan atas jalanraya bukan laluan untuk motor, ia lorong untuk KECEMASAN. Seperti kereta, lori dan kenderaan2 lain, motor berhak menggunakan laluan biasa, melainkan lebuhraya itu sendiri ada laluan khas untuk motor seperti di Lebuhraya Persekutuan, ya itu memang untuk motor.
Yang penunggang motor korang nampak selalu guna lorong kecemasan kat highway, itu sebab diorang terpaksa, sebab pemandu kenderaan 4 roda ni kebanyakannya bebal bila masuk highway. Kat laluan kiri sekali pun nak bawak laju dan nak memotong. Sebab tu penunggang motor terutamanya motor2 kapcai ni terpaksa guna laluan kecemasan sebab merasakan tak selamat kalau guna laluan biasa.
Motor juga ada hak untuk berada di atas jalan. Pemandu kereta bayar roadtax, penunggang motor juga bayar roadtax. Sama2 perlu guna jalan yang sama. Aku seorang pemandu kereta, dan kadangkala aku juga penunggang motor, kedua2 kenderaan ni ada hak atas jalanraya. Jangan selfish dan pandang rendah pada penunggang motor. Pemandu kereta ada keluarga, penunggang motor ni pun ada keluarga.
Tak kira ko bawak kenderaan 4 roda atau 2 roda, yang salah bukan kenderaan tu tapi orang yang bawa. Orang yang bawa kereta boleh menjadi punca kemalangan, begitu juga yang bawa motor. Bukan asal bawa kereta itu mulia, yang bawa motor itu mat rempit, itu mentaliti ayam nama dia.
tags: lorong kecemasan di lebuhraya bukan jalan laluan khas untuk motor motosikal kapcai rempit superbike besar berkuasa tinggi kemalangan eksiden accident highway kereta langgar belok secara tiba-tiba mengejut tiada lampu isyarat signal
Aku sokong hg noob..org bwk moto nie kesian nk bwk kat jalan biasa pun bahaya nk bwk kat lorong kecemasan pun kereta masuk sama..perlu ada lorong motorsikal utk lebih selamat tp satg da kes samun pulak klu tgh mlm..
BalasPadam'mentaliti ayam' itu la yg ramai orang ada T_T
BalasPadamoh yaa, memotong hanya di sebelah kanan :)
hanisamanina.com
Sedih....nama aku gak digunakan....guna la mentaliti tapir ke, katak ke...HIKHIK
Padamyg belok suka hati bapak tu mesti women driver.. sbb women driver mmg mostly bongok & suka pandang rendah pd lelaki yg naik motor, biarla dia bwk kancil je pun
BalasPadamkadang2 ak bwk motor takut gak kalau kat kwsn lebuh raya kereta ni kdg2 boleh tiba2 je belok laju gila zzz tp moga2 skill ak memandu kereta akn improve untuk akn dtg :(
BalasPadamMemang betul pon, penunggang moto berada di kasta paling bawah apabila di atas jalanraya...
BalasPadamEven kancil 660 pon bencikan penunggang moto...
Ya betul2 paling bawah. Bukan kerana mentaliti saja. Tapi kerana penunggang motor pun tak faham apa yg pemandu kereta fikirkan. Sama2 tak paham dan buat2 tak paham.
PadamMentaliti rakyat dunia ketiga takkan berubah dgn ceramah2 atau didikan2 dari sesiapa pun.
Tak ada kebaikan pun kita dapat kalo berbuat kebaikan. Cuma jangan serlahkan apatah lagi tayang2kan keburukan kita pun, dah kira ok dah. Paling best, buat donno jer lagi afdhol dan selamat. Entah2 dibalas syurga pulak di akhirat nanti. InsyaAllah...kahkahkah..
Aku adalah pemandu kenderaan berat..dan aku paling bencikan penunggang motosikal yg bangang..duk la tepi tu diam2..jangan menyibuk atas line kenderaan 4 roda dan keatas..kami ni dah la besar gedabak..kalau lane kanan tu ade banyak kenderaan,lane kiri pulak penunggang motor slow yg amat..terasa nak langgar pon ada..
Padamtest
BalasPadam